Kilang aku juga tidak terlepas.

Ditulis Oleh: Shaffik

Kategori: General

Di dalam menghadapi krisis ekomoni pada waktu ini, kilang aku tidak terlepas daripada kesannya. Sekarang pihak pengurusan sedang dalam proses pembuangan pekerja-pekerjanya. Mereka mensasarkan pembuangan pekerja kira-kira 20%.

Dalam 20% ini adalah staff. Bukan operator biasa. Kerana Operator inilah sebagai tunjang pengeluaran produk daripada kilang kami. Jadi yang terpaksa dibuang kerja adalah staff. Pagi ini seorang rakan baik aku telah dibuang kerja. Seorang rakan yang aku anggap baik dan bijak dari segi pengurusan anak-anak buahnya.

Dia seorang Production Supervisor. Mungkin dia ada sedikit masalah dengan pihak pengurusan yang menyebabkan dia dibuang serta merta. Pihak pengurusan pun tak berapa suka dengan dia ni. Jadi dengan krisis ekonomi yang berlaku, ia dijadikan alasan utama untuk dia diberhentikan. Lagi-lagi dia tak sama kulit dengan  pihak atasan.

Sejak kebelakangan ini segala apa yang di buat semuanya salah. Semua tak kena. Ya la, bila orang dah tak suka inilah jadinya. Minggu lepas dia dinasihatkan berhenti. Dinasihatkan untuk meletak jawatan. Itu yang sedih.

Jadi pagi ini adalah hari yang terakhir buatnya. Kesedihan terpancar dari riak mukanya. Mungkin memikirkan apa yang berlaku selepas ini. Dengan anak yang masih bersekolah. Isteri pula tidak bekerja. Bagaimana ? Walaupun itu tidak berlaku pada aku, tapi aku juga merasaknnya.

Tiada apa yang aku boleh katakan.Aku kuatkan semangatnya dengan berkata ” anggaplah ini semua satu dugaan, Tuhan lebih mengetahui dengan apa yang berlaku. Ada hikmah di sebalaik apa yang berlaku pada dirinya.”

Aku berharap dia dapat meneruskan kehidupan di luar sana. Terus berusaha mencari kerja secepat mungkin. Jika dia menerima duit pampasan, ianya tidak boleh bertahan lama. Tetapi aku percaya dia mampu untuk untuk mencari kerja dalam keadaan ekonomi waktu ini. Dengan pengalaman yang luas harap ini semua boleh membantu. Insyallah

Related Posts with Thumbnails

Entri - Entri Yang Menarik Sebelum Ini :

  • HENTIKAN Cerita Buang Kerja
  • Duit Internet : Tak Semudah Yang Disangka
  • Broadband mana nak pakai yer?
  • Dulu Nak Jadi Askar…
  • Perjalananku di Dunia Internet (Part 2)
  • Perjalananku di Dunia Internet (Part 1)
  • Seronok Ramai Kawan.
  • Buruk Sangat ke Kerja Kilang

Dapatkan Berita Yang Terkini Terus Ke Kotak Email Anda, Masukkan Email Address Anda:

22 Comments Comments For This Post I'd Love to Hear Yours!

  1. kujie says:

    Ialah…kita tak dpt menduga apa akan terjadi esok hari..tabah dan berfikiran positif .

    Bumi Allah ini luas, Insyaallah..kadang2 di tutup satu pintu tetapi dibukankan pintu lain…hanya kita saja yg perlu bijak untuk menerokainya…

    [Balas Komen]

  2. Shaffik says:

    Betul kak jie. Benda-benda macma ni tak di duga. Semuanya takdir tuhan.

    [Balas Komen]

  3. sueda says:

    kesiannya…x pe. semoga dia mendapat kerja yang lebih baik selepas ini..

    [Balas Komen]

  4. en_me says:

    dunia dalam masalah ekonomi sekang nih..

    [Balas Komen]

  5. nuaeman says:

    Krisis ekonomi memanglah krisis ekonomi tetapi kadang2 benda ni juga dijadikan alasan untuk menghapuskan orang2 yang tak disukai..

    [Balas Komen]

  6. Hady says:

    Kena buang kerja memang jadi satu masalah bagi yang bekerja makan gaji.Lebih² lagi daLam kegawatan ekonomi sekarang. Apa pun kita kena lah berusaha untuk mencari peluang pekerjaan yang lain (Aku pun sama juga tengah cari kerja- walaupun belum kena buang lagi)

    [Balas Komen]

  7. kikie says:

    kesiannyer…. tapi tu la… dalam dunia nih mmg cenggitu… asal tak suker jerk… mesti ader jerk tak kena…. sabaq jerk la…. nak buek cam no…

    [Balas Komen]

  8. megat says:

    sama juga cerita apabila kita menerima musibah. seperti aku, tetiba sakit. lumpuh ekonomi aku sekeluarga.

    mana nak bagi makan anak bini. mana nak bayar itu ini. gaji besar, periuk pun besar!

    tetapi setelah hadapinya tentu kita akan dapat cari jalan dan yang paling penting sedar akan kekuasaaan allah ta’ala. percayalah!

