Sempana Hari Jumaat yang mulia ini, aku dengan berbesar hati berkongsi satu ilmu yang amat berguna dan boleh dijadikan amalan untuk semua. Bapa aku sering berpesan untuk mengamalkan bacaan Ayat Kursi. Dia juga berpesan bacalah Ayat Kursi semasa hendak tidur, keluar rumah, memandu kereta, semasa dan selepas solat. Alhamdullilah bila di amalkan, aku nampak keberkesanannya.
“Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan diake atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan-perbuatan orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin ‘Amr r. a. ,Rasullullah s. a. w. bersabda.”
Rasullulah juga menyeru agar kita semua mengamalkan Ayat Kursi. Jadi kawan-kawan semua bersam-samalah kita mengamalkan bacaan Ayat Kursi untuk menghidar kita daripada segala bahaya dan menerima kesejahteraan dari Tuhan. Insyallah..











Twitter Updates

Nice. Thanks for sharing.
[Balas Komen]
setuju. hehe
[Balas Komen]
Tq, Bagus!!
[Balas Komen]
Ayat Khursi penuh dengan maksud tersirat didalamnya. Kalau kita faham lebih baik. Anyway info yang bagus.
[Balas Komen]
Terima Kaseh… Saling ingat mengingati sesama kita…
[Balas Komen]
Thanks sbb sharing ni kita ni biasalah sentiasa lupe.
[Balas Komen]
kalau nko kene tindih mase tidur…
pas tuh nko baca ayat kursi… sure nko akan
tersangkut sampai 7 kali… then baru laa
nko selamat dilepas kan… aku memula tak caya
*lepas dah kene memang betoi 7x
berpeluh beb~
[Balas Komen]
dari kcik ayah aku dah ajar baca ayat ni…
mmg bagus..
sampai skarang lagi aku amalkan…
[Balas Komen]
mantabss.. sejuk bgt bikin adem
[Balas Komen]
bagus diamalkan setiap melakukan sesuatu. dilindungi dan diberkati. subhanallah.
[Balas Komen]
sgt bermaanfaat.. setuju!
[Balas Komen]
Azman : Pernah kena hempap ker? Pergh mesti ngeri kan time tu.
Spatt : Itulah pesanan bapa aku yang tak akan dilupakan.
Semua : Aku hanya berkongsi ilmu yang berguna. Sama-sama kita amalkan.
[Balas Komen]
lps baca ayat Qursi rasa senang je nak tdo.
kalau tak…gelisah semacam je
[Balas Komen]
Ayat kerusi ini selalu aku amalakna sebelum tidur
ALhamdullilah..tidur dengan selesa.
[Balas Komen]
ayat kursi bang shaffik…bukan ayat kerusi
[Balas Komen]
Mima sorry typing error..heheh thanks mengingatkan..
[Balas Komen]
Perkongsian yg amat2 berguna.. Terima Kasih
[Balas Komen]
mmg patot diamalkan….
[Balas Komen]
bacalah juga ayat seribu dinar.. membawa seribu keberkatan.
[Balas Komen]