Suami menjadi surirumah? Boleh ke?

By | February 18, 2009

Pasti semua rakan-rakan sekalian pernah mendengar cerita atau melihat sendiri bahawa suami menjadi surirumah. Aku tertarik untuk menulis entri ini selepas menonton cerita Mr Mama di TV3. Banyak faktor yang di kenalpasti mengapa suami boleh terjebak menjadi surirumah. Maksudnya orang yang menguruskan hal-hal di rumah termasuk menguruskan hal anak-anak. Maaf jika entri kali ini menginggung perasan pembaca-pembaca semua.

Jadi apakah sebab-sebab si suami boleh terjebak menjadi surirumah. Sebab-sebab ini adalah pendangan aku. Mungkin kawan-kawan ada pendapat lain. Antara sebabnya adalah:

1) Si Suami itu sememangnya pemalas nak bekerja. Kerja berat siki tak boleh. Memilih kerja.

2) Si isteri adalah seorang yang berkerjaya dan ada kedudukan di pejabat. Mungkin terlalu sibuk yang menyebabkan si suami mengalah untuk jaga anak-anak di rumah, memasak, membasuh dan sebagainya.

3) Si suami dah bosan untuk bekerja. Ambil jalan mudah berhenti kerja dan bergantung pada pendapatan si isteri.

4) Si Suami sudah terlalu selesa dengan apa yang ada. Jadi hanya membiarkan si isteri pergi bekerja mencari rezeki.

5) Si Suami tidak yakin dengan pendidikan yang di salurkan kepada anaknya. Tak percaya pada pengasuh. Berhenti kerja semata-mata untuk mendidik anak-anak.

Sebab-sebab yang dinyatakan di atas adalah senario yang sering berlaku yang menyebabkan Suami menjadi surirumah. Mungkin banyak sebab lagi. Tetapi cukuplah seperti dinyatakan di atas.

Pada pandangan aku, suami adalah ketua keluarga. Suami adalah bertanggungjawab untuk menyara keluarga.  Semasa nikah pun dinyatakan nafkah harus diberikan oleh Suami bukan Isteri. Di mana letaknya martabat seorang suami jika ini semua berlaku. Melainkan si Suami ada sakit yang tak boleh sembuh yang menyebabkan di perlu berehat di rumah.

Aku akan berasa malu jika nafkah keluarga diberikan oleh Isteri. Jatuh maruah lelaki sebagai suami. Walaupun gaji Isteri lebih besar dari suami, si suami mesti berkerja dan memberikan nafkah untuk Isteri dan anak-anak. Itu telah di tetapkan sebagai tanggungjawab sebagai seorang Suami. Tolonglah lawan sikap malas tu. Kuatkan semangat untuk menyara kehidupan. Pasangkan wawasan untuk bertanggungjawab dan mengubah kehidupan keluarga ke arah yang lebih baik.

Aku sememangnya tak bersetuju jika Suami menjadi surirumah. Menolong isteri di rumah aku setuju. Meringankan beban penat lelah Isteri. Lagi-lagi jika bekerja. Ingatlah walaupun si Isteri tidak mengeluh tetapi dimana tanggungjawab sebagai seorang  Suami. Suami yang dahulunya berjanji di hadapan Ibu dan Ayah si Isteri. Fikir-fikirkanlah..

20 thoughts on “Suami menjadi surirumah? Boleh ke?

  1. Kujie

    knizam…boleh mmglah boleh

    tapi kena kembali kepada fitrah

    tanggungjawap suami kepada isteri dan anak² – nafkah.

    Reply
  2. Shaffik

    Knizam – aku setuju dengan pendapat kak jie, memang boleh setakat membantu apa-apa yang patut. Tapi kalau stay terus kat rumah suruh isteri kerja mencari nafkah untuk keluarga, itu dah lain macam tu.

    Reply
  3. megat

    aku sendiri kini dah macam surirumah sepenuh masa. jaga anak. memasak. mengemas. membasuh. semua yang berkaitan dgn surirumah. tiada masalah, malah aku selesa selain tekanan yang kurang.

    itu pun setelah aku terkena sakit misteri. selain itu aku lakukan beberapa kerja untuk pendapatan aku sendiri.

    Reply
  4. faisalhanim

    boleh ker? orang laki nie kan pemalas skit bab2 kemas rumah, jaga anak, buat susu, tukar lampin…hee…sanggup ker?

    Lebih baik la jd lelaki yg berkerja diluar dari jd suri err…surarumahtangga…lebih baik balik kepada fitrah..

    Aku yg keje sendiri, byk masa kat umah pun tak dpt buat sumer keje umah cam mak aku buat…

    Reply
  5. en_me

    me berangan nak buat bisnes dari rumah.. ataupun blogging dari rumah tiap tiap hari.. volleee ghitewww

    Reply
  6. rohaizad

    Kalau aku kahwin, aku tiada pilihan selain dari menjadi surirumah seperti apa yang ko ceritakan di atas.

