Melayu atau Mamak?

By | February 4, 2009

Amat berat untuk aku menulis entri kali ini. Bukan maksud untuk aku menyalahkan sesiapa. Bukan maksud untuk mengutuk bangsa sendiri tetapi inilah realitinya yang berlaku. Sebelum aku memulakan ulasan, aku memohon maaf jika apa yang aku sampaikan menyinggung perasaan semua.

Ini adalah pendapat peribadi yang bertujuan untuk membuka mata semua terutamanya peniaga-peniaga melayu kita. Ini adalah soal kebersihan. Berdekatan dengan rumah aku, ada dua kedai runcit. Satu kedai runcit melayu dan kedai runcit mamak. Kedai runcit ini hanya bersebelahan sahaja. Tetapi apa yang aku perhatikan pelanggan baik melayu, cina, india dan lain-lain lebih suka berkunjung ke kedai runcit mamat itu.

Lebih satu tahun aku menginap di sini, itu lah pemerhatian aku. Lalu ianya menjadikan tanda tanya dan persoalan dalam diri aku. Kenapa orang semua lebih ramai ke sana? Kalau ikutkan barangan, semua sama sahaja. Harga pun sama, Barangan harian pun sama juga.

Perhati punya perhati akhirnya aku dapat satu jawapan yang mungkin pemilik kedai melayu itu tak perasan. Ianya soal kebersihan. Ya memang betul. Kebersihan.  Soal kebersihan memang tak di jaga dengan rapi. Hampas kelapa yang lepas di mesin bertaburan di atas lantai. Lantai kotor. Rak menyimpan barangan runcit kotor dan berhabuk. Kotak-kotak kosong tidak di susun dengan rapi. Tempat lalu-lalang pelanggan untuk mencari barangan banyak penghalang. Maksudnya kat tengah-tengah jalan di letaknya kotak-kotak susu, kotak barangan lain yang mengundang kesusahan untul pelanggan berjalan.




Barangan basah juga tidak di simpan rapai di dalam peti sejuk. Kadang-kadang bila nak membeli ikan atau daging tu terbantut. Disebabkan barangan basah semua tak segar. Lepas tu kalau kita tanya “Pakcik ada susu dutch lady tak”, tau apa yang di jawabnya, “Ada kat belakang tu, ko carilah sendiri”. Nak kata pelanggan ramai masa tu tak laa sangat. Kita ni pelanggan. Sepatutnya dia laa pergi ambikkan. Lain lah kalau kita dah tau tempatnya.

Kadang-kadang bila nak beli susu, tengok tin susu tu pun dah kemik. Ada yang dah berkarat kat atasnya. Tidak di jaga langsung. Inilah yang menyebabkan pelanggan semua lari ke kedai runit mamak di sebelah tu. Sebab, kebersihan dan keselesaan pelanggan bila berada di dalam kedai. Bila bersih, barangan basah semua segar, kedai tak bersepah, pelanggan pun senang nak beli barangan runcit.

Inilah yang harus diperhatikan oleh para peniaga kedai runcit. Terutamanya orang melayu. Kebersihan dan servis adalah keutamaan. Mesti di ambil berat soal-soal begini. Bukan sahaja untuk kedai runcit, malah kedai makan pun sama. Perhatikan mengapa ramai orang lebih memilik kedai mamak daripada kedai melayu. Sebabnya kedai mamak bersih dan servis mereka bagus. Inilah yang di kehendaki oleh pelanggan.

Jadi sama-samalah fikir-fikirkan. Sekali lagi aku minta maaf kepada semua peniaga-peniaga melayu di luar sana. Ulasan aku hanyalah untuk meningkat mutu perniagaan orang melayu. Itu sahaja. Ingat pelanggan sekarang dah tidak kira kedai melayu, cina, india atau mamak. Yang mana bersih dan membeirkan perkhidmatan yang bagus, itulah yang menjadi pilihan. Fikir-fikirkan dan berubahlah untuk kesejahteraan kita semua.

18 thoughts on “Melayu atau Mamak?

  1. MeeT uNcLe sHaH

    tikus lari2 atas rak????!!

    meh, datang tengok kat kelantan
    depan kubur, sapah dibuang hampir-hampir jadik “pulau sampah”!!!

    tu, tak citer kat kedai makan tepi jalan lg!!
    bak kate nabil, “lu pikir la sendirik!!!!”

