Perkara Yang Menggembirakan Dalam Penulisan Blog

By | February 23, 2009

Semenjak berkecipung di dalam dunia blogging ni macam-macam benda yang aku pelajari. Baik dari segi strategi berblogging, cerita dan pengalaman rakan-rakan blogger yang lain, kejayaan yang di perolehi oleh otai-otai blogger dan banyak lagi. Dan hari ini aku berkong perkara-perkara yang menggembirakan aku sepanjang menulis blog.

Minggu lepas aku menerima satu T-Shirt daripada seorang blogger bernama En_Me. Dia mungkin pemilik YgInsaf.com. Aku hanya mengenali En_Me di dunia maya.  Aku rajin jugak menjengok dan komen di blognya. Secara tak semena-mena dia menghantar kepada aku sehelai T-Shirt  dari Miri Sarawak. Thanks En_Me. Ini hanya selingan sahaja. Ok berbalik pada tajuk asal.

Bila sudah duduk dalam dunia blogging, ada beberapa perkara-perkara yang menggembirakan aku. Mungkin benda ini dirasai oleh rakan-rakan yang lain. Aku paling gembira jika entri aku mendapat lebih daripada 10 komen. Mungkin ini agak kelakar bagi blogger-bloger otai di luar sana. Namun ini adalah perkara yang paling penting bagi aku buat masa ini. Dengan blog yang baru berusia hanya 3 bulan, aku rasakan inilah perkara yang paling menggembirakan aku setiap hari.

Aku rasa dihargai jika setiap entri yang aku buat mendapat komen. Komen yang membina dan menyokong apa yang aku tulis. Kebanyakkan memberikan pendapat masing-masing Cukup terharu. Namun masih banyak lagi aspek-aspek penulisan entri aku yang perlu dihalusi.Terima Kasih kepada rakan-rakan blogger yang sudi meringankan jari-jemari mereka menaip komen di setiap entri yang aku berikan.

Yang keduanya aku sungguh gembira setiap hari aku mendapat purata 30 orang pelawat baru. Mungkin mereka tidak meninggalkan komen. Mungkin mereka dapat sesuatu yang berharga daripada Shaffik.com. Ini masih lagi dalam pemerhatian aku. Satu hari akan aku temui rentaknya. Insyallah. Terima kasih kepada pelawat-pelawat blog aku setiap hari. Walaupun mereka silent reader tetapi ianya cukup membuatkan aku di hargai.

Ini semua mungkin sebab aku juga selalu membalas segala komen-komen yang diberikan. Mungkin juga aku selalu menjenguk blog rakan-rakan yang lain di dunia Internet. Ini adalah salah satu juga cara memperkenalkan Shaffik.com kepada blogger yang lain.Semua ini di buat secara manual. Tiada shortcut ataupun secara automatik.

Walaubagaimanapun aku akan tetap terus menulis. Memberikan idea, pandangan serta menceritakan pengalaman hidup aku di dalam blog ini. Aku ingin menjadikan Shaffik.com sebagai blog untuk bersantai. Blog untuk lepak-lepak seperti di warung kopi. Aku tidak mahir di dalam isu-isu pencarian wang di Internet. Jadi inilah pendekatan yang aku wujudkan untuk Shaffik.com. Bukan sekadar blog peribadi malah memberikan info nasihat yang berguna kepada semua pengunjung blog aku.

Akhir sekali terima kasih kepada semua menjadi Shaffik.com sebagai tempat melepak, santai, dan memberikan idea-idea yang bernas pada komen-komen anda. Aku amat menghargai kehadiran anda semua di Shaffik.com. Terima Kasih yang tak terhingga. Insyallah akan wujud banyak lagi entri-entir yang menarik selepas ini. Teruskan bersama dengan Shaffik.com. Jangan lupa subscribe pada shaffik.com untuk entri terkini. 🙂

39 thoughts on “Perkara Yang Menggembirakan Dalam Penulisan Blog

  1. Shaffik

    Cahaya : Pada awalnya memang untuk mendapat sedikit wang tambahan..tetapi bila dah masuk dalam dunia blogging ni rase seronok pulak nak menulis…Blog melayu mungkin hanya santai…blog english focus in niche.

    Kujie : Yes i agreeed.

    Reply
  2. en_me

    tanpa kawan-kawan yg best-best seperti kamooo, saperlarr me yg inih kannns.. ehehe, t-shirt miri tewww muatt takkks..

    yes, en_me itteww larr empunyer yginsaf.com (no one else)..

    Reply
  3. twenty-six

    kalau buat dengan penuh minat mesti ada orangakan membacanya..

    ” Kujie said…
    what you give, you get back….”

    best pulak motto nih hehe

    Reply
  4. Shaffik

    Knizam : memang seronok..sampai nak tidur pun masih teringat pasal blog

    En_Me : thanks for the t-shirt. Muat sgt..sebab saiz XL..saya bersaiz M jer..anyway thanks a lot.

    26 : Betul tu, kalau buat dengan minat dan jujur, pasti mendapt pulangannyer.

    Reply
  5. izzat

    pendapat peribadi ak la kan, memang komen tu kira pemangkin jugaklah, ak x nafikan..tapi lagi best bila tgk trafik masuk mencacak naik..hahaha..

    anyway, english blog is not only supposed to be in specific niche..and malay blog is not only for leisure reading.. both language can be used if we know how to play with them..hehe..again, just a ppov.

    apa yang paling menggembirakan dalam penulisan blog adalah apabila kita dapat kredibiliti dalam penulisan blog tu..bukan senang nak dapat “loyal reader” untuk blog kita tu jika tiada kredibiliti..

    ok, all the best bro in your blogging arena! 🙂

    Reply
  6. Shaffik Post author

    Miszrlina : Memang menyeronokkan.

