Dilema Seorang Suami

By | January 29, 2009

Sejak 2/3 bulan lalu aku sering didatangi rakan-rakan yang mempuyai masalah rumahtangga. Aku bukan seorang yang pakar untuk isu-isu rumah tangga. Tetapi mungkin mereka selesa meluahkan perasaan dengan aku. Sebab aku ni ni memang berbakat menjadi pendengar yang tekun dan setia Insyallah.

2 minggu lepas seorang rakan baik aku AM(bukan nama sebenar) meluahkan perasaan pada aku. Dia sedang mengalami krisis rumah tangga. Perkahwinan yang mencecah 5 tahun yang sebelum ini tanpa masalah. Tanpa pergaduhan yang besar. Tanpa cacat celanya.

Tetapi akhirnya terbongar juga. Krisis bermula apabila AM perasaan yang isterinya selalu bersms. Tetapi dia tak mahu sanga yang bukan-bukan pada Isteri kesayangannya. Dia pun buat tak tahu sahaja. Tetapi pada suatu hari Isteri AM meminta kebenarannya untuk menghadiri satu kursus di Ayer Hitam. Kursus mengambil masa satu hari.

Isterinya meminta kebenarannya membawa kereta dan di letakkan di pejabatnya. Maksudnya menghadiri kursus ker Ayer Hitam beramai-ramai menaiki bas. Tanpa syak wasangka Am membenarkan Isteri berbuat demikian.  Tetapi AM reset meter keretanya untuk memastikan Isterinya tidak melahu ke tempat lain. Jarak rumah ker pejabatnya Isterinya hanya 15KM. Kalau pergi dan balik hanyalah 30KM.

Pada hari tersebut, AM pulang dari kerja kira-kira jam 9 malam. Tetapi Isterinya dari pagi keluar rumah untuk menghadiri kursus masih belum lagi pulang. Hati semakin resah dan gelisah. Ye laa Isteri kesayangan masih belum pulang lagi. Apa tah yang terjadi padanya. AM terus gelisah apabila tidak dapat menghubungi handphone Isterinya.

Kira-kira jam 10 malam Isterinya pulang ke rumah. Dengan nada rilek AM tanya kenapa lewat balik. Isternya memberikan alasan kawan-kawan pejabatnya ajak makan malam sekali. Dah laa tak masak untuk AM , bungkus makanan pun tidak. Tak apa, AM terus bersabar dengan perangai pelik Isterinya.

Keesokkan paginya, AM check meter kereta Isterinya. Meter menunjukkan 138KM. Bermaksud Isterinay telah membawa keretanya jauh dari rumahnya. Am tanya Isterinya ” kenapa sampai 138KM, Mana awak pergi”. Isterinya hanya menjawab dia hanya parking kereta di pejabatnya. AM pun malas nak gaduh-gaduh hanya mendiamkan diri.

2 hari selepas itu segalanya terbongkar. AM terbaca satu SMS di Handphone Isterinya. Itupun kerana hatinya tertanya-tanya mengapa sejak kebelakangan ini Isterinya selalu bermain Handphone dan simpan Handphone apabila tiba di rumah. Bila AM dapat peluang AM membaca satu SMS yang datangnya dari Nizam. Nizam adalah bekas kekasih Isterinya 6 tahun dahulu. Mesejnya berbunyi begini “Sayang, walaupun saya dah nak kahwin pd 26hb Januari ni, abang harap kita tetap boleh berhubungan seperti biasa. Kita boleh bercinta secara senyap-senyap.” Kalau korang la tiba-tiba terbaca mesej macam ni di Handphone Isteri korang, apa perasaan korang yer?

Dengan perasaan marah AM bertanyakan Isterinya,” kenapa sms dan contact Nizam lagi. Awak dah janji mahu lupakan Nizam. Kenapa sayang-sayang lagi?” . Isterinya hanya dia seribu bahasa. Tetapi AM masih mahukan jawapan. Akhirnya Isteri membuat penjelasan. Rupa-rupanya Isteri telah menjalinkan hubungan kembali dengan kekasih lamanya kira-kira 2 tahun yang lalu. Mereka hanya SMS dan kadang-kadang berjuma 1/2 kali dalam masa 3 bulan.