    Reply
  2. framestone

    service yg terbaik… xberkira sgt… nasi lebih..kari pun lebih..harga same jugak… dok lame2 pun dorg xde wat muke nk menghalau

    Reply
  3. Shaffik

    Lan : Ko pernah nampak ker tikus lari atas rak?
    Meet Uncle Shah : hahaha..”Lu fikir laa sendiri”
    Framestone : aku suka dengan ayat ko..service yang terbaik dan tak berkira sangat.

    Reply
  4. budeen

    tapi kalau restoran mamak, depan mmg bersih.. cuba masuk dapur dia sikit.. haram tak jadi makan.. hahaha..

    Reply
  5. megat

    melayu!? disamping sikap acuh tak acuh yang tinggi. boleh dikatakan pengotor juga.

    aku tak tahu mana silapnya tapi kenyataan memang benar seperti apa yang kau coretkan di atas.

    Reply
  6. haritz

    Ini penyakitnya berniaga ikut hati sendiri, kepentingan pelanggan tak di endahkan. Jadi jgn kan org lain org melayu sendiri pun malas nak pegi. Ini bukan sentimen bangsa, ini masalah kebersihan yang dituntut oleh Islam.

    Reply
  7. mesmerising1

    tapi kan ade kdai makan mamak yang ramai kwn2 aku x suke, ade antaranya sebab kebersihan lah, plik gak ak bace ne, mamak yg bersih dr melayu, tapi ni kedai runcit,
    bukan kedai makan kowt..
    tapi btol lah,,. kat tempat aku pun kdai melayu agak kotor …

    Reply
  8. Shaffik

    Budeen : yang belakang ornag tak tgk tapi kat depan menjasi tarikkan utama.

    Sam : Geli-geli jugak..tapi roti canai mamak stil menjadi pilihan.

    KNizam : konsep untuk berniaga tu kena faham…

    Ezad : Itu memang di akui..tapi aper yang perhatikan adalah kedai runcit.

    Megat : sikap acuh tak acuh tu laa yang menyebabkan melayu lewat ke hadapan.

    En_Me : Salam Jugak. Me ko kat maner ? Jauh sangat ker?

    Haritz : Nak berniaga ni tak bley ikut kepala sendiri jer…inilah jadinya kalau ikut kepala sendiri..

    Mesmersing : Yang alu perhatikan adalah kedai runcit.

    Haja : memang peramah, tapi kadang2 menyirap jugak bila order

    Reply
  9. rahmanbashri

    Di rumah aku ada situasi begini..kedai mamak lagi ramai pembeli dari kedai melayu..termasuk aku suka beli barang runcit di kedai mamak tu…aku tak tahu kenapa…

    Reply
  10. faisalhanim

    kedai runcit kat melayu kat rumah aku dulu tak sampai setahun dua dah tutup…tp kedai mamak nie, dari aku kecik smpai sekarang ada lagi..famous lak tue..

    rahsia dia tue aku tak tau la…nak kata mamak nie ramah sgt aku rasa tak juga..cuma mamak nie kadang2 tak berkira kot..boleh berhutang, slalu bagi diskaun cincai kira…pastu slalunya per2 barang yg kita nak ada kat kedai mamak…

    lagi satu..peniaga kedai melayu nie tak suka bersusah diri kalu nak banding kedai mamak dalam soal tukaran wang…slalu aku pegi kedai melayu mesti takde duit tukar (duit kecik)…kadang2 nak tukar bukan besar pun duit tue..RM10-Rm50 jer..cuba pegi kedai mamak dgn cina…asal duti jer diaorg terima jer..

    pernah skali tue aku beli makanan kat gerai melayu tue guna duit RM50…aku beli dkt Rm10..dia boleh takde duit tukar pastu suruh aku sendiri pegi tukar kat kedai depan tue….aku pun tiggal makanan dia terus belah tak jd beli…beli benda lain kat kedai lain…pueh ati..

    Reply
  11. xkutkm

    hmmm…i think ape masalahnyer malay or mamak….bukan ker semuenyer org islam gak…ape nk bezanya…asal usul dr keturunan adam n hawa gaks…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.