    [Balas Komen]

  9. cahaya says:

    kilang apekah ini?

    kawan2 cahaya pun ter’effect’ dek ekonomi yang up and down di malaysia skang ni. my heart goes out to those yang ilang pekerjaan. kasihan mereka dan keluarga, dah la susah cari kerja skang ni.

    perkara mcm ni buat kita insaf dan bersyukur atas apa yg kita ada skang ni.

    [Balas Komen]

  10. mrpall says:

    salam knal doloooo ya mas…

    [Balas Komen]

  11. Richie says:

    hehe.. sabar2.. dah adat..
    kena la jaga relationship dgn org atasan.. tu penting..
    tp jgnla smpai mengampu.. buat kerja korang yg terbaik.. kalau dah org tak suka nk wat cmne kan..

    [Balas Komen]

  12. eZad says:

    Aku harap kawan ko tu bersabar, kerana rezeki itu Allah yang beri bukan manusia, cuma berharap dia mencari jalan keluar dgn segera dengan petunjukNya.

    [Balas Komen]

  13. Shaffik says:

    En Me : Tu laah..masalah ekonomi yang tak menentu sekarang ni

    Nuaeman : Masa macam ni dijadikan alasan untuk membuang pekerja yang dia tak berkenan.

    Hady : susah jugak cari kerja masa sekarang ni. So berhati-hati jugak apabila buat keputusan ya.

    Kikie : itulah lumrah apabila bekerja di bawah orang ni.

    Nurul : Kesian dia..tapi nak buat macam maner kan…

    Megat : betul. apa pun kita kena percaya dengan kekuasaan Tuhan.

    Cahaya : Kilang HID Global Malaysia di JB.

    MrPall : Selamat datang untuk Mas jugak. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini.

    Richie : Bukan mengampu. Tapi berpijak di bumi yang nyata. Jangan main sapu jer semua.

    Ezad : Aku pasti rezeki untuk dia akan datang jugak..Insyallah.

    [Balas Komen]

  14. KampungBoy says:

    Banyak kilang yang tak terkesan sebelum ini, skang nie dah mula start 3 shift.

    [Balas Komen]

  15. Ain says:

    siannyer kawan shaffik tu… skang kat kilang akak, pas dari CNY sumer keja 4 ari jek. sapa x de AL kena amik UPL ler… nasib baik akak skang maternity leave… selamat la buat sementara waktu ne.
    tapi org yg keja kat molding start mggu ne keje 2 ari jek! apa dia org nak survive idup kalu keje sebln cume 8 ari je?

    [Balas Komen]

  16. SEPAH_Best says:

    aslkm,nice blog walking.Erm nak jemput tuan rumah ke blog sye ni di http://chipmunk18.blogspot.com ,n jgn lupe linkkan blog ni yer,ok thanks n bye

    [Balas Komen]

  17. Shaffik says:

    KampungBoy : sama laa..next week kilang aku start kejer 5 hari seminggu

    Ain : Yer ker kak. Wah lagi teruk..Anak aper yer?

    [Balas Komen]

  18. kakeru says:

    Benda2 mcm ni mcm dah jadi lumrah bila time keadaan ekonomi yg gawat…memang menyedihkan. Apapun, hidup mesti diteruskan. Kena buat side income sikit2, lama2 boleh sebesar bukit.

    Kat tmpt saya takde issue kena buang keje, tapi mungkin klu teruk sgt, kena potong gaji sampai 10% la pulak…uhhh…

    [Balas Komen]

  19. spatt says:

    kesiannya…
    sampaikan salam aku pada die bro…
    sumenye dugaan Tuhan…

    [Balas Komen]

  20. j_hafiz says:

    siannya la.. kene prepare side income kat luar la bro.. kat tnet ni blambak peluang… kayuh pelan2 i.Allah bjaya

    [Balas Komen]

  21. Shaffik says:

    Spatt : Kalau aku berpeluang jumper dia atau call die aku akan sampai salam ko..

    J_Hafiz : Sian beb, tu laa kat Internet banyak peluang terhidang..tapi die malas dan tak percaya.

    [Balas Komen]

22 Comments Trackbacks For This Post

  1. Blog Shaffik » Blog Archive » HENTIKAN Cerita Buang Kerja

Leave a Comment Here's Your Chance to Be Heard!

CommentLuv badge