Yahoo! Aku Menang!!!

By | March 17, 2009

Yahoo!!!..aku menang..hehehehe…Wang besar. Wang Besar. Itulah perkataan pertama yang terpancul dari mulut aku bile menerima satu email yang memberitahu aku memenangi AWARDS dalam satu jumlah wang yang banyak. hahahahahahaha. Memang tak dijangkakan tiba-tiba aku menang GBP750,000,00 4 hari lalu. Sekelip mata. Aku menjadi Jutawan. Semalam aku membuka email, tiba-tiba satu email datangnya dari Siemen News Center yang menyatakan aku memenangi GBP750,000,00. Wow banyak tu. Pound Sterling pulak.  Pihak Siemen kononya meminta aku memberikan butir-butir diri. Yang kononya duit itu akan di pindahkan kedalam akaun aku.

Jadi apa yang perlu aku lakukan. Jawapannya “BUAT TAK TAU JER”.  Persetankan email-email sebegini. Jangan dilayan email-email sebegini. Terus report email ini sebagai SPAM. Dan delete terus email ini. Ini semua SPAM mail. Jangan di balas langsung email ini. Lebih teruk lagi, maklumat yang korang berikan akan digunakan ke arah benda-benda yang tak betul. Korang juga akan susah nanti.

Jangan terperdaya dengan email-email sebegini. Kadang kala aku terima SMS yang menyatakan “Anda telah memenagi wang tunai, Peraduan dan macam-macam lagi. Jangan layan semua ini. Buat perabis duit jer nanti.

Mereka semua menunggu kita semua membuat silap. Jangan sesuka hati memberikan maklumat peribadi kepada orang yang tak di kenali. Ingat setiap maklumat peribadi kita adalah tanggungjawab kita menjaganya. INGAT ya.

19 thoughts on “Yahoo! Aku Menang!!!

  1. sontos

    gagaga!!!

    tapi memang betul… bile kiter nak tahu lanjut pasal ni… dorang akan menggelapkan mata kiter dgn wang kemenangan dengan membayar kos2 yg diluar jangkaan… biase ahh dorang wat bisness cam ni…

    pengalaman di jusco tebrau… ade 2 amoi… agak x brape cun… die bg aku 2 keping kad untuk digores… free… aku gores la… pas gores, aku menang tv flat screen… sebelum claim tv, aku kena beli alat kesihatan ape tah… kos 2000 lebih… tp tu taktik 5 6 thn lepas… mauu untunn…

    Reply
  2. Kujie

    yg heran…….selalulah..yg terpedaya tu..bkn calang2 org..kalau tidak mcm mana dia org boleh ada simpanan yg ribu riban…

    Reply
  3. Mohd Hafizd

    aku pnh ade kawan yang percaya bulat2 n wr2 kan die kne submit data2 yng diperlukan untuk dpt duit tuh..

    lpas explain, xmo dgr..

    tup2..diam je hal tuh.. haih mamc2

    Reply
  4. h

    aku pun byk dapat email camtu dari lain2 company lak tu. Semua tu penipu

    Reply
  5. alone

    haha. tiba2 je menang. punya ramai yang masuk contest, yg xbuat apa2 pula menang. banyak pula tu.

    gila xlogik 🙂

    Reply
  6. nuaeman

    ada siap guna nama Allah lagi untuk tipudaya orang ramai melalui teknik yang lebih kurang camni…

    Reply
  7. budeen

    aku dapat bende camni aku rasa 5 tahun lepas.. tak sangka masih ada sampai sekarang.. persetankan je!! hehe

    Reply
  8. Shaffik Post author

    Fazarudin : Betul ini semua scam .

    Sontos : Gores dan menang pun satu hal jugak..tak perlu percaya semua ni.

    Kujie : tu laa kadang2 orang educated pun terkena jugak..maklum laa duit punyer pasal.

    Eyeman : tu laa..recently hari-hari dapat email cam ni.

    Mohd Hafizd : bahaya tu..takut orang salah guna maklumat member ko tu.

    Izzat : MEMANG SCAM.

    Maya : betul tu..nak duit kena usaha..

    H : Jangan percaya..PENIPU besar tu.

    Sam : 500K GBP..jangan kata pegi Hawaii..bersambung pun ke DUBAI..

    Alone : Gila n memang tak masuk akal.

    Nuaeman : Yer ker..ada yang menggunakan Nama Allah eh..ni dah lebih …

    Azwan : Biasa laa..orang nak ambil kesempatan.

    Supermance : I also the same, Always receive the stupid mail like this.

    Akmal : Langkah yang paling berkesan. Click SPAM n delete.

    Fatin : Memang menyemakkan email box kite..kadang delete punyer delete terdelete email penting pulak..

    Budeen : Benda ni akan berterusan sampai bila…orang sentiasa mencari jalan untuk ambil kesempatan..so berhati-hati..

    Reply
  9. ijamidayu

    Abaikn jer email2 mcm nie.. Ko bayangkan aku dapat email nie 5 kali dalam sebulan.. Bukan JUTAWAN lagi..

    BELIAKWAN pong boleh jadik.. So, moralnya.. Jgnla terlalu tamak tak kena tempat.. Sifat TAMAK ada pada setiap org..

    JAdi, fikirkan sebelum bertindak..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.