Kekayaan diukur dengan Kereta?

By | February 16, 2009

Kaya. Kaya. Kaya. Ini bukan cerita pasal kaya roti tu. Kaya yang aku maksudkan di sini adalah kekayaan harta benda. Ianya adalah milik manusia. Semua orang sibuk mencari wang untuk kaya. Banyak sebab untuk menjadi kaya. Mungkin untuk membebaskan diri dari kesusahan. Mungkin untuk menunjuk-nunjuk. Mungkin untuk masa hadapan. Terlalu banyak kemungkinan bagi seseorang untuk menjadi kaya kan.

Tetapi bagaimanakah kita mengukur kekayaan bagi sesorang itu.  Semenjak menceburkan diri dalam dunia Internet ini, ramai rakan-rakan bertanyakan ” betul di Internet boleh buat kita kaya?”. Aku tak dapat menjawab soalan ini. Sebabnya aku kurang faham dengan maksud mereka. Apakah kaya yang dimaksudkan?

Aku hanya menjawab aku masih lagi mencuba, dan hasilnya alhamdullilah boleh menampung kehidupan seharian aku. Dan bila di tanya lagi ” siapa yang ajar kau buat kerja-kerja internet ni?”. Aku menjawab aku mencari sumber-sumber yang boleh dipercayai dari internet. Aku membaca kisah orang-orang yang berjaya dengan perniagaan Internet.

Dan di tanya lagi, ” Betul ker? Agak-agak kereta apa yang dieorang pakai eh?”. Bila di tanya soalan begini aku terfikir sejenak. Kenapa soal kereta yang di ajukan. Kenapa tak di tanya bagaimana yang dieorang buat?. Akutak boleh menjawab soalan ini sebab sangsi dengan soalannya.

Semalam aku membuka peti surat rumah aku. Ada satu kertas iklan yang menunjukkan satu company yang membolehkan anda jadi Jutawan. Untuk mengetahui bagaimana, anda hendaklah menelefon nombor yang tertera di iklan tersebut. Tapi apa yang menjadi perhatian aku, gambar-gambar yang ditunjukkan dalam iklan itu adalah gambar-gambar orang yang sudah berjaya.

Apa yang di tunjukkan dalam iklan tu? Gambar orang yang dah berjaya bersebelahan kereta-kereta mewah. Di tambahkan lagi sebelum menyertai program dan selepas berjaya. Satu contohnya dahulu pakai kereta wira dan sekarang pakai kereta BMW. Ada 4 buah kisah dan semuanya menunjukkan kereta mewah masing-masing. Jadi aku pun tertanya-tanya, kekayaan seseorang itu pada keretanya ker?

Bukan itu sahaja, kalau membawa kereta di jalan raya, bila nampak orang pakai kereta besar-besar, kereta mewah, biasanay perkataan yang selalu terkeluar dari mulut kita adalah ” wahh lawa kereta orang tu kan, mesti kaya. Apa business dia kan”. Kenapa eh? Kenapa selalu orang berkata sebegini. Pakai kereta mewah tu akan di anggap kaya. Betul ker kaya?

Pada pandangan aku kekayaan itu tidak boleh di ukur sedemikian rupa. Kalau nak tau betul-betul orang itu kaya, pergi check semua harta benda mereka. baru betul. Kita tak boleh terus cakap “wah orang tu pakai kereta mewah mesti kaya.” Aku tak setuju. Lagi satu pada aku kaya pada harta benda belum tentu mendapat bahagia. Aku lebih tertarik jika orang itu kaya dengan ilmu agamanya. Itu lebih baik kan. Jadi apeapendapat kawan-kawan semua?

Entri yang berkaitan :

1) Adakah susah selamanya?

2) Senang yang bagaimana korang nak?

**** Ini adalah entri aku yang ke-100!!! hehehehehe

20 thoughts on “Kekayaan diukur dengan Kereta?

  1. menteil

    hehe… aku juga dah lama perasan..
    tepi kereta mewah = banyak duit ??

    aku ada kenal ca ya nun alif tua, kereta buruk! tapi harta banyak..

    Reply
  2. bd fabregas

    besanye kalo org cina dia jarang tunjukkn dia kaya dgn beli keta2 mewah.. tp kalo aku kaya nanti aku pn nak beli skyline R34 sebijik..

    Reply
  3. cahaya

    kalau lelaki hensem keluar dari kereta mewah,
    wah! kayanya, sama bergaya dengan kereta.

    kalau lelaki muka ala2 pecah rumah keluar dari kereta mewah,
    orang mesti tanya, mana bossnya?

    Reply
  4. Shaffik Post author

    Mentiel : Betul, biasanya chinese tak akan tunjuk.

    Spatt : agaknya laaa kereta driver dia…heehehe cam drama pulak.

    BD : wuuu nak bali skyline. Tapi jgn lupa diri yer..

    Cahaya : itu la perkataan yang biasa kiter dengar.

    En_Me : Ko ader email kay aku ker..email balik..kat [email protected]

    Reply
  5. nurul

    hummer kah itu? hehehe

    btw, nak kaya kena usaha…
    itu je.. lagipun, sampai mana kita boleh kaya, kan?
    kaya dengan senyuman jelah saya ni … hehe

    Reply
  6. ikram84

    kereta tak boleh melambangkan kekayaan.. sebab aku tengok orang yang berkereta besar mesti pening dari segi maintanance dan macam-macam lagi…

    p/s: kalu kaya pun aku beli tanah.. senang nanti… 😛

    Reply
  7. nuaeman

    mentaliti masyarakat kita dah setkan macam tu.. sukar nak dikikis.. jadi utk prgram2 jana wang cara mudah tunjuk gambar orang dgn kereta.. tak berkenan betul aku..

    Reply
  8. ubey

    teringat cite kat sorang kawan aku ni. die gagal dlm bisnes. then die minta loan ngn bank. 1st bnda die beli >> kereta BMW. phtu die convince seramai org yg blh utk join company die. kje sme2. skrg da kaye gle.

    Reply
  9. rohaizad

    Sebab kereta itu diletakkan di hadapan rumah dia. Cuba kalau semua kereta di letakkan di belakang rumah? Mesti orang akan nilaikan kekayaan dari rumah.

    Betul ke apa yang aku cakap ni?
    Lalalalaala….

    Reply
  10. fadil

    Aku setuju bila mana kita ukur dengan check hartanya. Tapi kalau kaya dengan ilmu lagi bagus. Biasanya orang kampung ingat si empunya orang kaya bila tengok bila datang ngan kete besar. Padahal hutang keliling pinggang da..huhuhuhu… 🙂

    Reply
  11. Azman Ishak

    kalau kaya dengan harta, akan disukat dengan kereta,
    manakala kaya dengan ilmu akan disukat dengan rambut
    miahaha….

    *cam tuh le lebey kurang.

    P/S:- tengok keter besar dah kate die org kaye, cube
    kite tanye orang tuh, dah berapa bulan tak bayar?
    miahaha~

    Reply
  12. Shaffik

    Ikram84 : Betul Betul Betul, Kalau dah pakai kereta besar ni pening kepala untuk maintainance.

    Nuaeman : Mentaliti tu harus di ubah. Aku dah lama perasan pasal iklan menjana wang ni. Tapi tak berkesempatan nak tulis.

    Ubey : Bender yang ko cakap tu lumberger ker?

    Rohaizad : betul jugak idea ko tu..kalau letak kereta n sorokkan mesti orang tengok rumah kan..bile tgk rumah time orang menilai rumah pulak..

    Fadil : Kereta besar pun tak guna, tapi hutang banyak..

    Azman : Biasa orang pakai kereta besar ni tak bayar duit kereta ker?

    Reply
  13. faisalhanim

    sbb kereta jer org senang nmpak..kalu nak tgk duit dia kene selok beg duit dia, kalu nak tgk akaun bank dia, kene pegi tnya kat bank..tue pun kalu bank kasi tgk..so yg jelas nmpak depan mata (walaupun kadang2 driver jer tue) adalah kereta dia!

    Kehulu kehilir dia dgn menantang tue…confirm kereta dia la tue..kalu di bawak merc…comfirm la dia kaya…

    Reply
  14. ijamidayu

    Salam bro,

    Maaf cakap la..

    Apa pun, ini merupakan tektik dan teknik perniagaan MLM..

    Dengan kereta mewah yg mereka miliki. Mereka kata mereka dah berjaya..

    Memang tak dinafikan ramai gak JUTAWAN dari MLM..

    Apa yg jelas, aku sendiri pernah join dan upline aku, menggunakan BMW 3 series..

    Pun berhehenti wat MLM.. Wah!!! Naper? 😀

    So, semoga semua paham la erk.. Jgn tgk luaran.. Tapi hasilnya.. TYidak menampung hidup..

    p/s:- Saya bukan menyalahkan MLM. MLM cantek.. Yg problem org yang menyalahgunakan teknik sebenar MLM..

    Reply
  15. liza

    Salam,

    Sifu saya mengajar, kalau nak pakai kereta mewah, pastikan ianya di bayar oleh orang lain, bukannya kita. Ni bukan kes sugar dadat tau :-). Sebagai contoh macam shaffik, duit rumah dia di bayar oleh orang-orang yang beriklan diblog beliau. Hehehe…..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.