    Titan : banyak benda kena belajar lagi titan. Blog ko selalu menjadi tumpuan.

    Mentiel : Fikiran pun semakin terbuka untuk menerima segala komen yang membina.

    Izzat : betul tu. Traffik memang penting. Mendapat visitor 200-300 sehari adalah target aku selepas ini.

    Reply
  7. Azman Ishak

    ye betoi… entri penghargaan juga secara tak
    sengaja akan menaikkan rating nko. biarlah orang kate
    kite ni merendah diri.. sebab dengan berkeadaan yang
    macam tuh akan membuatkan pengunjung nko lebih
    selesa berkomen.

    bahasa – kalau lagi elok… aku rase bahasa tuh kite
    tadek la pakai bahasa yang terlampau formal macam
    blog ilmiah. Kalau entri dari jenis tutorial… aku rase
    tadek salahnye tapi kalau nak bercerita… baikla
    gunakan bahasa yang agak santai.

    komen – aku sokong kate nko. rajin berkomen pon
    secara tak langsung membuatkan owner blog lain
    akan tampil memberi komen ke blog nko balik.
    mula-mula tuh memang laa nampak die macam karek
    skit… hehehe… maklum le mereka pon manusia biase.
    ade ego ma. tapi kalau dah setiap entri die, nko komen
    dah tentu paling tidak die akan datang jugak ke blog nko
    satu hari nanti.

    pembaca – untuk dapatkan pembaca tetap, memang
    susah. matlamat pembaca jangan disalah erti dengan
    matlamat berblog kerana script advertising. kalau
    dicampor adukkan kedua ni… nescaya nko sedang
    membunuh blog nko sendiri.

    ok lah… akhir kate dari aku. salam ceria dan semoga
    success selalu. same same ar kite belajar sebab
    aku pon masih baru kat dunia blogger ni 😀

    thanks~
    AzmanIshak.Com®

    Reply
  8. spatt

    aha, aku setuju ngan bro azman…
    what you give, you get back back..
    what u don’t give, you cannot get anything laa..hehe

    Reply
  9. Shaffik

    Budeen : Betul Shaffik.com mula pada bulan 12 yang lepas. Sebelum ni aku pakai blogspot. Time tu main2 jer..hehehehe

    Azman : Thanks for your comment. Memang memberikan semangat meneruskan menulis blog ni.

    Spatt : hahaha…nice words.

    Reply
  10. rohaizad

    10 komen setiap hari?
    Haa… bak datang calculator…
    10 komen + 10 komen = 20 komen.

    Tapi komen aku ni dah menjadikan entri ini mempunyai 21 komen!!

    *Marilah beromen… ehhh.. marilah berkomen… 😀

    Reply
  11. mesmerising1

    btollah..
    bile dah start blogging tu rase nak truskan jer lagi…
    tension2 pun hilang pas post entry baru,,.. he
    good luck 4 future..

    Reply
  12. en_me

    oke bro.. me dah update entri pasal kenapa me bagi kamooo souvenir ittewww.. silalah singgah ke blog me yg ittewww.. salammms

    Reply
  13. Akmal

    Heheheh…samalah kita…aku pun perkara yg plg suka ttg blogging ialah ade org komen kt entry post aku…seperti apa yg aku beri kpd pelawat/pembaca dihargai…

    Demo baru 3 bulan je blogging!!?? baru lg….

    Reply
  14. Shaffik

    Ezad : Tu laa kadang-kadang slow. kadang ok jer..aku kena tengok balik coding ni.

    Mesmerising 1: Banyak lagi ilmu blogging ni..rapat2 lah dengan Otai.

    Loque : Wah ko dari darjah 6 dah blogging? skang tingkatan baper loque?

    Aman : Yes dude..

    En Me : Thanks. Aku dah tgk dah ..

    Adry : Yes blogging is fun

    Richie : sama-sama laa kta teruskan blogging. Tapi ko lagi lama kan..

    Akmal : masih baru…aku dah nampak dah jalannya dalam blogging nie.

    Reply
  15. kakeru

    It’s gud bro! Betul tu, bila tengok result kat awstat ade ramai silent reader pun dah menyebabkan si blogger ersemangat utk menulis kan? apa lagi klu ade loyal reader n komentar yang baik..mesti teruja!

    Ok, pesanan saya: Keep up ur good job Shaffik!

    Reply
  16. fadil

    Saya tidak percaya. Mana bukti shaffik dapat baju tu?? muahahahaha.. gurau je. Kalau boleh post gambar baju tu sebagai bukti yang kamu dapat. Ini cadangan je tau. Takde kene mengena yang hidup mahu yang mati. huhuhuhu.. 🙂

    Reply
  17. Indaah

    oh shaffik…nape ko x letak ko punye profile ke pic ke..dlam blog ko ni…huhu…baru la aku knal sape tuan punye blog nih…ni kes nak sorok identiti ke?? :-p

    Reply
  18. titan

    ehm. semuanya terpulang pada ko dan niat ko. Ko akan dapat jika ko berusaha. Semua orang camtu gak. Hehe..

    Reply
  19. art

    seronok ke blogging??? aku ske bace blog orang tapi aku xd blog….. btw,,, kate blogging seronk tapi nape cam sunyi je dah???

    Reply
    1. Shaffik Post author

      Art aper maksud sunyi? Rasernya blog Shaffik.com di update selalu. Mungkin yang lain menjadi silent reader..Sebabnyer, saya tgk traffik masih seperti biasa bro.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.