Ashavin Sah Ke Arsenal

By | February 3, 2009

Aku sangat gembira bila membaca berita bahawa Andrei Ashavin telah disahkan menyertai pasukan Arsenal. Memang cukup menggembirakan. Berita ini disahkan oleh jurucakap Zenit St Petersburg. Walaubagaimanapun Arsenal masih menunggu pengesaha dari pihak FA England yang dijangka pada hari Selasa waktu England.

Perpindahan bernilai 16.5 Juta Pound. Akhirnya segala persoalan terjawab. Dengan kehadiran Ashavin ini melengkapkan formasi Arsene Wenger untuk formasinya di bahagian tengah. Aku pasti ini adalah berita yang paling gembira untuk Penyokong “The Gunners”. Dah lama Arsene Wenger tidak membeli pemain-pemain ternama.

Ashavin adalah salah seorang pemain idamannya sejak Kejohana Euro lagi. Agak-agak pakai jersi no berapa eh? Spekulasi mengatakan Ashavin akan memakai jersi no. 23. Tapi tak tau lagi. Esok kita tengok berita rasmi di Arsenal.com.

Apa-apa pun aku harap, kehadiran Ashavin dapat meningkatkan lagi prestasi Arsenal di persada Bolasepak Perdana Inggeris (EPL). Kalau ade rezeki mungkin hujung minggu ni boleh tegok Ashavin beraksi…

**** Berita rasmi dah pun keluar. Ashavin pakai no 23. Good Luck. Harap tak mengecewakan.

8 thoughts on “Ashavin Sah Ke Arsenal

  1. Akmal

    Huh….harap2 dgn adanya Arshavin, Arsenal dapat menyaingi MU, Chelsea n Liverpool…
    Kawe pun penyokong Arsenal gak…heheh

    Reply
  2. haritz

    Sayang seorang pemain yang baik terlepas kepada Arsenal. Ini kerana dia agak berumur, sedangkan MU mencari bakat muda.

    ps:Aku MU sejak 1984 hehehe

    Reply

Leave a Reply to Shaffik Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.