Remaja Sekarang Kurang Ajar.

By | March 9, 2009

Rasanya ini adalah bukan entri yang pertama kali membincangkan hal-hal perihal remaja atau budak-budak zaman sekarang. Aku juga tidak pernah terlepas daripada kehidupan sebagai seorang remaja. Tetapi apa yang aku perhatikan, remaja pada zaman ini tidak sama pada ketika masa remaja aku dahulu. Bukan nak kata aku ni tidak bersosial langsung, tetapi sesosial aku dahulu tidak lah sampai tidak hormatkan orang tua, tidak takut langsung pada orang tua dan rasanya aku tidak pernah bersikap kurang ajar kepada kedua orang tuaku.

Aku perhatikan remaja-remaja pada masa kini lebih biadap dan kurang ajar. Tidak tahu menilai di mana rasa hormatnya kepada orang tua. Mengapa mulut aku begitu lancang memperkatakan sebegini? Sebabnya, dahulu kalau orang tua jeling sikit kepada kita, mungkin kita akan rasa takut. Dan mungkin juga segan dengan kesalahan yang kita lakukan. Bila sebegini, aku rasa wujudnya perasaan hormat kepada orang tua.

Tapi perkara sebegini tidak berlaku pada remaja pada zaman sekarang. Banyak perangai budak-budak / remaja zaman sekarang biadap dan kurang ajar. Tidak boleh di tegur sikit. Memang cepat melenting. Kalau melenting kat situ je tak per. Lebih ganas lagi, kereta kita jadi mangsa. Tak dapat lepaskan geram kat orangnya, kereta atau apa sahaja menjadi mangsa.

Kalau dulu, bila orang tua tegur, kita boleh terima dan ikut. Cuba di tegur budak-budak zaman sekarang, jangan kata nak ikut melawan lagi ada laa. Kenapa semua ini terjadi? Bila di sebut perkara ini, Ibu Bapa di persalahkan 100%. Aku tak berapa setuju dengan pernyataan ini. Sebenarnya semua orang memainkan peranan yang penting. Tidak boleh di persalahkan kepada ibu bapa sahaja.

Jiran-jiran, guru-guru, orang-orang yang lebih dewasa dan semua orang kena mainkan peranan. Tetapi perlaksanaan mungkin sudah berbeza. Remaja-remaja sekarang sudah tak makan kalau selalu di pukul, disepak diterajang. Benda-benda macam ni memang tak jalan. Mereka memang tak suka di kongkong. Naluri remaja sekrang lebih extreme berbanding remaja masa dahulu.

Jadi mereka ni perlu di nasihat dengan sebaik-baik mungkin. Tak perlu berkasar pada mereka. Cakap dengan baik-baik, rendahkan suara dan ajak mereka berbincang. Jangan diikutkan hati. Kita kena faham rentak mereka. Nasihat dan berikan motivasi sedikit. Sering ceritakan pengalaman sewaktu kita dahulu. Bagaimana ibu bapa kita mendidik kita sehingga kita jadi orang yang berguna. Ambil pendekatan psikologi sikit. Ambil tahu tentang mereka. Kemana mereka pergi, dengan siapa mereka keluar, betul atau tidak. Ambil tahu apa yang mereka sukakan. Sokong sepenuhnya apa yang mereka nak buat. Beritahu supaya jauhi melakukan perkara-perkara yang salah. Apa kesannya jika mereka tetap membuat perkara-perkara yang salah terhadap diri sendiri dan orang lain.

Dan yang paling utama, jangan berbohong kepada mereka. Sekali kita berbohong, mereka akan berulang-ulang kali berbohong pada mereka. Percayalah. Mereka akan hilang kepercayaan dan rasa hormat jika kita berbohong kepada mereka. Maaf jika setiap penulisan aku pada entri kali ini menyinggung perasaan kalian semua. Aku menulis dari pemerhatian dan pengalaman aku sahaja. Tiada niat lain hanya untuk menjadikan remaja-remaja kita lebih berbudi bahasa, penuh rasa hormat dan berjaya. Insyallah.

33 thoughts on “Remaja Sekarang Kurang Ajar.

  1. MeeT uNcLe sHaH

    Salam,

    Melayari kehidupan sebagai remaja(da umur 20, remaja g ea???), buat aku senang hati!!!

    lalalalalaalalalalalalalalalllal
    ;p

    Tapi, takder ar sampai kurang ajar tak hormat warga emas, macam yang selalu tengok sekarang ni. Even, kat tempat aku study ni; Kelantan` “Serambi Mekah`!!!!

    Reply
  2. Shaffik

    Akmal : Itu plugin dah siap kat wordpress.

    Meet Uncle Shah : Kehidupan remaja memang indah. Tapi lebih indah kalau kita pelajari menghormati orang lain.

    Reply
  3. eZad

    Aku merasakan keadaan akan menjadi seperti negara jiran kita diselatan ni, apabila ibu bapa tiada masa yg terluang utk anak2 kerana sibuk buat 2,3 kerja maka sosial dan adab anak2 akan berubah.

    Reply
  4. dacron

    kehidupan remaja mmg indah tapi jgn lupa masa remajalah kita nak mengatur kehidupan kita pada masa kan datg

    kata-kata seorang remaja..haha

    Reply
  5. Kujie

    seperti ceramah Prof. Sidek Baba baru2 ni yg kak jie hadiri

    ” kembali kepada fitrah’

    Reply
  6. catzer

    Seyes aku takut ngan budak2 skang ni ….samseng gile kat luar tp bile balik umah pandai berlakon depan parent

    Reply
    1. RAFFNEY ZULAIKHA BINTI MOHAMAD RAFFEE

      bdak 2 skrang nie kadang kala kita kna berkasar skt , kandg kala juga kita harus berlembut agar mereka tidak melampau , pada saya budak zaman skrng bnyk yang terpengaruh dengan budaya luar barat seperti couple , seks ,dan terpengaruh dalam internet ….

