Blog Azwan Ali Tidak Sopan

By | February 6, 2009

Siapa yang tak kenal dengan Azwan Ali.  Seorang artis yang tersohor di Malaysia ni. Laser memang laser. Aku Aku perasan blog azwan ali di TV hari tu. Jadi perasaan ingin tahu meninggi. Apakah yang ada di dalam blog Azwan Ali ni.

Azwan Ali

Yer laa dah nama pun artis.  Mesti nak tahu. Lagi-lagi bila dah berkecipung dah dunia blogging ni kan.  Bila sampai ke Blog Azwan Ali, sesuatu yang aku rasakan. Rasa marah pun ada, rasa meluat pun ada, rasa menyampah pun ada dan macam-macam lagi. Kesemuanya perasaan yang tidak baik.

Kenapa aku boleh berperasaan sedemikian bila melihat Blog Azwan Ali? Kenapa? Sebabnya penulisannya yang tidak sopan. Kutuk orang tu, kutuk orang ni, tak puas hati dengan wartawan, maki orang selamba dan macam-macam lagi. Menggunakan “Anjing-anjing jalanan” (AAJ), “bangkai-bangkai bernyawa” (BBB) dan macam lagi untuk di tujukan kepada orang yang dia tak puas hati.

Tak cukup geram tu, lepas tu mengaku pulak seorang DIVA? Diva ker dia ni?  Dia ni betul-betul popular ker?  Perasan masih lagi popular dan nombor satu. Ini ada sedikit perkataan-perkataan yang di tulis dalam Blog nya

PESANAN DI RAJA SI LASER NO 1 NEGARA…….
BESAR HAMA PUN KOMEN HANJINNNNNNNN KALIAN TAK AKAN MERESAP KE JIWA MURNI AKU NI…..SEBAB???? SEMUA KOMEN HANJINNNNNNNN AKAN DI DELETE OLEH 5 PA PA AKU YANG DI BERI GAJI RM3,500 SEORANG…..HANYA UNTUK MEMANTAU BLOG TERHANGAT LAGI TERUNGGUL NI…….

SO HENTIKAN LAH KEJE SIA SIA YANG BODOH BIN BANGKAI tu…..
wahai AAJ & BBB !!!!! KALAU DAH BODOH………TU LAH PASAL KAN???? LAGI DILARANG….LAGI DIBUATNYA !!!! BANGKAI BETUL kan nyah nyah ooi?????


Aku pun tak tau laa kenapa dengan Azwan Ali ni. Kalau korang baca semamangnya mencemarkan bahasa melayu. Bukanlah aku nak cakap bahasa melayu aku ni bagus, tapi agak-agak la bila nak menulis tu. Takperlulah masukkan perkataan sampai maki-memaki. Seperti tidak beretika semasa menulis blog. Main tulis ja. Nasib baik tidak ada undang-undang penulisan blog. Kalau tak dah lama dah kena ni.

Tetapi masih ramai yang mengunjungi blog ni. Sebab apa? Sebab blog hiburan. Itulah yang orang-orang kita sukakan. Aku malas nak cakap apa blog dia. Kalau korang rasa nak tengok, carilah sendiri. Aku pun tak sanggup nak promosi blog dia. So fikir-fikirkanlah dimana nilai bahasa kita sebagai orang melayu bila wujudnya blog-blog sebegini.

65 thoughts on “Blog Azwan Ali Tidak Sopan

  1. beel

    setuju ngan eddy89….azwan ali bek xyah nak wat progarm tv yg mengarut….wat pasal haji ke umrah ke baru la ok…nie tau nak mengutuk orang jeq…statment lam bloq pn sgt kurng hajar dan mmg patut pn die kn banned smp bile2 lg bagus….nyampah lg sakit hati bl tgk die mengacara….huh….kwn kat sblh aku xsuka azwan ali….dgn spek besar die lg lah nak wat aku muntah….uwekk…..

    Reply
  2. irwan arif

    ye la, hari ni aku first bukak blog dia td. tp tutup la pas baca 2 post. pasni taknak tgk lagi dah. tak abih2 pkataan han**ng. kasar tol. memang kurang hajar la perkataan yg digunakan. setaraf dgn golongan2 yang dia join tu, ma* n*ah. oh setuju ngan korang, memang terdesak dah dia tu.

    Reply
  3. zazau

    Keluarga dia mmg keluarga penipu…. dulu tu kakak dia nk blackmail DSAI, yg dia mmg la… lg teruk..

    Reply
  4. ben

    dulu penah join kempen flag blog dia kat blogspot.
    rasanya dia dah kena block dari blogspot jugak berapa lama ntah..
    lama jugak ler dia xupdate blog dia tu.
    tp lepas tu dia post entry baru kata dia dah berjaya unblock balik sambil kutuk2 orang yg pakat dalam kempen ni..
    bagi aku, jgn layan minah ni.. lagi kita layan, lagi menjadi dan makin laris plak blog dia tu.
    publisiti murahan je minah ni..

    Reply
  5. Vios

    azwana alia & diva gedebuss tu semua merujuk kepade si tak sedar diri azwan ali ni la..aku selalu gak landing kt blog dia..jadi pembace je la..kdg2 tulisan dia tu kelakar bleh wat aku gelak..tapi mmg ayat2 cinta dia tu mmg durjana sungguh..seseuke je nak meng hanjing kan org..nasihat aku..kite buatla kempen Flag blog die..hehehehe

    Reply
  6. wana

    Saya pun baru baca blog Azwan. Ganas dan mengerikan betul bahasa yg dia gunakan. Tak sesuai untuk tatapan/bacaan anak-anak. Takut anak-anak terpengaruh dan mengunakannya sebagai perkataan harian. Saya pun tak faham… susah sangat ke nak mengeluarkan perkataan yang baik dan bersopan… Walaupun ianya hanya tulisan di blog tetapi ianya menjadi bacaan dan tatapan umum. Jika dia bijak dan terpelajar mesti dia mahukan blognya dipenuhkan dengan perisian ilmu yang berguna dan serta menunjukkan contoh teladan yang baik kepada pengikut blognya…Tetapi malangnya apa yang terkandung di dalam blognya perkara-perkara yang tidak mendatangkan faeadah dan sia-sia….
    Saya harap Azwan insaflah… Tak baik mengaibkan orang walau sememangnya orang yang diceritakannya tu memang teruk.. Kita pun bukan sempurna sangat…
    http://www.tipskecantikan-wana.blogspot.com

    Reply
    1. Shaffik

      Betul tu wana. Itu yang saya sedih tu. Bila baca banyak perkataan yang tak elok keluar. Sedih sebab dia tu artis yang sepatutnya menunjukkan teladan yang baik.

      Reply
  7. sham

    salam…aku pun ada membaca blog si azwan ali yg perasan habis,,,bahasa masya allah kotor dan menjijikkan…dah la tu dia siap gelarkan diri dia azwana aliya..pondan le tu..dia siap mengaku mak le..anak2 ayam…confirm dia ni gang homoseks..jijiknya..yg lucunya hari tu lepas dia balik umrah dia ngaku tuan haji azwan ali..kitab mana dia ngaji pergi buat umrah dapat title haji…

    Reply

Leave a Reply to wana Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.