Kenapa Mat Rempit Popular..

By | March 2, 2009

Mat rempit adalah sesuatu perkara yang tidak asing lagi. Macam-macam cerita yang kita dengan mengenai Mat Rempit. Tidak sepi daripada kemalangan jalan raya, maut ketika berlumba atau merempit, meragut, gangster di jalanraya dan macam-macam lagi.

Mat rempit adalah sinomin dengan perkara-perkara yang jahat. Perkara-perkara yang tidak elok dan berbagai-bagai lagi. Kenapa agaknya yer? Asal sebut mat rempit mesti jahat. Tak pernahnya aku dengar cerita Mat Rempit yang baik-baik. Adakah persepsi masyarakat yang melabelkan Mat Rempit ni jahat?

Kenapa dulu tak der pun kisah-kisah Mat Rempit? Dulu seingat aku jarang sekali dengar Mat Rempit mengganas, Mat Rempit buat hal lagi, Mat rempit tak ingat dosa, Minat rempit jadi habuan dan sebagainya. Apa bezanya mat rempit dulu dan sekarang? Kenapa Mat Rempit ini semakin popular sekarang?

Sebenarnya pelbagai hal yang boleh di kaitkan dengan kepopulariti Mat Rempit. Banyak perkara yang boleh di usulkan mengapa Mat Rempit sekarang sering menjadi sebutan ramai. Di sini aku nyatakan beberapa sebab kenapa Mat Rempit Popular.

1) Kebanjiran banyak motosikal yang berkapsiti  (cc) rendah yang mampu di beli oleh sesiapa sahaja. Jadi  ini mendorong Ibu bapa pun membelikan motorsikal untuk anak-anaknya. Dengan harapan mudah untuk ke sekolah. Tetapi pada akhirnya banyak yang disalahgunakan.

2) Sikap ingin menunjuk-nunjuk unutk mendapatkan nama. Buat stunt sana sini. Bila nama sudah menjadi sebutan, semua orang akan respek. Di sini wujub popular itu. Bila seorang dapat nama, yang lain pun nak ikut sama. Jadi lama-lama jadi banyak dan menambahkan lagi bilangan Mat Rempit itu sendiri.

3) Memang tiada hiburan lain selain motorsikal. Mungkin sesuatu kawasan itu kurangnya hiburan. Tiada apa yang nak dibuat setiap hari, hujung minggu atau hari cuti. Bila hanya motorsikal sahaja yang ada, inilah lah menjadi sajian utama. Lihat tambah lagi mat rempit.

4) Terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya. Pengaruh rakan sebaya adalah perkara yang paling utama, mengapa wujudnya ramai mat-mat rempit di luar sana. Bila pengaruh mat rempit itu terpahat dalam hati, pelawa rakan-rakan lain dan ianya menjadikan semakin sukar di bendung.

5) Pihak media massa sentiasa menyajikan berita-berita mengenai mat rempit. Baik di surat khabar atau di televisyen berita pasal Mat Rempit sering menjadi topik utama. Lagi banyak berita, lagi suka la mat rempit. Kadang-kala mereka menjadi bangga bila berita pasal cerita mereka menjadi tumpuan umum. Bila di TV jadi tontonan, di dunia luar mereka menunjukkan skill-skill hebat mereka.

Sebab-sebab di atas adalah antara sebab utama kenapa Mat Rempit popular.  Tapi aku suka ulas lebaih lanjut mengenai sebab yang ke-5. Bukan Mat rempit di minta jadi popular. Tapi sedar tak sedar kita sendiri yang selalu bercerita dan khusyuk mendengar berita mengenai mereka. Mungkin juga kita sukakan aksi-aksi Mat Rempit. Jadi inilah sebenarnya yang menyebabkan Mat Rempit ini Popular.

