Kalau Kuli buat Cara Kuli.

By | March 4, 2009

Semalam aku lepak minum dengan member sekerja aku. Dia ni lah teman baik aku di kilang. Kalau masing-masing tak sibuk, balik kerja kami akan lepak minum sebelum balik ke rumah. Sepanjang perbualan kami, kami bercerita tentang rakan-rakan kami yng telah di buang kerja. Bila rakan-rakan dah kena buang kerja, jadi inilah menjadi bahan topik utama. Kami mempersoalkan kenapa rakan-rakan kami di buang kerja?

Jadi member aku ni pun mengulas dengan lebih lanjut. Dia mengatakan mungkin sebab mereka di buang kerja adalah disebabkan politik yang berlaku di kilang aku. Mungkin juga Boss memang tak puas hati dengan mereka. Dia berkata walau kita kerja bagus macam maner pun, tapi kalau boss tak suka, dia akan mencari alasan untuk membuang kita.

Bukan nak memuji dia laa, tapi member aku dah lama bekerja. Lagi-lagi dalam sektor perkilangan. Banyak pengalaman yang sudah ditempuhinya. Dia menambahkan lagi, kita sebenarnya kena berpijak di bumi yang nyata. Jika kita berkerja di bawah orang lain, janganlah cuba untuk melawan kepada boss kita. Boss akan merasa tercabar bila kita melawan cakap dia.

Jadi aku pun mempersoalkan apa yang dihujahkannya. “Abis tu kalau boss tu memang tak expert macam maner?”. Dia pun jawab. Kita sebagai pekerja kena ikut apa yang boss cakap. Apa yang boss suruh buat, kita analisa dulu. Beri cadangan yang lebih baik jika ada. Jika kita pun tiada cadangan yang baik, kita buat dulu apa yang di suruh. Kalau tak boleh barulah kita terangkan pada dia. Kita dah buat apa yang sepatutnya, tetapi resultnya tak seperti apa yang di inginkan. Jangan sesekali menidakkan cadangan daripada boss kita. Analisa terlebih dahulu. Kalau apa yang disuruh buat itu betul, terus buat dulu. Jangan belum cuba tapi dah cakap tak boleh.

Ini bukan soal nak bodek. Tapi inilah yang perlu dilakukan jika kita kerja di bawah orang. Bukan nak bodek sepanjang masa. Ikut kata boss dengan baik tetapi tidak membabi buta. Ni juga salah satu cara mendidik kita menjadi professional. Inilah salah satu sikap yang boleh membuatkan boss suka dan sayang kepada kita. Apa yang boss mahukan, Jawapanya RESPECT.

Selagi kita respect kat Boss. Insyallah boss akan lakukan perkara yang sama kepada kita. Jangan sekali buang respect pada boss. Sebab Boss is Boss. Boss ada ego tersendiri. Jangan melenting jika boss menyalahkan kita. Mungkin kita tak perasan kesalahan kita. Terima dengan hati yang terbuka dan perbaiki kesalahan yang kita lakukan. Be gentleman, kalau salah terima dengan baik. Kalau boss salah tegur boss dengan baik. Sebabnya inilah realitinya bekerja dibawah majikan. Kalau tak mahu semua ini terjadi, ambillah keputusan untuk bekerja sendiri. Itu lebih baik. Awaklah boss awaklah kuli.

7 thoughts on “Kalau Kuli buat Cara Kuli.

  1. kujie

    kita yang kuli pun ada egonya…apa lagi boss
    tiap boss ada cara tersendiri, ada karektor tersendiri
    jgn sesekali nak cakap
    ” boss dulu boleh, boss skrg ni tak boleh”

    tiap org ada cara mentakbir …cara berbeza tapi mungkin result tak mengecewakan…

    there are a thousand different ways of reaching a single conclusion.

    Reply
  2. dacron

    sebagai seorang kuli..terima je ape yg boss bgi..jgn sesekali nak melebihi diorg..boss tetap boss dan kuli adalah kuli sehingga dia buka syarikat sendiri..hehe

    Reply
  3. nadinezuharra

    seronok kalau kita ade bisnes/job di mana kitalah boss dan kita jugalah kuli.. susah senang kita dpt fahami & terima dengan hati yang terbuka..

    nak marah2 pd diri sendiri,nnti stress pula kan..? : )

    Reply
  4. MeeT uNcLe sHaH

    No comment actually.

    Tapi, bagi aku boss tu jangan ar sampai over standard.
    Agak-agak ar sikit!!!

    Pekerja pun ada hati dan perasaan.

    Fikirkan.

    Reply
  5. sontos

    Kerja makan gaji macam ni la… Kalo x tahan… Cari la keje baru… http://www.jobstreet.com.my... Cara!

    Nak minta pendapat… bos aku ni pantang kalo anak buah dia cakap banyak kije… Pastu die membebel ngungkit kisah lama… bla bla bla… ppprrrrbbbbttttt… macam mane nak terangkan kat die aku ni bnyk kije… Skang ni mane yg larat aku buat, aku buat… walaupun hasilnya x memuaskan hati aku…

    prrrrbbbttt…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.