Murahnya Keyword “Melayu”.

By Shaffik on Tuesday, January 27, 2009
Filled Under: General, Persoalan ???

Hari ini tak bekerja. Jadi ada masa sikit laa nak tulis dalam Shaffik.com. Disamping itu ada masa yang panjang untuk surfing Internet. Seperti biasa untuk mencari sumber, Pak Cik Google laa yang membantu.  Dalam menaip perkataan yang ingin di jadikan punca carian, aku tertaip perkataan “melayu”.

Korang tau tak apa yang keluar di Google. Kebanyakkannya adalah website yang berbaur lucah. Sekali lagi berbaur “LUCAH”. Jadi aku pun terfikir sejenak. Murahnya keyword “melayu” ni. Maksudnya bila orang lain menaip perkataan “melayu”, semua website lucah yang akan keluar.

Perkataan “melayu” di Google begitu murah sekali. Website-website melayu lucah atau berkaitan dengan sex melayu dipaparkan di page pertama dalam carian enjin Google. Macam “melayu” tak ada maruah diri. Seolah-olah “melayu” itu adalah sumber ilmu untuk seks semata-mata. “melayu” tak ada.  “melayu” keyword murahan. Dimana martabat perkataan melayu tu.

Bila orang atau bangsa-bangsa lain menaip “melayu” inilah akan dipaparkan di carian Google. Agak-agak apa yang mereka akan fikirkan pada bangsa melayu? Mungkin mereka akan berfikir seperti ini, “orang melayu ni memang suka seks”, “orang melayu ni memang banyak buat filem seks”, “orang melayu ni tak habis-habis, asyik nak fikirkan seks sahaja”, “orang melayu tak tau buat benda-benda lain, seks memang expert” dan berbagai-bagai lagi tomahan yang akan diterima.

AKu bukan nak mengutuk bangsa sendiri, tapi inilah realitinya. Kenapa perkataan “melayu” itu merujuk pada Lucah dan seks?. Kenapa perlu kaitkan seks dengan kehidupan orang melayu. Di mana martabat orang melayu? Dimana melayu yang dikatakan penuh dengan sopan dan santun? Dimana ? Tak kan kita semua akan di gelar raja seks? Mesti tak nak kan.

Jadi aku menyeru kepada rakan-rakan. Fikirlah laa. Kalau ini di teruskan semakin banyak lagi website-website lucah melayu akan muncul. Didiklah diri kita dan anak-anak kita supaya tidak menyalahgunakan Internet. Internet adalah sumber kita mencari ilmu dan pengetahuan. Ilmu yang berguna, Bukannya bergelumang dengan benda-benda Lucah, seks dan perkara-perkara yang mendatangkan DOSA. Hentikan sokongan anda pada website-website begini. Selagi anda sokong selagi itulah perkataan “melayu” akan di sambungkan kepada website-website lucah. HENTIKAN SEMUA INI….

*** VIDEO SEPAH untuk minggu ke empat sudah di upload. Klik di sini.

Entri Yang Berkaitan :

Tags: , ,

Dapatkan Catatan Terkini Dari Shaffik.com.

Isikan Email Anda Di Ruangan Yang Disediakan Di bawah.

Terbaik Dari Shaffik.com

31 Responses to “Murahnya Keyword “Melayu”.”

  1. Hamdi Says:

    kenapa jadi macam tuh??
    semua tuh berpunca apabila ramai sangat manusia yang search pasal melayu untuk semata-mata mendapatkan topik ’sex’
    so, dalam masa yang sama, itulah yang berlaku pada search engine seperti google.
    apa pendapat anda?

    [Balas Komen]

  2. Shaffik Says:

    That why kite semua harus berhentikan carian web sebegitu. Untuk kurangkan carian mengenai seks dalah keyword “melayu”

    [Balas Komen]

  3. umar Says:

    itulah nilai melayu kita hari ini maknanya.sedang kita melalak2 hidup melayu , melayu glokal dan bla bla bla..hakikatnye..kita makin hina

    jadi renungkan lah benda ni
    sama sama ubah diri
    anyway
    mari tukar link
    jika dah link nanti maklumkan saya

    [Balas Komen]