Namun tak semua Mat Rempit itu jahat. Mungkin yang buat perkara-perkara tak elok tu satu dua kumpulan sahaja. Tapi bak kata pepatah,  kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Oleh itu sama-sama kita semua membantu adik-adik dan kawan-kawan kita untuk buang tabiat yang tidak elok ini. Tak perlu menunggang motosikal laju-laju dan merbahaya lagi. Banyak iktibar dari Mat Rempit yang boleh kita semua jadikan Iktibar. Jadikan ianya pengalaman dan peringatan yang utama pada kita semua.

21 thoughts on “Kenapa Mat Rempit Popular..

  1. Shaffik

    Bukan semua mat rempit ni suka bawak moto laju-laju. Ada mat rempit yang hanya suka berkonvoi, hanya jalan-jalan dan tak menyusahkan orang. Mereka dan dunia mereka sahaja.

    Reply
  2. eZad

    Ada contoh mat rempit yang baik, pegi membeli sos cili utk mak tapi ditimpa kemalangan..huhu, xkan la kalau bawak laju skit dikira mat rempit.

    Reply
  3. unactive

    Aku tak pastilah tentang isu ni…mungkin ada yg baik, tapi yang popular tu yg buat jahat la…pukul org…rogol orang…dan sebagainya…mat rempit yang buat baik popular ke?

    Tak pernah keluar berita “sekumpulan mat rempit hari ini telah berjasa dengan membersihkan kawasan masjid di bla…bla…bla…”

    Gejala yang menyusahkan orang lain menyebabkan mat rempit dilabel sebagai jahat…macam main snoker…kat malaysia seolah-olah budak jahat je yg main snoker…

    Ustaz aku cerita masa dia belajar kat Mesir dulu dia main snoker…tp kat Malaysia dia ada la main sekali tak ingat kisahnya macam mana…tapi org pandang serong…walaupun ia hanyalah sukan.

    Betul la kata pepatah…kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”.

    Reply
    1. yas

      Stendet….org mesia bila dh bagi cop/label kirenya terus kekal jerrr…mana nk pandang kebaikkan lagi dahh…

      Reply
  4. Qaiyum

    Sebab Orang Melayu Salah Anggap. Diorang Ingatkan Biler Berkecimpung Dalam Budaya Rempit Ni Diorang Telah Secara Automatik Menjadi Engineer Apabila Pakar Dalam Hal² Modified Motor Masing². Maknanya Diorang Dah Menjadi Golongan Profesionalla. Tapi Diorang Silap Sama Sekali.. Hahaha..

    Reply
  5. Shaffik

    En_Me : Tu agaknya kemarik sangat agaknyer merempit tu..

    Ezad : Kadang orang cakap bawak motor jer merempit.

    Blowie : Sorry kalau terasa..aku menulis mengikut apa yang aku rasa sahaja.

    Dacron : Itu lah sebab kita sama-sama mengatasi gejala mat rempit yang tak elok ni. Dan lagi satu jangan sewenangnya cap mat rempit ni jahat. Persepsi ni kena ubah sikit.

    Unactive : Betul2, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

    Meet Uncle Shah : Boleh copy..tapi jangan luper mention entri ni dari Shaffik.com

    Adalicious : Tu laa sekarang macam-macam persepsi mengenai Mat Rempit ni..

    Qaiyum : Aku setuju dengan pendapat ko..

    Reply
  6. Sapikk

    Aku rse, ade yg baik ade yg jahat.. yg baik besenye x popular.. yg jahat tu yg popular tu.. hehe

    Reply
  7. memey

    mane de manusia yg baik…
    sume jahat…
    mesti ade ckit gak jahat dowg…

    Reply
  8. mr.rempit-rempitan

    ape la korang..
    itu sume salah gomen la..
    dorang xnak dorong benda2 mcm nie..
    mmg korang pandang benda nie gle..
    tp hanye org yg wat keje gle je akan create benda baru..
    sume bidang pun, name2 top semua gle pd asalnya kat mate umum.