    Kenapa?
    Sebab full time blogger memang bekerja dari rumah.. isk..isk…isk….\ huaaa /…\ hua /…. \ hua /….

    Reply
  7. Shaffik

    Megat : Kalau dok rumah pun yang penting mencari duit untuk menyara keluarga..Bukan tak kerja langsung

    En_me : Business tu tak apa. Seperti yg aku cakap kat atas. Yang penting menyara keluarga. Bukan makan hasil dari pendapatan isteri .

    FaisalRahim : berbalik kepada fitraha adalah lebih baik.

    Rohaizad : Aper2 kerja yang nak dibuat dari rumah tak kisah. jangan sampai kita dok rumah isteri pergi kerja dan tanggung kita.

    Reply
  8. budeen

    aku kenal beberapa org yg ko cakapkan ni.. bini kerja, laki duk rumah jaga anak..
    dari pemerhatian aku, semua mmg kena queen control.. laki tak berani nak angkat muka lansung dgn bini.. mungkin bini jadi ego bila menyara hidup keluarga.. ntahlah..

    Reply
  9. cahaya

    soal siapa menjaga rumahtangga tak penting. Yang penting persetujuan dan persefahaman. Berkenaan nafkah tu, kalau si isteri sanggup, x merungut dan x mengungkit. Rasanya x salah pun. 🙂

    p/s: dalam AlQuran ade tak pasal si suami xleh jaga rumahtangga?

    Reply
  10. j_hafiz

    saya xde mslh wat kje ppuan tu semua kecuali menjahit.masak?kacang!mbasuh?mesin kan ade!sapu sampah?vacuum kan ade?tp jgnla smpai yg ppuan biar laki amik alih trus. laki2 ketua kluarga… ckup pantang saya dgn ppuan yg sengal xreti,xde mood ngn kerja2 rumah.
    mmm..esok nak masak ape eh? nasik minyak? hmm…cambes…

    Reply
  11. faisalhanim

    Kalu ikut kan aku…lebih suka ppuan duk rumah…jd surirumah dari pegi keje…atas faktor keselamatan…bkn nak anti feminisme tp realitinya ppuan bila jejak jer kaki kat luar tue 1001 bahaya akan menanti…

    Awek aku dulu keje bank…balik mlm naik bas…dlm bas ada mamat sengal2 nie gesel2 badan..cuit2 perut…nasib tak kene tempeleng jer…tu salah satu kisah..rasanya ada byk lg kisah mcm tue yg lebih dsyat.

    *Aku pun keje sendiri..byk masa kat umah smpai tunang aku melenting…asyik duk umah jer..ekeke..tu ar untungnya keje dari rumah!

    Reply
  12. ijamidayu

    Salam bro,

    Pada pendapat aku, memang ALLAH cipta lelaki ada kelebihan akal..

    Bukan guna AKAL untuk Meng’akal’..

    Jadi, lelaki kerja dirumah bertujuan utk S.O.H.O lain ler.. 😀

    Apa pun, memang muka tembok lelaki yg harap duit bini..

    Apa kira bini jadi C.E.O pun, lelaki kerja kerani itu hasil usaha lelaki kerja utk menaggung sebagai ketua keluarga..

    Reply
  13. Pingback: Blog Shaffik » Blog Archive » Seronoknya Menjadi Seorang Bapa

  14. serina

    Suami adalah ketua keluarga so tak patut la dia dok umah buat keje2 umah. Bukan x boleh jadi surirumah dah menyalahi hukum. Bukan perempuan yg wajib bagi nafkah kat suami…Mcm suami saya mmg pandai masak tapi bab2 mengemas ni failed. x boleh buat setertib perempuan. Sepatutnya suami zaman sekarang harus bersyukur kerana isteri sanggup menolong mencari duit utk tampung kekurangan suami. Bukannya letakkan beban mencari nafkah pada isteri. HARU LA WEIIIIIIIIII………

    Reply
  15. Kak Nah

    mana boleh… selagi suami ada kudrat, suami wajib berkerja…ia adalah satu ketetapan yg maha esa..isteri pula tdk wajib berkarja malah tempat terbaik buat seorang isteri ialah di rumah…Islam dah tetapkan begitu…

    Reply
    1. Shaffik Post author

      Satu komen yang baik sekali. Thanks Kak Nah. Nantikan satu entri khas mengenai komen Kak Nah ni.

      Reply
  16. Pingback: Blog Shaffik » Blog Archive » Bekerja Di Rumah Bukan Menjadi Surirumah Ya…

Leave a Reply to KNizam Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.