
Sambungan entri Perjalanan di Dunia Internet (Part 1)
Pada tahun 2007 aku menceburkan diri pula dengan dunia Forex. Ingatkan senang Forex ni, rupa-rupanya tak semudah yang di sangka. Marketiva adalah platform yang pertama aku. Setiap malam aku menghadap FOREX. Setiap hari aku menghabiskan masa di sini. Tetapi hasilnya tidak memberangsangkan. Sebabnya tak sabar dan berdisiplin. Forex memerlukan kesabaran dan disiplin.
Pada pertengahan 2007 aku sekali lagi menceburkan diri dengan business Internet. Pada mula dah malas nak buat business atau mendapatan duit dari Internet, tetapi bila seorang kawan mengatakan ada satu pelung baik. Buat kerja hantar email. Kalau modal RM750, hantarkan email ke alamat-alamat yang disediakan, bila samapi sebulan anda di bayar balik RM750. Kalau terus buat kerja itu selagi itu anda akan terus dibayar. Dalam hati aku memang menarik. Aku pun pergi ke pejabatnya di Skudai. Kalau tak silap nama Syarikatnya Sun Software Solution. AKu pun mendaftar dengan bayaran modal sebanya RM750. Nasib aku baik, aku dapat balik modal itu setelah sebulan membuat kerja penghantaran email tu. Aku ingat lagi, aku ambik gaji di syarikat itu hari Isnin. Keesokkan harinya syarikat itu tutup.
Sejak dari hari itu aku menyepikan diri dari dunia Internet. Aku hanya lepak di forum Nogold sekadar melepaskan bosan. Dan akhirnya pada Februari 2008, aku kenal dengan seorang insan bernama Nuaeman. Pada ketika itu Nuaeman mengajar aku membuat duit di DP forum. Bagaimana? Aku perlu mencari webmaster yang memerlukan pekerja untuk membuat posting. Setiap post aku dibayar USD0.10 – USD0.50. Inilah yang menampakkan hasil. Selama ini aku membuat kerja-kerja yang sia-sia sahaja. AKu berjaya mendapat sehingga USD200 dengan hanya kerja-kerja posting forum dan kerja-kerja lain.

Dari sini lah aku belajar bagaimana menjana wang dengan cara yang betul. Mendapatkan wang dengan tanpa keluarkan modal langsung. Nuaeman juga yang mengajak aku berblogging. Pada mulanya aku hanya menggunakan blogspot. Hanya suka-suka. Tapi sekarang aku sudah pun punyai domain sendiri. Shaffik.com adalah pengenalan diri aku di dunia siber. Disamping itu mencuba Adsense. Dan mempelajari cara menjana wang di Internet dengan betul.
Pada bulan November 2008, Nuaeman telah kenalkan aku dengan full time blogger Rohaizad. Dari mendengar cerita Rohaizad aku semakin tertarik dengan dunia blogging. Rohaizad menyarankan aku bertukar kepasa domain disampaing menjalankan projek-projek yang berkaitan dengan blog. Sampai ke hari ini, usaha-usaha aku telah menampakkan sedikit hasil. Walaupun tak banyak tetapi amatlah memberangsangkan.
Pada tahun ini akan meneruskan kerja-kerja di Internet aku. Aku sasarkan untuk menjana lebih banyak wang dari Internet dengan cara yang betul. Dengan ilmu pengetahuan yang di tunjukkan oleh Nuaeman dan Rohaizad aku harap dapat sesuatu yang paling berharga tahun ini. Inilah serba sedikit perjalanan aku di dunia Internet. Bila difikir-fikirkan balik, alangkah ruginya tak mula dari 2/3 tahun lepas. Masa aku banyak dihabiskan kepada benda yang tak pasti. Namun itu semua pengalaman dan pengajaran yang berguna bagi aku. Aku tak akan mengulangi kesilapan yang sama lagi. Insyallah.
Entri Yang Berkaitan :
Tags: Adsense, Internet, Nogold, Paypal, Wang


February 2nd, 2009 at 5:07 am
percaya atau tak, seronok pulak aku baca perjalanan internet ko nie..
teruskan bro..
[Balas Komen]
February 2nd, 2009 at 9:22 am
Thanks mentiel. Bile terkenang balik alangkah ruginya aku tak ambil port pun pasal blogging dar 2005…Aper puun tahun ini aku mulakan langkah baru..apabila kenal dengan nuaeman dan rohaizad..persepsi aku pada blog sudah berubah..