  4. EiNS Says:

    Setengah org sengaja letak tag cam melayu lucah, melayu boleh dll nak increase traffic dri search engine…

    tah pape..aku bkan begitu…blog aku bersih..huhu

    [Balas Komen]

  5. diya Says:

    omaigod. dahsyat nya. tak pernah terfikir pulak nak search guna keyword melayu.

    kita pun kadang2 sakit otak bila baca keywords kat blog sendiri. pernah terima lebih dari 10 keywords yang lutcahaya. adoii yaii. blog kita yang suci bersih [eceh] tu pun tersenarai dalam ranking web lucah.

    nampak sangat orang melayu suka search benda2 gitu. tu yang taip melayu, terus keluar berderet segala benda alah tak guna tu.

    [Balas Komen]

  6. enchek CAMERA™ Says:

    HUHUHU
    xpermah la plak
    try search “melayu”
    kat pacik google

    ishk2
    ape dh nak jd nie
    smkin worst~

    [Balas Komen]

  7. mrahfa Says:

    setuju betul dgn encik shaffik. takmau la jadi macam ni, sedih…

    [Balas Komen]

  8. liz Says:

    masalah..masalah..

    [Balas Komen]

  9. TMUkmkd Says:

    sebab utama? ada ke site lain yang nak guna keyword melayu?
    kalau semua blog bahasa melayu taruk meta tag “melayu”
    aku rasa benda tu akan ditolak ke bawah :)

    [Balas Komen]

  10. loque Says:

    aiyo…
    ni pon loque dah taw daaaa….
    melayu skarang hancur…

    [Balas Komen]

  11. affuan Says:

    ko carik pe sebenarnya taip keyword melayu tu? cakap btol2! haha.

    [Balas Komen]

  12. Shaffik Says:

    Umar : Itulah yang cuba aku bicaraan. Kita semakin lama semakin dipandang rendah.

    Eins : Insyallah kalau dah bersih tu jangan di kotor2 kan.

    Diya : Perangai yang macam ni kita perlu elakkan. Supaya ianay tak melarat dan menjadi teruk lagi.

    encek camera : worst!! memang worst!!!

    Mrahfa : Sama-sama kita tangganinya.

    Liz : ni masalah besar sebenarnya. Takut persepsi orang pada orang melayu teruk..

    TMUKMkd : nice idea. mungkin boleh diguna pakai idea nie…

    Loque : Belom hancur 100%. Jadi kita ni perlu pulihkan kembali.

    Affuan : Aku tak sengaja menaip keyword tu. Bila keluar pada page pertama tu, aku terus terfikir betapa murahnya keyword “melayu”.

    [Balas Komen]

  13. KNizam Says:

    tuh la kan
    patutnya kalau taip melayu
    bolehlah bawak ke website kesultananan melayu melaka ke kan… hehe :)

    [Balas Komen]

  14. Sweet Thinker Says:

    taip melayu dan sila datang ke belog akoo. nk ransangan? haha. sape datang belog akoo datang bernafsu pulang bercucuran air mata. kakaka!

    [Balas Komen]

  15. megat Says:

    antara bukti yg menunjukkan melayu rosak! haruskah hy melihat!? apa fungsi pihak atau jabatan yg sedia ada?

    [Balas Komen]

  16. Abang Long Says:

    Siapa yang mereka bentuk atau membangunkan laman sedimikian rupa ? Memang memalukan !

    [Balas Komen]

  17. Peminatjutawan Says:

    aku rasa sebabnyer banyak video-viedo lucah skodeng melayu diupload ke youtube..jadi memang la hits tinggi…aku rase kena buat sesuatu ni…

    [Balas Komen]

  18. taukey Says:

    hhehehehe…apa kata kalau buat pertandingan SEO. penuhkan dengan keyword melayu supaya first page kat search engine takder perkataan macam tu

    [Balas Komen]

  19. suara Says:

    Sedih. Apalagi bila mengingatkan yg melayu itu selalu dikaitkan dgn Islam.
    Moga Allah melindungi kita semua. Amin. InsyaAllah

    [Balas Komen]

  20. Haja Says:

    hurm sedihnyer kan….melayu mudah lupa…semoga Allah melindungi melayu-melayu yang ada….. doakan anak cucu kita sentiasa dilindungiNya.