Ya Allah, rupa-rupanya selama ini AM di tipu hidup-hidup oleh Isterinya. Diperbodohkan Isterinya. Dia punya lurus percaya bulat. Tetapi tipu helah Isterinya terbongar juga. Dan Isterinya mengakui dia masih sayangkan Nizam dan sedih lagi apabila dia mendapat tahu Nizam nak Kahwin.

Then AM bertanyakan Isterinya, ” Apa salah saya sampai awak buat macam ni, tak cukup ker apa yang saya berikan pada awak dan anak-anak?”.  Dia mengaku bahawa kadang-kadang tak cukup. Dia mengakui dia seorang materalistik. AM hanya kerja kilang, susah nak beli apa-apa. Susah nak buat loan dan macam-macam lagi. AM tak sama macam Nizam. Tetapi AM yakin ini hanyalah alasan. Kenapa 3 tahun lepas tak wujud masalah sebegini?

Peperangan ini berlanjutan sampai ke hari ini. Isterinya masih lagi dengan egonya. Seolah-oleh tidak mahu mengaku kesalahnya.  Sampai kan pada hari perkahwinan Nizam, Am mengajak Isterinya pergi ke majlis perkahwinan Nizam. Tetapi ini yang di jawab oleh Isterinya : ” buat apa nak pergi, nak sakitkan hati saya laa tu, kalau awk rasa tak selesa dengan saya, susah sangat dengan saya, ceraikan saya”.

Am terkejut dengan kata-kata Isterinya. Tapi AM masih lagi berfikiran rasional. AM mendiamkan diri. AM berfikiran positif. Mungkin Isterinya masih marah dengannya. Sepatutnya siapa yang harus marah. AM atau Isterinya? Masih ada cara lagi untuk menyelamatkan rumahtangganya.

Apa yang AM buat sekarang adalah memerhatikan gerak geri Isterinya. Berfikiran secara rasional. AM yakin Isterinya masih boleh di perbetulkan lagi. Jadi aku meminata rakan-rakan semua memberikan pendapat, apakah yang harus dilakukan oleh AM untuk menyelamatkan Isteri dan Rumah Tangganya? Apakah cara yang terbaik untuk AM?

Entri Yang berkaitan :

Buruk sangat ker kerja Kilang |   Sampai bila nak Susah Senang yang macam mana?

37 thoughts on “Dilema Seorang Suami

  1. menteil

    erm… berat jugak kes macam nie..

    aku pernah mempunyai perempuan yang punya ego yang sangat tinggi..
    samalah seperti isteri AM yang tak nak mengaku kesalahan sendiri..
    dan aku jugak sama seperti AM pada mulanya..
    sabar.. sabar.. dan sabar..

    sehingga peluang yang aku beri sudah terlalu banyak sampai pada tahapnya..
    aku hilang sabar dan ‘balas’ balik padanya..
    tengok pada responnya, kalau dia juga mem’mambalas’ maka dah terang jawapannya..

    tapi ini kisah percintaan, lain dengan kisah rumah tangga..
    jalan yang terbaik ialah bawa berbincang..
    terangkan apa yang salah dan berikan kesannya..
    cerai adalah penyelesaian yang paling ‘hujung’

    alamak..
    panjang pulak komen nie..

    Reply
  2. haritz

    Senang je suruh bini dok rumah, tugas laki cari nafkah, tugas isteri jaga kerperluan suami habis cerita. Tak cukup!!! Mak bapak kita dulu anak sepuluh pun cukup, kenapa kita tak…sbb tak berkat. Islam sangat adil pada semua. Kena faham sifat kejadian pompuan baru kita faham semuanya.Walahualam.