[Balas Komen]
February 2nd, 2009 at 9:48 am
terhibur aku membaca posting ko
aku berjaya baca sampai habis. hehe
[Balas Komen]
February 2nd, 2009 at 10:07 am
aku pun masih hijau dalam dunia blog ni.. sama-sama belajar.. dan apabila kita berkongsi apa yang kita tahu tu selalunya akan membuatkan kita lebih memahami sesuatu perkara..
[Balas Komen]
February 2nd, 2009 at 11:20 am
Sun Software Solution..huhu, xleh lupakan!!
[Balas Komen]
February 2nd, 2009 at 12:57 pm
oh, sungguh warna-warni perjalanan ko…
menarik2…
bagus bro, belajar dari kesilapan adalah mentor yg terbaik…
[Balas Komen]
February 2nd, 2009 at 1:07 pm
Forex ~memeningkan…
[Balas Komen]
February 2nd, 2009 at 2:10 pm
hehehe… bro.. nanti bleh ajar aku plak.
selalunye mende yang boleh dijadikan duit
dalam internet ni? nak harap adsence… mungkin
aku tak mampu.. maklum le traffic pon kurang.
lagipon… reader bukan nya nak clcik advertising..
keh keh keh.. kalau aku pg blog orang pon… tadeknye
aku nak klik advertising diaorang… kecuali betoi
betoi best punye advertising… miahahaha~
[Balas Komen]
February 2nd, 2009 at 3:21 pm
ahaks, aq berblog pun hanya nak buat pengalaman..
best blogging ni.. hehehe..
[Balas Komen]
February 2nd, 2009 at 10:46 pm
wah tahniah bro!
tapi serius online biz mmg boleh buat duit..
x pe, sikit2 lame2 jadi bukit.
[Balas Komen]
February 3rd, 2009 at 10:04 am
bagusla shafik, biar sikit tp nampak dari banyak entah kat mana
[Balas Komen]
February 3rd, 2009 at 5:21 pm
perjalanan yg menarik…internet kalau diguna dgn betul blh datangkan hasil yerrr?? sy berblogging hanya secara suka2 walaupun ada letak iklan…:)
btw, pengomen semua lelaki je tu…malu lah i..aiseh…hehe…
[Balas Komen]
February 4th, 2009 at 10:28 pm
yang pastinya ilmu yang didapati bukan percuma. nak shortcut lagi byk modalnya.
insya allah. bakal menjadi sumber pendapatan kerana ia tiada noktah!
[Balas Komen]
February 4th, 2009 at 11:05 pm
Perjalanan yang menarik bro. Aku pun still new dan perjalanan masih jauh lagi. Selamat berblogging.
[Balas Komen]
February 7th, 2009 at 12:53 pm
Tahniah… Bile nak mula kelas kiter nih… Dpat yg asas2 pun ok la… Janji terbuka minda aku pasal korek duit dari internet… Teruskan perjuangan mung…
[Balas Komen]
February 11th, 2009 at 3:56 am
membuka jln utk lebih ramai yg msih buntu dlm bdg IM ni.. syabas. join le affiliate bro. clickbank ke..lg la msyuk
[Balas Komen]
March 3rd, 2009 at 8:24 am
emm… ada org still main forex and dpt income. tapi mmg nak kena displin, sabar n byk blajar.
shaffik, bleh le ajar akak… smntara akak masih cuti lagi ne..
[Balas Komen]
March 3rd, 2009 at 4:26 pm
Ain : Saya dah tak main Forex lagi. Skang fokus on blog.
[Balas Komen]
March 18th, 2009 at 1:43 pm
[...] Sebenarnya, apa yang diceritakan atau apa yang ada dalam personal consultation aku adalah kisah BENAR aku selama ini dalam menjana pendapatan melalui blogging. Kalau inginkan kepastian, silalah bertanya kepada mereka yang pernah mengikuti consulation tersebut seperti Nuaeman dan juga Shaffik. [...]
March 18th, 2009 at 6:55 pm
InsyaAllah bro. Ingat fokus n usaha
[Balas Komen]
May 21st, 2009 at 2:55 am
teruskan lagi perjalanan di dunia maya..
byk cabaran utk ditempuhi..
[Balas Komen]
June 9th, 2009 at 7:50 am
hehe
ku blog untuk suka2
xtau plak ley buat duit
hoho
[Balas Komen]
July 5th, 2009 at 5:36 pm
[...] 3. Dari mendengar cerita Rohaizad aku semakin tertarik dengan dunia blogging. Rohaizad menyarankan aku bertukar kepada domain sendiri di samping menjalankan projek-projek yang berkaitan dengan blog.Sampai ke hari ini, usaha-usaha aku telah menampakkan sedikit hasil…. Blogger Shaffik Dot Com [...]