      Reply
  7. haritz

    Ini semua arus permodenan yang dibanggakan Malaysia. Nilai moral terbiar. Banyak faktor pengumbang. Media masa adalah gejala nombor satu, tak kira cetak, elektronik dan internet. Kedua makanan. Sekarang dah susah nak cari yang halal sbb mereka menghalalkan yang haram. Ketiga didikan. Mana ada masa mak bapak nak didik anak, semua sibuk cari rezeki kata mereka padahal rezeki itu Allah yang beri. Entahlah aku pun naik geram dah ni.

    Reply
    1. RAFFNEY ZULAIKHA BINTI MOHAMAD RAFFEE

      tapi tq la sbb saya dapat lebih bnyk pengajaran perkara yang sering berlaku pada masa kini terima kasih ….

      Reply
  8. budeen

    uniform dalam gambar mcm kat indonesia.. tapi sifat kekurangajaran tak terbatas tak sana je.. mana2 pun dah menular…

    Reply
  9. Shaffik Post author

    Ezad : Tu laa, macam aku cakap luangkan masa kepada anak2. Ambil tahu pasal mereka.

    Dacron : itulah nasihat daripada seorang remaja yang berwawasan.

    Mohd Hafidz : budak sekarang dah tak makan saman bila dipukul. Lagi dipukul lagi laa dieorang memberontak.

    Kujie : betul2 kembali kepada fitrah.

    Catzer : Budak2 cam ni lagi susah di kawal. Pandai berlakon.

    Haritz : Pandangan yang bernas sekali…

    Budeen : Rasernya Kat Indonesia tu agaknye…

    Akmal : Kat widget tu ader akmal..

    Reply
  10. j_hafiz

    siap2kanlah diri kita semua. jdlah insan soleh solehah.nnt anak2 ikut jjk ibubapa nya i.,Allah.mlentur bluh biarlah dr rebungnya… moga zuriat kita nnti saham berharga ketika kita d alam “lain” kelak…

    Reply
  11. Azman Ishak

    perkara yang kerap terjadi, tak kite mane tempat seklipon,
    dibandar, kampung mahupon taman taman. same la dengan
    tempat aku. adus… kalau nak pikir masalah sosial bebudak
    sekarang ni memang mengserabutkan kepala otak.

    cikgu pon boleh kene saman… inikan pulak kite yang tadek
    kene mengene dengan kehidupan mak bapak diaorang.
    sure la lagi berapi kene maki hamun… meskipon teguran
    kite tu untuk kebaikan diaorang jugak. hampessss~

    Reply
  12. Hady

    kehidupan dan perkembangan remaja bermula dari rumah… jika dirumah keadaannya bercelaru maka huru hara lah jadinya

    Reply
  13. zool

    Zaman dah berubah dunia dah maju..
    Itulah rasanya kemajuan yang kita dapat..
    Kemajuan dari bangunan dan duit-duitan..

    Sosial makin hancur.. SIot je aku tengok gambar ko tepekkan tu..

    Reply
  14. KampungBoy

    Nak tak nak kena berbalik kepada penstrukturan institusi keluarga…balik…..di situ sebenarnya pendidikan generasi masa depan

    Reply
  15. ijamidayu

    Salam bro,

    Satu snap gambar yg menarik.. ALLAH, mana la negara tak hancur..

    Bakal2 pewaris negara dah hancur sebelum diserahkan negara di tangan mereka..

    Reply
  16. zaiedishaq

    Tolong komen sikit: Tahun lepas aku pegi supplier nak amik barang kat area Johor Jaya. jalan boleh tahan jammed. depan kereta aku ada sebuah van sekolah amik budak-budak sekolah tadika. biasa la bila kat budak dalam van depan lambai, aku lambai balik. Tiba-tiba je dari lambai tu boleh tunjuk jari tengah pulak kat aku. mula-mula sorang, lepas tu dah jadi 1 van pulak. kereta sebelah-sebelah pun kena gak. so sekarang ni nak cakap macamna? kalau dari tadika lagi dah belajar macam ni…

    Reply
  17. nazduq.teen

    Umur dunia sudah tua,,dunia tidak akan kembali pada zaman dulu2 sewaktu ibubapa kita muda2..mungkin waktu itu kehidupan begitu susah sehinggakan hendak makan pun kena catu sebab anak ramai.. tapi sekarang lain, kehiduppan lebih mudah, bagun tidur semua sudah siap n tinggal makan je, aduh2 masalah remaja kurang ajar siapa yang salah tetap jadi persoalan,, jawapannya tiada penghujung..tapi yang penting kawan2ku di luar sana, marilah kita tunjukkan pada semua golongan manusia..yang dunia remaja bukan sahaja hpy n enjoy tetapi kita tetap ingatkan masadepan.. yang pasti tidak semua manusia perfect..golongan dewasa juga ada silapnya…ingatlah dunia dan akhirat…fikir-fikirlah

    Reply
  18. emma

    sekarang sy komen di tahun 2018…hahaha!
    sama jugak makin menjadi plk remaja zaman sekarang..
    sebab,tahun ke tahun,zaman berubah.sbb tu perangai pun dari generasi ke generasi berubah ikut peredaran zaman.sekarang lebihh lagi terok kot..sebab mereka byk terdedah dgn media sosial.pantang d tegur,muka mcm masam semasam cuka.rasa nak tampar je ikut hati.tapi..anak org kan.??Dulu zaman kami,di tegur boleh senyum angguk2.?hmm..geramnya.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.