    Reply
  3. liz

    siannye laki tu..
    biasenye perkara tu jadik kat org pompuan…
    kenape ade orang2 yang tak kenal erti SETIA?

    Reply
  4. Shaffik

    Menteil : Berbincang adalah jalan yang terbaik. Thanks atas cadangan anda.

    Haritz : Perempuan diberilan 9 nasfu 1 akal. Lelaki 1 nafsu 9 akal. Itu yang membezakan lelaki dan perempuan.

    Liz : Itu lah yang aku tak paham. Bila suami tak buat hal..Isteri pulak…

    Reply
  5. alifstyle

    AM perlu tawan semula cinta isterinya lebih daripada NIZAM. Jika dahulu AM berjaya rampas isterinya sekarang daripada NIZAM, jadi AM ada kemampuan menawan cinta isterinya itu kembali.

    AM dalam bahaya dan dia perlu cari jalan supaya isteri dia tahu AM adalah yang terbaik.

    Sebenarnya AM juga ego kerana tidak beri cinta seindah Nizam sekarang.

    Reply
  6. safwanhussin

    Sejak dulu lagi aku dimomokkan dengan mitos bahawa perempuan lebih setia dari lelaki.. Namun pelbagai cerita yang sampai kepada aku, kisah kawan-kawan dan pengalaman aku sendiri mendapati perkara yang sebaliknya terjadi..

    Reply
  7. framestone

    out of topic–> mmg belakang takbir pun die..org kuat lak tue.. wat kerje pun senyap2 je.. xheboh2..tau je “oh nie program ko ke? ade name ko kat hujung tue”

    Reply
  8. megat

    ikut hati, binasa! jika dah tak suka takleh nk paksa. rugi hidup, dh lah tempoh hidup tak panjang.

    aku juga dengar kisah sebegini terutama dari pembaca blog aku sendiri. wanita. keluar dan selesaikan masalah mereka. sampai masuk spital pun ada kena pukul kayu bola lisut!

    apa yg aku kata dari sudut kejadian asas manusia yg punyai hati dan perasaan. tapi difikirkan secara ilmiah dan agama, pasti ada jalannya. yg pasti bukan melalui kemarahan.

    Reply
  9. Azman Ishak

    Wargh.. perkara yang macam ni aku selalu dok pikir.
    maklum le aku pon cam orang lelaki yang normal yg lain
    nak gak kawin.

    takut beb… tapi pernah aku tanye sayang aku sebab ape
    die suka aku, sedangkan die tau aku ni kepala hangin??
    ape die jawab. “Aku ni memang kepala hangin, tapi apa
    aku kate, aku kota…” wahhhh~

    hahaha…. upenye die menilai aku dari aspek lain.
    Mane mane perkahwinan pon mesti ade masalah…
    mane ade laut tak berombak… betoi tak…

    dalam konteks kat atas, sepatutnya am tak bleh ambik
    langkah drastik… tapi kalau keterlanjuran dah pon terjadi
    antara wife die dengan Nizam… so, die kene lah rujuk
    kepada yang lebih arif.

    abah aku selalu pesan… kau nak kawin bukan untuk
    sehari dua… tapi untuk sepanjang hidup nko…
    “kahwin bukan untuk bercerai” tapi kalau keadaan
    macam kat atas tuh… aku pon pening… takut gak
    kalau pikirkan pasal perkara macam ni… huhuhuhu~

    Reply
  10. Shaffik

    Loque : Azman ni orang lama ni..banyak pengalaman…kecik-kecik jugak tapi kena ambil tahu hal-hal begini..nanti senang…

    Reply
  11. budeen

    ni citer betul ke??

    nak handle kes ego ni mmg mencabar.. selalu laki yg ego tinggi.. tapi bila isteri lebih berpelajaran atau bergaji besar, perkara ni tak mustahil berlaku..