    klu ko tanye aku aku akan cakap dorang ni adalh sekumpulan manusia yg punye bakat tp x ade peluang. walau blaja takat spm. klu ko tanye admate, fizik, kimia..mmg bekicap dorang nak jawab. tp ko tanye camne nak wat moto c70 abah2 kte tu boleh pegi satu lapan.. laju je dorang jawab. ini maknenye dorang bkn kutu, tp specialist!!

    dulu ade litar batu 3 shah alam. mmg la skang ade litar sepang, tp bezenye kat batu 3 nak register trek xsampai pun seratus utk msk litar. tp ko pegi tgk kat sepang.. mampus gle mahal!! klu aku keje pion mmg mimpi la nk msk. alasan dorang tutup tu korang surf2 n google2 la.. nnt lg sakit ati klu aku tulis.. n klu korang terer ko pegi la tgk peruntukkan utk rakan muda dulu.. ala2 nk tutup konterversi bohjan n bohsia, bejuta2, tp korang ade ke tgk anak2 buah korang register rakan mude tu??????..silap2 dorang ckp..”rakan mude??? ke rakan cop?” ..kahkahkah.. aku xtau, tp mesti ade ikan kembung yg dah kembung makan atas angin. kan bagus peruntukan tu “dilarikan” sket utk baik pulih litar batu 3 tu. ini x, ibarat sodok padang bola pastu wat court tenis.. weh.. org malaysia mane minat main tenis..kurang cerdik sungguh. (merujuk kes kat unisel)

    so korang fikir2 kan. nnt ckp aku kene sumbat dlm isa lak. hikhikhik.. by the way.. semua benda yg kte buat adalah berdasar kan minat. klu dorang minat ke arah tu… ape salah nye.jgn resis beb ngan bangsa sendiri. cmeon..support siket. buang yg keruh amik yg jernih.. jgn igt masuk university leh hidup senang. aku ade member spm s.a.p(dulu2 pgl sijil am perkahwinan..kahkahkah..). tp skang dah pki 7series.(sumpah aku jeles) klu betul2 nak bgn kan negara, resource2 semua kte dah ade.. cme kte yg xnak tgk n slalu kondem2 org, bknnak membantu tp membunuh. ah lantak la.. malas pk.

    so moral of story….
    ha..lu pk la sendiri..

    -mlaysia bulleh!!

    Reply
  9. mr.rempit-rempitan

    ermm..
    lupe nak mention.. benda rempit nie (aku xpgl masalah sbb aku lg suke anggap ia sbgai satu peluang utk majukan bangsa) dah melepasi banyak generasi.. dari zaman abg long aku pun dah ade rempit. plg top moto rxs klu x silap. tp sampai skang xpenah dengar pun persatuan rempit semalaysia..hahahaha.. mmg klaka name tu.. cube korang pk klu wujud badan ngo ke persatuan ke yg boleh guide dorang nie..mmg sebelum nie ade, tp x menyeluruh..buat atas dasar nak femous..politik sungguh!. tp klu ade yg betul2 punye..huuu..aku jamin
    valentino rossi mesti kene tapau punye. silap2 dgn moto buatan sendiri,enjin sendiri, expert sendiri dan plg penting rider sendiri!!!!er..kecuali alex yong yg buduh tu la,tp still…nice try… koyak boxer aku sbb bangge aku jd org malaysia.

    Reply
  10. zack

    mat rempit ada mcm2 cara,yg di buat oleh kalangan remaja,polis dikendaki merantau,bila masa merempit dan lumba haram,tengok tak haram,haha…? yg dpt pnyakit yela mat rempit,kita tengok,tak dpt pnyakit,sbb tu la tak haram…

    Reply
  11. yas

    teringat lak kenangan mase gua bujang2 dulu…sayangnya litar bt 3 dh habis,ilang ditelan mereka yg tamak……

    Reply
    1. Shaffik Post author

      Wah mesti selalu layan track batu 3 ni..takper bro..aku suka membaca komen-komen yang di berikan…nantikan aku akan buat satu lagi entri berkait rapat dengan komen yang di berikan….

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.