    [Balas Komen]

  21. Kujie Says:

    dah perasan dulu,
    hahaha..bkn cari apa2 pun ye
    cari info sejarah anak2…taip keyword ‘melayu’
    sebenarnya nk cari info sejarah tanah melayu

    [Balas Komen]

  22. haritz Says:

    ni semua kerja budak2 gila. Kenapa melayu je mesti bogel. Sebab melayu sopan payah nak tengok bukak2 ni. Tapi sekarang dah berlambak. Mereka penguna internet tak beretika. Hampeh!!!

    [Balas Komen]

  23. framestone Says:

    rasanya ramai yg search bnde lucah dengan mengunakan perkataan melayu didalamnya… disebabkan permintaan terlalu tgi tue pasl google meletakannya paling hadapan..belum lg kalau search untuk image…try la taip perkataan melayu..dan tgk apa yg muncul

    [Balas Komen]

  24. Shaffik Says:

    KNizam : Sepatutnya keyword melayu tu di bawa ke site kkesultanan melayu melaka..tapi lain pulak…

    Sweet Thinker : hehehe blog ko dah memang merangsangkan…hehehehehe

    Megat : dieorang sibuk settle hal2 lain agaknyer..tak pu tak tgk internet langsung.

    Abang Long : Tak bley cakap orang melayu yang buat 100%..mungkin bangsa lain tapi pakai nama melayu..sebab mungkin permintaan tinggi agaknyer…

    PeminatJutawan : Apa yang perlu kita lawan balik..masukkan TAG atau keyword melayu dalam setiap entri kita. Pastu promote gila blog kita…sure ke bawah punyer web2 lucah ni…

    Taukey : Aku setuju adakan pertandingan SEO ni. Tapi siapa nak lead?

    Suara : Itulah yang menyedihkan..bila sebut melayu dikaitan dengan Islam …

    Haja : AKu harap time anak cucu kita nanti hilang semua bender2 nie…

    Kujie : Kak jie pun pernah jumpa jugak eh..

    Haritz : dieorang ni semua gilas seks agaknye…

    Framestone : Betul. Kalau kat image lagi laa teruk..

    [Balas Komen]

  25. MeeT uNcLe sHaH Says:

    Salam Bro,

    Memang, aku akui ini bukan lagi satu perkara yang baru dalam dunia “tercyber” ni. “Dunia dah maju, zaman dah berubah” seringkali kita ungkapkan.

    Hakikatnya, kehidupan kini “terkebelakang” kembali ke zaman Jahilliyyah!!! Tidak perlu salahkan ibu yang mengandung, bukan juga bapa punya salah!!!

    Tidak sama sekali!!!

    Apa yang pasti, bukan sahaja ibubapa bahkan masyarakat sekeliling juga harus memainkan peranan. Bukan membasmi secara 100%, tetapi cukup sekadar berpesan dengan kebenaran.

    Meniti usia dewasa kala ini(coming to 20 this March), buat aku takut akan nasib “generasi selepas aku”!!! Yelah, sekarang ni pun dah teruk, apatah lagi akan datang???!!!

    Pastinya, Melayu “Glokal”(kononnya- secara retorik politik) akan terus “meLAYU”!!!!

    Sama-sama kita fikir dan bertindak!!!

    [Balas Komen]

  26. MohdHilmi.com Says:

    bukan apa ni syafikk.. masalahnya, apabila banyak laman lucah yang menggunakan keyword ‘melayu’ dalam site mereka.. apa boleh kita buat??

    kita boleh buat, dgn SEO kan web melayu kita dengan betul2 supaya dapat high rank utk keyword melayu. so dgn cara ni, kita dapat lah betulkan semula tanggapan mengenai keyword melayu..m

    just my seposen..

    [Balas Komen]

  27. fauzi - web design Says:

    x pe lah janji ada

    [Balas Komen]

  28. Museum Supplier Says:

    setiap masalah mesti ada jalan penyelesaian

    [Balas Komen]

  29. Museum Supplier Says:

    ada juga pada tak ada langsung

    [Balas Komen]

  30. samdaddycool Says:

    blog aku sekarang sedang diserang dengan keyword youtube fasha sandha mandi

    [Balas Komen]

  31. malaysia web design Says:

    macam mana kena serang plak

    [Balas Komen]

Tinggal Komen Atau Pandangan Anda :