    aku tak pasti kes ni boleh dikategorikan ‘isteri nusyuz’ atau tak.. pada aku bila bercinta senyap2 dibelakang suami dah mmg sah isteri menduakan suami..
    ikut nasihat yg disyorkan agama, asingkan bilik tidur.. nampak mcm bende remeh tapi impak psikologi pd isteri sgt besar.. ntahlah.. jumpa pakar kaunseling pun elok gak.. wallahu’alam.. 🙂

    Reply
  12. zariel

    terkedu gak aku baca entri ko ni. bkn tak penah dgr tp setiap kali pn aku masih terkedu. pdpt aku Am tu kena panjangkan perkara ni dgn org ketiga yg boleh dipercayai, kaunseling mungkin.

    aku benci dengan wanita tak bermaruah, sama bencinya dengan lelaki dayus (lelaki yg kalah dengan isteri yg curang DAN lelaki yang celaka kacau isteri org lain)

    semoga dijauhkan dari keluarga aku… insyaAllah

    Reply
  13. lovesucks

    dah la nama am tu mcm bf aku skrg… dok klang gak… ex aku pun aku kapel 6 thn… am pun keje jaga cc je… ex aku lom keje tp at least dia ada degree… bezanya skrg, aku lom kawin… bley la wat pengajaran dari citer ni sbb aku taknak berada dlm kedudukan isteri am… tq for this post.

    Reply
  14. Lee

    Aku faham dgn bende mcm ni.

    Sbb aku pernah berhdpn dn menyelesaikan perkara mcm ni time aku keje kat motivational company dulu.

    Caranya : Minta Am rujuk di dlm Surah An-Nisa’, ayat 34-35.

    Untuk lebih mudah, si suami kene kuat dan jgn mengalah. Cadangan aku, mintak si suami lebih byk bersabar dlm masa yg sama buat sgl apa yg diajar di dlm Surah An-Nisa’ di atas.

    Usaha dulu, kalau ada jodoh Insya-Allah beb, mereka akan bersatu.

    Jom kita doakan sama² agar member ko bahagia semula kepada isterinya. Aku percaya, isteri die ni sbnrnya dipusingkan hati dan sedang Allah uji.

    Jadi, hope Am byk bersabar.

    Wallahua’lam.

    Reply
  15. kita

    wahh…teruk jugak kes ni…tapi aku rasa baik 2 berbincang elok….jagan biarkan rumahtangga hancur lebih-lebih lagi kalau dah ada anak…anak-anak yg menjadi mangsa….itulah lumrah rumah tangga….aku tabik pada Am

    Reply
  16. Shaffik

    Zariel : Mintak2 di jauhkan dari benda-benda cam ni..
    Lee: Ini juga dinamakan dugaan..
    Lovesucks : Cam cerita ko ker?
    Kita : Aku pun dah ckp dgn am..bincang dahulu baik2.
    Rohaizad : Inilah permainan dunia..

    Reply
  17. |1f34|-|1r3

    benda pertama leh buat..banyak bersabar…kedua..nasihatkan bini dia lagi sekali..ketiga…jumpa mak bapak sendiri n mertua..bincang elok2 ngan diorang…kalau diorang takleh solve gak..jumpa kaunselor…kalau tak leh gak..cerai jer la…

    Reply
  18. Enam is numb

    Gila betul ar bini dia tu,
    nasib baik si am tu penyabar kan??
    Susahnya mendidik Isteri…
    Kalau pendapat akulah, baik ceraikan saja isterinya yang nusyuz tu,
    takpun rujuk pendapat |1f34|-|1r3….
    apapun diharap am bersabar, ini semua dugaan daripadaNya…rapatkan diri pada yg Maha Esa..
    k,,bye

    Reply
  19. Pingback: Blog Shaffik » Blog Archive » Seronoknya Menjadi Seorang Bapa

  20. zafa

    Beruntunglah dapat suami yang penyabar dan penyayang macam kes di atas ni. Walaupun hanya bekerja kilang , lelaki yang setia dan penyayang memang menjadi idaman setiap wanita, Tetapi apa yang berlaku di atas sebaliknya pula.

