Dalam kehidupan seharian kita, pasti kita sering terdengar kawan-kawan yang selalu mengatakan ” aku ni hidup susah”, “kite ni orang susah, tak mampu nak beli itu semua”. Kadang-kadang bila difikirkan dan dihalusi balik, adakah dia seorang yang susah? Adakah kita ni yang paling susah kat dunia ni. Percaya la sesusah mana pun anda pasti ada yang lagi susah.
Aku percaya dengan Qada dan Qadar Tuhan. Tuhan telah menentukan rezeki masing-masing. Dia lebih mengetahui. Segala kesusahan dan kesenangan adalah dugaan Tuhan pada umatnya. Perjalanan hidup kita telah di tentukan.
Contoh 1: Hidup Ahmad terlalu daif, rumah beratapkan nipah, bocor sana bocor sini. Memang susah. Tuhan menduga Ahmad dengan kesusahan. Mungkin Tuhan ingin melihat adakah Ahmad redha dengan dugaan Tuhan. Adakah Ahmad mengeluh dengan rezeki pemberian Tuhan. Adakah dengan kesusahan yang Ahmad hadapi, memungkin dia mengutukan Tuhan, tidak percaya dengan kewujudan Tuhan?.
Contoh 2 : Abu susah. Tiba-tiba rezekinya datang mencurah-curah. Kehidupan Abu bertukar sekelip mata. Senang sekeluarga. Ini juga dugaan. Dugaan dari Tuhan, memberikan apa yang di minta. Mungkin lebih lagi. Tuhan ingin melihat adakah Abu lalai dan alpa dengan kemewahan. Leka sampai meninggalkan bab-bab agama. Tahankah diri Abu dengan pujuk rayu syaitan yang sering melalaikannya.
Apabila memberikan contoh ke-2 tu, aku teringat cerita mengenai MAWI. Lihat dahulu dan sekarang. Dia senang sekelip mata. Bila berbual dengan rakan-rakan, semua mengatakan Mawi kaya. Buat rumah ibunya besar. Majlis Kahwin dengan Ekin buat besar-besaran. Aku pun menasihatkan diaorang. Kenapa kita ni sibuk dengan rezeki yang dia dapat. Itu ketentuan Tuhan padanya. Itu juga dugaan pada Mawi. Boleh tak dia kawal dirinya dengan kemewahan itu semua.
Hidup ini ibarat roda. Kadang kala kita di atas, kadang kala kita di bawah. Mungkin sekarang kita susah, siapa tahu esok lusa tulat tahun depan kita senang. Mungkin kita susah, tapi anak-anak kita senang. Mungkin sekarang kita susah, mungkin di hari tua nanti kita senang. Ini semua kententuan Tuhan. Kadang-kadang kita tak duga rezeki yang datang. Kadang-kadang tak perasan pun. Betul tak?
Aku yakin selagi maner kita berusaha sedaya upaya untuk mencari rezeki yang halal, aku pasti Tuhan akan menolong kita. Dia akan memberikan setimpal apa yang kita usahakan. Jangan terlalu takut pada kesusahan. Ingat ramai lagi yang susah daripada kita. Susah kita tidak akan berpanjangan, selagi kita berusaha dan percaya dengan Qada dan Qadar Tuhan. Cepat atau lambat kita mencapai kesenangan. Insyallah.
Isu-isu yang berkatian :
Tuhan itu maha mengetahui.. kalau kesenangan tetapi hanya membuat kita lalai apa maknanya.. sekadar istidraj dari tuhan..?
Susah itu nikmat dan senang pun nikmat cuma macam mana kita hadapinya.
sentiasa senang hati…
mengeluh tu saja je kasi kalerful life ini 🙂
Nuaeman : betul Tuhan maha mengetahui. Kalau senang tapi leka dan lalai pun tak guna juga.
Haritz : cara kita menghadapinya tu penting. Itulah ujian namanya.
Nurul : Aku suka ayat ko. Mengeluh itu colorfull sahaja..
tuhan cipta sesuatu berlawanan
susah senang
miskin kaya
sihat sakit
lama sekejap
..hadapi itu mmg kehiduapn
Sesungguhnya Qada & Qadar sudah tertulis, apa yang penting kita sentiasa beringat dan memohon keredhaannya..dalam senang ataupun susah.
Kujie : Betul tu. Itu sememangnya lumrah kehidupan. Jadi sebagai insan kita harus terimanya dengan redha.
Ezad : Yang penting kita terus memohon kepadaNYA.
susah dan senang memang ketentuan tuhan.
tapi kita sebagai hamba-Nya disuruh untuk berusaha
memperbaiki nasib sendiri.
kalau kite tak mengubahnya… tadek orang mampu
mengubah walaupon berbukit duit yang dilonggokkan kat
kite. apa yang penting kat sini adalah sikap kita.
kadang-kadang orang tuh kate die susah, bukan sebab
die betoi-betoi susah… tapi mungkin juga ianya adalah
sifat rendah diri…. namun dalam masa yang sama juga
mungkin orang tuh kedekut nak mampos…
kalau bercrita pasal kesah hidup mawi. bagi aku..
malas sangat nak ambik tahu… aku cume macam
perhati dari jauh… bukan aku dengki kat dia, tapi
media sekarang yang buat aku meluat tentang
gimik populariti mamat tuh… die memang tadek
salah ape… masalahnye, sanjungan manusia di malaysia
ni terhadap die… melebihi segalanya… menjadikan aku
seolah-olah menyampah kat die. Bukan direct
menyampah kat die… tapi menyampah sebab die
diangkat terlalu mulia oleh masyarakat sekeliling….
dalam konteks lain… aku menyampah kat orang yang
fanatik kat die… dekat mawi??? die just sekadar orang
biasa, yang jugak cume memerlukan sedikit sebanyak
sanjungan. tak lebih dari tuh… same jugak macam kita
semua… ade ramai yang popular kat internet ni…
ade penyokong pro dan kontra… membenci… tidak
same sekali… dengki??? jauh ar… tuh rezeki die…
macam nko cakap… kekadang rezeki yang melimpah
ni jugak adalah dugaan dari Allah untuk melihat sejauh
mane hambanya bersyukur….
ok~ Take care…
tetap semangat dalam mengarungi hidup 🙂
kadang2, kita tak faham definisi rezeki yang sebenar. rezeki tak semestinya kemewahan yang berganda, kerja yang berpangkat besar, punya banglo mewah bertingkat2 ataupun mampu melancong ke mana2 sahaja. ruang lingkup rezeki tidak tertakluk pada segi itu sahaja. banyak lagi segi rezeki yang kita tak terokai. Tuhan bagi lebih yang ni, Tuhan akan bagi kurang yang tu. Tuhan tarik nikmat yang itu, Tuhan bagi nimat yang lain pula. Tuhan itu sentiasa berlaku adil, bukan? cuma, kita je kadang2 tidak berlaku adil pada Dia [contoh dekat, perenggan pertama shaffik].
btw, nice topic shaffik 😉
Azman : Wow…panjang komen..thanks anyway.. kalau kita rasa susah ada orang lain lagi susah..
Arifudin : Hidup mesti diteruskan. Jangan disesali apa yang berlaku. Sebaliknya mengatasi segala masalah yang berlaku dengan tenang..
Diya : Saya setuju. Kita kena faham rezeki pemberian tuhan. Janganlah selalu mengeluh.
Pingback: Blog Shaffik » Blog Archive » Kekayaan diukur dengan Kereta?