Berubah menjadi yang cemerlang.

By | February 20, 2009

Dalam mengharungi liku-liku kehidupan ini, tidakkah kita terfikir di manakah kita berada sekarang.? Di manakah tahap kita sekarang.? Cemerlangkah kita di kalangan kawan-kawan di sekeliling atau di syarikat kita bekerja atau di dalam keluarga kita sendiri? Bagaimana pula mereka? Mereka sama dengan kita ataupun mereka lebih cemerlang daripada kita.

Cukup puas hatikah kita dengan tahap kejayaan dan kecermelangan kita sekarang? Semua persoalan ini sememang ada dalam diri masing-masing. Jadi di sini aku memberikan sedikit tips bagaimana manjadikan diri anda semua cemerlang. Sumber daripada forum ehwal Islam malam tadi.

Keyword dia ASK. A itu untuk attitude, S itu untuk skill dan K itu untuk knowlegde. Yang pertama sekali kita mesti mengudah attitude kita terlebih dahulu . Ubah segala attitude yang tidak elok kepada yang lebih baik. Lebih menjadikan diri anda lebih positif.  Buangkan sejauh-jauhnya pemikiran yang negatif. Fikirkan supaya ingin menjadi yang terbaik. Jangan selalu berserah dan menyerah kalah.

Yang kedua adalah Skill atau pun kemahiran. Tingkatkan segala kemahiran yang kita ada. Tidak kira dari segi apa pun. Kenali diri sendiri. Mungkin dahulu kemahiran itu ala kadar sahaja. Ubah dan jadikan ia sesuatu yang unik bagi diri anda. Ambil pelung untuk mempelajari kemahiran-kemahiran yang lain. Supaya kita tidak ketinggalan. Cuba pertingkatkan kemahiran yang ada dan pelajari kemahiran baru yang mungkin boleh digunakan untyuk masa hadapan.

Terakhir sekali K untuk Knowledge. Ilmu Pengetahuan. Sebagaimana semua orang tahu, Ilmu Pengetahuan sememangnya penting untuk kita. Ilmu Pengetahuanlah yang menjadi pengukur kepada diri seseorang. Tinggi ilmunya tinggilah martabat yang dijunjung. Orang yang cemerlang sentiasa mendahagakan ilmu pengetahuan. Bukan itu sahaja, sejarah pemulaan tamadun manusia kebanyakkannya bermula dengan Ilmu Pengetahuan. Lihat lah betapa pentingnya ilmu pengetahuan kepada kita semua.

Jadi sama-sama kita fikir-fikirkan, adakah kita ingin menjadi cemerlang? Atau adakah kita belum lagi cemerlang. Lihat diri kita, adakah perkataan ASK itu sudah cukup cemerlang untuk kita. Jika masih banyak ruang dan kekosongan, segeralah perbaiki dan berubah untuk menjadi cemerlang. Jika tidak untuk syarikat anda, atau negeri anda, mulakan dahulu cemerlang di dalam keluarga anda dahulu. Itu satu titik permulaan yang baik sekali. Insyallah.

7 thoughts on “Berubah menjadi yang cemerlang.

  1. cahaya

    ASK tu memang penting. Tapi lebih penting niat dlm diri tu. Setting kat dlm dulu, baru luaran.

    Kadang2 kehendak itu ada, tp tak gerak pun perbuatan itu.

    Reply
  2. hashim habeed

    salam & tumpang conteng
    ha ha ha rasanya dunia hari ni kalau masih berpegang pada benda tu mungkin ta kemana… hari ni kroni … rasuah… bodek menjadi amalan ramai manusia.

    Reply
  3. Shaffik

    Oktant : Perlu diperbaiki untuk menjadi lebih baik..

    Cahaya : Betul..kadang2 niat nak berubah itu ada tapi tak gerak. So kat sini, kalau terfikir nak berubah terus buat dan amalkan.

    Hashim Habeeb : tak jugak hashim, sekarang ramai orang sudah berfikir lebih professional. Mungkin anasir sebegitu akan berubah.

    Aman : aku sekadar berkongsi..

    Reply
  4. kakeru

    Yup, ASK memang penting. Satu lagi, klu nak cemerlang kena improve kekuatan kita, bukan kelemahan. Klu improve kelemahan, kita akan diupgrade ke average level. Tp, try improve kekuatan kita..apa akan jadi..? It’ll up to SUCCESS level! Tentu lebih hebat kan?

    (Quote diambil drpd buku tulisan Gobala Krishnan, boleh rujuk buku The New Millionaires)

    Reply
  5. Pingback: Blog Shaffik » Blog Archive » Seronoknya Menjadi Seorang Bapa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.