Usah Taksub dengan Khabar Angin

By Shaffik on Wednesday, February 11, 2009
Filled Under: General

Kadang kala khabar angin ni boleh mengubah keadaan di sesuatu tempat. Baik tempat kerja, kawasan rumah kita, negeri kita dan negara kita. Kita selalu di hidang dan bergelumang dengan cerita-cerita khabar angin. ada betul dan ada yang tak betul tentang cerita khabar angin ini.

Bender berlaku di kilang aku. Aku ditugaskan untuk menjaga segala hal-hal yang berkaitan dengan IT. Jadi semua tanggungjawab aku adalah berkaitan dengan IT. Termasukkan polisi, masalah komputer, network, email dan banyak lagi.

Malam tadi aku menerima satu panggilan dari seorang pengurus (manager) kilang aku. Secara tiba-tiba dia tanya ” Shaffik, you ader terima arahan untuk membaca segala perbualan kami di Skype? . Ada siapa-siapa yang membuat arahan pada you?”. Uik aku pun pelik.

Sebenarnya aku tidak menerima apa-apa arahan daripada siapa-siapa untuk memantau segala perbualan mereka. Aku pun bertanyakan pada pengurus tersebut ” Siapa yang cakap pada you yang i terima arahan tersebut? “. Dia jawab ” you tau tak sekarang ni satu kilang dah kecoh, cakap you monitor segala perbualan kami. Atau ini hanya khabar angin sahaja”. Hahahaha..aku pun tergelak..

Dengan tepat aku bagi jawapan, betul ini hanya khabar angin yang di gembar gemburkan. Apa yang aku buat baru-baru ini adalah, aku block atau sekat sesetengah komputer daripada access to skype dan yahoo messenger. Itu sahaja. Sebab aku rasakan mereka tak perlukan semua itu untuk berkerja.

Mungkin komputer orang yang termasuk dalam senarai aku tu sudah salah anggap. Bila tak boleh login to skype / YM mereka menngatakan aku dapat arahan untuk membaca segala perbualan mereka. Ini lah dia penangan Khabar Angin. Sampai kecoh satu kilang. Hehehehe. Yang peliknya pengurus tu pun tak selidik hal ini. Kalau betul-betul Top Management memberi arahan sudah semestinay mereka dah tahu kan.

Ini lah dia senario yang sering berlaku dalam kehidupan seharian kita. Terlalu percaya dengan khabar angin. Padahal bukan sekali dua dah tertipu, tapi masih lagi taksub dan percaya pada khabar angin. Jadi fikir-fikirkanlah yer..

Related Posts with Thumbnails

Entri - Entri Yang Menarik Sebelum Ini :

  • Dulu Nak Jadi Askar…
  • Perjalananku di Dunia Internet (Part 1)
  • Buruk Sangat ke Kerja Kilang

Tags: , , , , ,

Dapatkan Catatan Terkini Dari Shaffik.com.

Isikan Email Anda Di Ruangan Yang Disediakan Di bawah.

Terbaik Dari Shaffik.com

13 Responses to “Usah Taksub dengan Khabar Angin”

  1. MeeT uNcLe sHaH Says:

    Salam,

    Biasalah bro, dah adat orang kita zaman berzaman. Lebih percaya kepada benda yang ragu-ragu daripada yang “hak”!!!. Bukan senang sebenarnya mahu jaga hati umum disekeliling kita.

    Herannya, yang percaya kepada perkara karut(bagi aku) macam ni tak lain, tak bukan. Bangsa kita jugak, Melayu!!!

    huhuhuhuhuhuh
    Bila la agaknya akan kita saksikan transmisi budaya ini dalam bangsa kita. Tidak hairan jika Melayu Malaysia terus “diperkotak-katikan”!!!!!!

    Fikirlah!!!!
    http://meetuncleshah.blogspot.com/2009/02/catatan-dari-hati-fikirlah.html

    [Balas Komen]

  2. Gadis Lonely? Says:

    bunuh je orang yg suka buat khabar angin tu… pengetahuan komputer paras buku lali, main serkap jarang je bila jadi something.. hahaha… lawak gak kadang2…

    [Balas Komen]

  3. samdaddycool Says:

    Kabar angin boleh menimbulkan fitnah.. seterusnya memecahbelahkan masyarakat.. nauzubillah.

    [Balas Komen]

  4. sontos Says:

    Salam Shaffik…

    Kebiasaannye, org yg taksub dgn kabar angin ni hanya orang yg ingin menonjolkan dirinya dikhalayak ramai. Dimana ‘die’ merasakan dirinya itu betul & mahu langkah pencegahan dilakukan dengan segera.

    Kalu kabar angin itu baik, baik lah… Andai sebaliknya?

    Puh, mengaibkan jadinya…

    Benda kecik pun jadi besor… Dah menyusahkan org lain…

    p/s: sape yg slalu guna skype kat opis kilang kiter tuh? Kalo salah guna & ditangkap dah tentu akan merugikan pekerja lain utk menikmati kemudahan yg berikan… Ada betul ka (x-bos kawe)…

    [Balas Komen]

  5. Kujie Says:

    Tak suka…tak suka!

    selalu dpt email – delete
    dpt sms – delete
    tak sukalah…… tak de faedah langsung dok foward cerita yang kita tak tahu betul tidaknya….tak memberi satu pun kebaikan utk kehidupan kita.

    [Balas Komen]

  6. Rudy Says:

    Thanks bro for visiting my blog. Contents yang memberi input..good jobs!

    [Balas Komen]

  7. rohaizad Says:

    Kalau dia tak berbual mende yang bukan-bukan, buat apa dia nak takut kan?

    Ini mesti kes takut sebab semalam dia berbual dan mengumpat big boss tuuhhh…. ekekeke

    [Balas Komen]

  8. nurul Says:

    dengar khabar angin is rugged
    tapi percaya kabar angin is mengarut…

    check them out first… kan?
    hehehe

    [Balas Komen]

  9. Shaffik Says:

    Rohaizad : Diaorang takut laa tu..

    Nurul : Memang mengarut semua ni.

    Kujie : delete jer semua email-email yang khabar angin ni.

    Sontos : Ada laa manager kat kilang kita tu. Takut agaknya

    Sam : dari khabar angin laa boleh jadi fitnah.

    GadisLonely : Batul jugak eh..memang tak guna orang-orang yang suka buat khabar angin ni..tapi bunuh tu ganas sangat..

    [Balas Komen]

  10. sontos Says:

    Kadang2 nek maleh nak layan menjer (manager) kat kilang tuh. Lagi2 menjer itu. Anggap la ia hiburan di kilang. gagaga!

    [Balas Komen]

  11. fadil Says:

    Khabar angin ni la yang menambahkan masalah negara…
    muhahahaahhahaaa… :)

    [Balas Komen]

  12. Shaffik Says:

    Sontos : Anggap laa itu hiburan..aku setuju.

    Fadil : Betul2 masalah negara ni..

    [Balas Komen]

  13. kita Says:

    wahh..power jugak jawatan ko erk…satu kilang ko handle :)

    [Balas Komen]

Tinggal Komen Atau Pandangan Anda :