Aku sangat gembira bila membaca berita bahawa Andrei Ashavin telah disahkan menyertai pasukan Arsenal. Memang cukup menggembirakan. Berita ini disahkan oleh jurucakap Zenit St Petersburg. Walaubagaimanapun Arsenal masih menunggu pengesaha dari pihak FA England yang dijangka pada hari Selasa waktu England.
Perpindahan bernilai 16.5 Juta Pound. Akhirnya segala persoalan terjawab. Dengan kehadiran Ashavin ini melengkapkan formasi Arsene Wenger untuk formasinya di bahagian tengah. Aku pasti ini adalah berita yang paling gembira untuk Penyokong “The Gunners”. Dah lama Arsene Wenger tidak membeli pemain-pemain ternama.
Ashavin adalah salah seorang pemain idamannya sejak Kejohana Euro lagi. Agak-agak pakai jersi no berapa eh? Spekulasi mengatakan Ashavin akan memakai jersi no. 23. Tapi tak tau lagi. Esok kita tengok berita rasmi di Arsenal.com.
Apa-apa pun aku harap, kehadiran Ashavin dapat meningkatkan lagi prestasi Arsenal di persada Bolasepak Perdana Inggeris (EPL). Kalau ade rezeki mungkin hujung minggu ni boleh tegok Ashavin beraksi…
**** Berita rasmi dah pun keluar. Ashavin pakai no 23. Good Luck. Harap tak mengecewakan.
Aku nampak masa depan dia gelap bersama Gunners… hohoho… Hidup Man Utd!!
Tak tau jugak…maner tau meletup..tau laa man u tgh leading skang ni..
Aku harap dia akan bersama skuad Malaysia..huhu
arshavin dah sah ke arsenal dengan pengesahan sendiri daripada arsenal.com.. nak tau lbh lanjut bleh belek2 blog aku..
Yaa betulll…pakai no 23…thanks for the update..
ingat nak join spurs hari tu..
bagus… semarakkan lagi BPL..
Huh….harap2 dgn adanya Arshavin, Arsenal dapat menyaingi MU, Chelsea n Liverpool…
Kawe pun penyokong Arsenal gak…heheh
Sayang seorang pemain yang baik terlepas kepada Arsenal. Ini kerana dia agak berumur, sedangkan MU mencari bakat muda.
ps:Aku MU sejak 1984 hehehe