Perjalananku di Dunia Internet (Part 1)

By | February 1, 2009

Dunia Internet sememangnya luas. Banyak yang kita boleh perolehi daripada Internet.  Kisah ini adalah kisah pemilik blog (aku) dalam menempuh liku-liku di dunia  Internet. Aku diperkenalkan dengan Internet pada sekitar tahun 2000. Itu pun disebabkan aku mengambil Sijil Teknologi Maklumat.

Aku bermula dengan MIRC. Bukan Internet Explorer tau. MIRC adalah platform untuk aku berchatting. Ramai kawan-kawan aku daripada MIRC. Tak cukup di dunia maya, kami sering mengadakan Gathering untuk channel tertentu. Kalau dulu di MIRC channel yang paling popular adalah Kampung dan Mamak. Founder die aku tak tau siapa. Aku adalah pengunjung rasmi kedua channel ini.

Apabila aku sambung belajar di Melaka, aku diperkenalkan dengan Yahoo Messenger. Kira-kira tahun 2002. Dari YM lah aku bertemu dengan ramai kawan-kawan. Terutamanya perempuan laa. Tak cukup chatting aku juga membuat pertemuan buta (Blind Date). Dah bosan denagn YM. Aku diperkenalkan pula dengan Friendster. Aku bersama-sama rakan-rakan rumah (housemate) berlumba-lumba mengumpul seramai rakan-rakan di Friendster. Masa tu friendster adalah nadi kami di Internet.

Setelah tamat pengajian, aku terus bekerja di sebuah Syarikat Perisian di Permas Jaya JB. Jodoh aku dengan syarikat ini tidak lama hanya 4 bulan. Aku pula diperkenalakan dengan Auto Surf Program. Inilah titik permulaan aku menjana wang di Internet. Banyak yang aku cuba termasuk 12 daily pro. 12DP suatu ketika dahulu adalah Autosurf yang paling popular. Ada seorang member aku boleh menjana ribuan ringgit daripada 12 daily pro. Hari-hari aku menghadap autosurf ni. Login ke account Autosurf tinggi 30 saat dan dapat duit. Payment biasanya melalui e-gold.

Pada tahun 2006 aku menjinakkan diri pula dengan program HYIP. Waktu itu HYIP masih baru. Program ini kira gamble. Payment seperti biasa melalui E-Gold. Sebab apa aku tertarik? Biasa program HYIP menawarkan pulangan yang selesa. Contohnya, daftar hari ini dengan bermodalkan USD10 pulangan pada keesokkan harinya 110 % atau mungkin lebih. Pernah juga ditawarkan sehingga 300%. Bayangkan bagaimana perasaan suka ketika itu. Biasanya program-program seperti aku gunakan konsep “hit and run”. Letak modal bila dah dapat duit dan keuntungan tak akan invest lagi. Mencuba nasib di program HYIP yang lain pula.

Kira-kira 2/3 bulan bergelumang dengan tawaran 100% seleas sehari atau lebih, Webmaster HYIP program menukar strategi mereka. Mereka menawarkan pula pulangan 10% sehari, 15% sehari dan bebagai-bagai lagi tawara. Tawaran ini mungkin sah sehingga 10-20 hari. Kataan 10% sehari, kalau 30hari boleh untung sehingga 300%.

Masih tak serik lagi dan pada penghujung 2006 Investment Program pula menular di dunia Internet. Aku pun masih tidak lepaskan peluang ini. Banyak juga modal-modal yang dikeluarkan untuk semua ini. Antaranya ABFUND, Winlifund, Swisscash dan macam-macam lagi. Ada yang untung dan ada yang hanya balik modal sahaja. Rasanya ramai yang tahu tentang Investment Program ni. Kononya duit kita dilaburkan di Offshore, Pasaran Komuditi dan maca-macam lagi. Rupa-rupanya semua ini TIPU!!! semata-mata. Program-program ini menjadi pilihan ramai orang ketika itu. Sampaikan pakcik makcik yang tak tau apa-apa pun sanggup mengeluarkan duit yang banyak untuk menyertai program-program sebegini. Akhirnya kerajaan mengharamkan program-program sebegini di Internet. Walaubagaimanapun aku tidak rugi 100%. Kebanyakkannya balik modal.

Apa pulak lepas ni eh? Akan aku ceritakan Perjalananku di Dunia Internet (Part 2)

14 thoughts on “Perjalananku di Dunia Internet (Part 1)

  1. Kujie

    Tak pernah mencuba semua tu…selalu baca pengalaman org.

    1st guna internet thn 1999. agak2 kan apa laman web pertama yg kak jie buka?

    hahahaha….cari info litar lumba sepang ( sic ), kemudian laman web ferrari……

    tak pernah mirc kalau pun anak2 saudara riuh bermirc, tapi thn 2003 Kak Jie owner satu forum MSN. Kenangan tu….

    Reply
  2. izzat

    xpenah cuba gak benda2 tu semua, tp first time expose to internet is when I was in standard 6. Masa tu pakai internet 1515 tu… kira laju r time tu..haha

    benda pertama wat ialah buat email account yahoo..tp x tahu nak hantar kat sape..hahaa

    Reply
  3. Akmal

    hmmmm…aku plak mula mengenali dunia komputer masa umur 18. Masa belajar kt kolej matrikulasi, dgn adanya subjek sains komputer, Masa tu la mula minat dalam komputer.

    Reply
  4. nuaeman

    Aku rasa masa time buta internet dulu.. iklan google adsense adalah benda yang paling kerap aku click.. kaya laa pemilik sites tu.. huhuh

    Reply
  5. Adry

    Bab yang mula mula tu lebih kurang aku gak… bezanya aku takda la sampai blind date kerr hapa…. huhu…

    investment macam tu memang patut di haramkan bab sumbernya amat diragui…

    Reply
  6. Shaffik

    Kak jie: Wah dah start buat website dari 1999 lagi ker…ni oitai ni..

    Izzat : teringat dulu pakai internet dail up 1515..lembab gila..tapi time tu memang takder pun pk nak blog ker aper ker…

    Nuaeman : Samalah kita…adsens pun click..memang kaya owner web tu..

    Faiz: itu cerita lama..entah skang ni nak masuk mirc pun dah lain..

    Adry : memang patut pun di haramkan…bagus kaa

    Reply
  7. Pingback: Blog Shaffik » Blog Archive » Perjalananku di Dunia Internet (Part 2)

  8. miszrlina

    huhu.. teringat zaman memula kenal dunia Internet!

    sumenye bermula dgn MIRC. ho ho..

    part blind date yg kelakaw. huhu

    Reply
  9. megat

    kisah kau ni lebih kurang kisah aku je wahaha.

    rasa macam tahu je kisah selanjutnya dari sini. korang dah pakat-pakat up entri ni ke wei. hehe

    Reply
  10. InsutsStync

    Hello, I just became part of this forum and I love the contribution of this community.

    I would like to make a contribution of my own by posting a site I created informing users about computer repair. Online Computer Services

    Also, this is worth taking a look at – Online Computer Support

    There is lots of information regarding computer repair techniques and what one should do when prompted with certain instances.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.