    Reply
  21. faizal

    mgkin aku adalah org terlewat yg baca post ni..mgkin jgak kes ni dah setel pun.tp geram punya pasal kat bini si am tu aku nak komen jgak..!!korang sedar tak bini die tu sebenarnya da nusyuz.terang2 dia da curang.kalo aku bawak jer kes ni kat mahkamah syarie dan failkan cerai!buat ape simpan bini mcam tu.anak2 biar bapaknye jaga.apa takut.. huh!!

    Reply
    1. Shaffik Post author

      Faizal,

      Untuk pengetahuan awak, kes Am dah pun selesai. Am terpaksa melepaskan (menceraikan) Isterinya di mahkamah. Tapi menurut Am, dia lebih tenang sekarang.

      Reply
  22. mamais2

    Salam,

    Dilema isteri takde ke?
    Ada gak kes rumahtangga bermasalah kerana suami..

    Reply
    1. Shaffik Post author

      Belum ada cerita lagi buat masa ini. Mamais ada cerita ke? Kalau ada mungkin boleh dikongsikan bersama.

      Reply
  23. pak uda

    entahlah aku pun tak faham dengan perempuan sekarang ni. tak macam emak kita dulu. Sebelum kawin bercinta macam nak rak. Naik kapcai kesana kemari pun tak apa. Rela kena tangkap basah demi cinta sanggup serah jiwa raga. Tapi bila dah kawin, begitu lak rupanya. Mengapa perempuan suka digelar “jalang”? Maaf. biasanya perempuan/isteri yang tak setia wajar digelar begitu. Letak hantaran berpuloh ribu. Last2 satu sen pun tiada harga..punah..! Perempuan pun macam harta yang boleh susut nilai kan..mas kawin kalau janda separuh dah. mengapa? Itupun terpulang pada penilaian bakal suami..renungkanlah wahai wanita khususnya. siapa diri sebelum dan selepas.kalau nak maintain nilai diri tu..berushalah dari baik kepada yang terbaik..

    Reply
  24. heaventoearth

    sabarlah am… hidup didunia hanyalah sementara..
    aku doakan ko agar dapat insan yang lebih baik selepas ini…
    yang penting ko teguhkan iman ko…jangan menyesal dengan takdir yang telah di tetapkan untuk ko.. aku harap ko tak give-up dalam mengharungi hidup yang sementara ini..yang bersalah tetap akan terima pembalasanya..
    dugaan ini tidaklah seberat dugaan yang ditempuh bilal dan sumaiyyah.. aku yakin dan pasti insan terbaik untukmu sedang menantimu….

    Reply
    1. Shaffik Post author

      Yup. Insyallah Am pasti menemui insan yang terbaik untuk nya. Tetapi dengar cerita, Am nak kembali kepada Isteri lamanya. Mudah-mudahan di permudah semau urusannya.

      Reply
  25. manusia pandai

    am,tak yah balik dengan bini lama ko tu,ko banyakkan la usaha menjadi yg soleh am,bnyk2 p masjid,bnyk2 kan solah sunah hajat pe semua,kalau kau nak yang solehah,yang kompem tak curang ko, ko jadik soleh dulu, aku tau ko rindu kat bini ko sbb ko dah lama tak dapat, tapi ko kena sedar, dia boleh tipu ko, ntah2 time die layan ko pon, die dok ingat jantan lain, @!$ betol… am, tolong rilek, jangan ikutkan nafsu, bini lama ko tu terang2 buat perangai taik dgn ko, carik wanita solehah la am… tu je pesan aku,shaffik,ko tolong sampaikan kat am tau…tolong sangat2

    Reply
  26. as

    sy sokong ‘manusia pandai’- betul am cari lain,Allah akan gantikan dgn yg lebih baik.rawat hati dgn zikrullah,berdoa selalu,buat solat hajat minta di berikan isteri solehah.itu yg saya lakukan sebelum berkahwin dgn suami.diakui byk dugaan hidup.Alhamdullillah.yg penting keikhlasan.kejujuran dan kesetiaan.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge