Pejam celik pejam celik sudah hampir 7 bulan usia putera sulung aku. Muhammad Akif Zahin. Akif panggilan manjanya. Melihat telatah si kecil ini menbuat aku rasa gembira tak terkira. Pada mulanya aku kekok dengan kehadiran si kecil ini. Ya lah tak pernah membelai anak darah daging sendiri.
Di awal usia Akif seminggu, si kecil ini terpaksa dimasukkan ke Wad Hospital Mersing kerana Kuning. Sebak di dada melihat Akif tidur di tempat khas tanpa baju dan seluar. Sampai Isteriku menitiskan air mata melihat keadaan Akif sebegitu. Hanya pampers sahaja yang menutupi bahagian sulitnya. Tanpa sebarang alas dan hanya bertemankan lampu berwarna biru, aku redha atas nasihat doktor. Mulanya Akif berasa kekok untuk menyesuaikan diri di situ. Tapi aku dan Isteri memujuk Akif supaya menyesuaikan dengan keadaan sebegitu.
3 hari di Hospital Mersing. Tabah Isteri aku menjaga si kecil ini. Akhirnya Akif boleh pulang ke rumah. Gembira rasa hati bila Akif kembali kepada keadaan asalnya. Akif dan Isteriku pulang ke rumah mertuaku. Ibu mertuaku yang menjaga si kecil ini dan Ibunya. Terima kasih tak terhingga aku ucapkan kepada Kedua orang mertuaku yang menjaga Akif dan Isteri aku sepanjang tempohnya cuti bersalin.
Setiap minggu ada sahaja perubahan yang berlaku kepada Akif. Masuk umur Akif 3 minggu, dia sudah mula mengukir senyuman. Setiap panggilan aku dan isteri kepadanya akan dibalas dengan senyuman. Inilah perasaan yang tak dapat aku gambarkan. Akif sudah mula untuk mengenali kedua orang ibu bapanya dan orang-orang di sekeliling.
Genap 2 bulan Isteri dan Akif di kampung, aku membawa pulang ke rumah aku di Johor Bahru. Akif dijaga oleh seorang babysitter di sekitar rumah aku. Alhamdullilah segalanya baik. Tidak salah aku memilih baby sitter. Akif dijaga dengan rapi dan penuh kasih sayang.
Apabila pulang dari kerja, aku atau isteri akan mengambil Akif. Bila sampai dihapan pintu rumah baby sitter, aku memberikan salam dan memanggil nama AKif. Bila namanye dipanggil Akif akan mencari siapakah geranggan yang memanggilnya. Bila dilihat ibu atau bapa, dia akan mengukir senyuman. Hilang semua penat lelah bekerja bila meihat senyuman si kecil ini.
Sebelah malam sebelum Akif masuk tidur, aku dan Isteri meluangkan masa melayan kerenah akif. Tidak lena tidur malam adalah perkara biasa bagi kami. Waktu yang paling aku suka bila menyusukan Akif. Bila dia haus bagaikan nak pecah rumah mendengar tangisannya kehausan. Walaupun dalam keadaan menangis aku masih tersenyum melihat telatahnya pada ketika ini. Bila di sumbatnya susu, keadaan menjadi tenang dan seperti biasa. Inilah Akif. Mungkin kanak-kanak lain pun begitu juga.
Masuk bulan ke-4 Akif cuba untuk meniarap. Seawal bulan ke-4 Akif Akif sudah boleh tidur di Katil tanpa buai. Di saat ini lah satu katil akif berpusing. Sambil memusing-musingkan badanya, Akif sentiasa mencuba untuk meniarapkan dirinya. Akhirkan pada hujung usianya 4 bulan AKif sudah boleh meniarap sendiri tanpa bantuan sesiapa pun. Begitu kuatnya usaha dan azam si kecil ini.
Kalau ada kesempatan aku dan Isteri membawa Akif jalan-jalan sekitar Johor Bahru. Satu perkara yang aku gemari tentang Akif adalah, bila masuk Tesco atau Jusco atau mana-mana Pasaraya, Akif akan senyap memandang keadaan sekeliling. Tidak menangis atau merengek. Jadi ini memudahkan aku dan Isteri membeli barang-barang yang di carinya. Tetapi bila keluar sahaja dari tempat-tempat macam ni, dia mula merengek. Aduh pening juga mula-mula. Tapi aku dan Isteri memujuk dan menenangkannya.
Sekarang Akif sudah berusia 6 bulan. Akif tetap comel ditambah pula dengan telatahnya yang menghiburkan hati. setiap perlakuan Akif setiasa aku perhatikan dan ianya membuatkan aku tersenyum sendirian. Banyak lagi perkara-perkara yang akan dilakukan oelh si kecil ini. Aku akan terus menanti perlakuan Akif seterusnya. Aku sentiasa berdoa agar Tuhan memanjangkan umur AKif dan memberikan kesihatan yang sempurna.
Inilah Putera Sulung yang amat aku sayangi. Aku akan memikirkan setipa masa dan ketika. Segala makan, minum, pakaian dan segalanya akan aku dahulukan untuk Akif. Aku mahukan kehidupannya sempurna. Insyallah selagi hayat dikandung badan aku akan berusaha keras membesarkan Akif sesempurna yang boleh. Tidak lupa juga kepada Ibunya yang banyak bekorban untuk kami. Tanpa ibunya tidak mungkin aku dapat melihat Akif segembira ini. Alhamdullilah…
*** Terima Kasih Kerana Membaca Entri Ini Sampai ke penghujungnya…..
Isu-Isu Yang Berkaitan :
Berubah Untuk Menjadi Cemerlang
Fik, sebijik muka ko ler… comel.. comel. Sorry, bukan ko.. tapi anak ko tu yang comel.. hahahahah…
*Bilalah aku nak kahwin nih… huhuhuhu
waaa.chumel2… best nye dah jadi bapa..ada anak sendirik..
Wah.. Sebaya la anak kita bro.. Aku letak kat facebook ngan kat friendster..
Wife aku letak kat blog friendster anak kami nie.. Best la.. Sama baya.. Memang aktif.. 😀 Aktif gila..
Makin susut nilai ummi dia.. Bapak lak makin nilai tambah.
zuriat ko tewww bro.. chomeyynyerrr
huuu. ape den leh cakap. kau hebat bro!
hoho. best la ye. tahniah, bro.
bersyukurlah atas kurnia dari Allah yang hebat ni =)
semoga akif zahin membesar dengan baik =D
tahniah bro, anak adalah anugerah ilahi… pandailah kita mendidik dan mencorakkan kehidupan anak kita untuk menjadi seorang insan dimuka bumi ini.
p/s suka duka jadi seorang bapa
hehe.. ni yang nak wat aku kawin cepat nie..
hehe..ni yang nak wat aku kawin lagi nie..
baca entri ringkas mcm ni pun dah meleleh air mata…org jadi mak2 ni faham le perasaan mcm mana…
anak2…..itulah penawar….
wuhuuu… aku nk balik kg jenguk anak aku… rindu la weh… jelesnye…
cutenya akif!!
akhirnya dapat tgk anak kau shapit.
kak mis nanti bawak dia masuk singapore tak?
*kak mis kawin nanti bawak dia masuk singapore tak?
anak ko comel…:D
Salam,
Selamat Berbahagia disamping isteri dan putera tercinta.
Sememangnya, pemgorbanan seorang ibu a.k.a. isteri tidak dapat dikira dengan kata-kata!!! Terima kasih buat ibu-ibu sedunia!!!
Buat Akif, your first son; semoga menjadi anak yang baik dan kenanglah jasa ayah dan ibu.
;p
Sah.. aku akan kahwin 2 sekaligus nanti.
rohaizad,
bro, bukan senang tu!!!!
hahaahahahahaha
;p
Erm bile tgk baby mmg boleh hilangkan segala penat dan masalah…hehehe..aku layan anak sedara jerk dan kucing2.
Anak aku dah besar panjang dah sekolah. Masa ini kepala ada sakit. Kau pun akan tempuh benda2 camni. Tahniah bro, dan selamat berkhidmat sebagai bapa.
uhai comeyyy tul anak buak ak nie….
comelnyer dia. ehhe 🙂
Salam Geng semua.. sorry tak dapat balas komen anda semua..ader job di hujung minggu ni..biasa laaa musim kejer kahwin..
Rohaizad : Bukan main lagi ko..nak kawin sekali 2 …
Mohd Hafitz : Kalau ko ade anak nanti ko akn rasa seperti apa yang aku rasa..
Ijamidayu : yer ker sebaya..bulan baper tu.
En Me: Thanks..
Sweet Thinker : Hebat? Bolah laa sikit2 ..
Alone : Itulah harapan aku pada Akif.
Hady : Ya betull..inilah suka duka menjadi bapa..
Mentiel : Ko tu dah dekat dah..tak lama lagi tu..nanti ko akan rasa…
Fadil : Nak bukak cawangan ker aper? hehehehe
Kujie : Kak Jie..maaf kerana menitiskan air mata..Tapi itulah hakikatnya seorang ibu kan kak..mudah menitiskan air mata..saya faham…
Zariel : Balik cepat..mungkin anak ko pun rindu pada ko tu.
Aisha : Dapat jugak ko tgk yer…Insyallah masa Kak Mis Kawin aku bawak akif ke sana…
Haja : Thanks.
Meet Uncle Shah : Pengorbana seorang ibu memang tiada nilainya. Saat wife aku melahirkan Akif..baru aku tau betapa seksanya mak aku melahirkan aku di Dunia ini..Terima kasih Ibu2 semua..
Catzer : Itulah yang aku hadapi sekarang..penat lelah semua hilang bila melihat telatah akif…
Harithz : Masa aku akan tiba.
Yanie : Comel anak buah ko ni..dah nak merangkak dah..
KNizam : Comel zam..memang nak timang selalu..
cute.. 🙂
tunggu dia dpt kaki nanti, habis semua meja, gobok dia panjat.. hehe
Dah besar esok bolehlaa pakai baju Arsenal eak… aiseh takleh satu team ngan anak akulaa
Budeen : Skang pun dah belajar2 mengemas dah…
Nuaeman : Itu semestinya..Boleh kawan laa tapi bile tgk bola tak bley geng laa…anak ko kompom Man U tu kan..
ha’ah la dah beso cam muka shaffik. cume lbh comel dari ayah dia. hahaha… akak pun same cam kak jie.. tu la perasaan sorang ibu! teringat plak masa anak yg 1st.. skang dh 3 thn & btambah ligat! yg 2nd ne x tau la ligat cam kakak dia x?!
klu akif dh pandai mgemas, kena jaga2 la brg2 kat rumah.. hehehe! yg bestnyer lantai mesti bersih kena lap dek akif jek!
hehe. dia comel.
tak lama lagi, bila dah boleh jalan lagi best, pas tu, bila dia boleh cakap .. ha.. tak boleh duduk diam lah pulak 🙂
wahhhh bestnya dengar citer ko pasal anak sulung ni….aku ni bila la nk dapat anak sendiri….ye la, calon buat utk anak ku pun xde lg….huhuhu…cane la nk dapat anak sendiri…heheheh…
Harap2 anak sulung nnt anak lelaki….sbb aku sorang je anak lelaki dlm family 4 beradik yg pompuan semua…….
Akmal : Takper bro..nanti ko jumper laa calon tu..insyallah…
Ain : Biasa laa kak..mungkin ikut ayahnyer…
Eyeman : Comel n bijak si kecik ni..
Azwan : Itulah yang di tunggu-tunggu tu…
salam.
seronok tengok gelagat budak2..
asuh la dia supaya menjadi anak yg soleh..
kadang2 takut untuk mempunyai anak..
takut tak terdidik.
tapi kadang2 tu rasa teringin pon ye jugak.hehe
aaa!!! nk anak jugak!!