Kena lagi 5-0

By | January 22, 2009

Aduuuhhhh…kena belasah lagi 5-0. Malam tadi pasukan bolasepak Malaysia kalah lagi dengan UAE. Bukan 1 bukan 2 malam 5 berbalas 0. Aku semakin tak faham dengan bolasepak Malaysia. Kadang kala hampir tak ada semngat nak tengok Bola Sepak Malaysia.

Sememangnya bukan sesuatu yang mudah untuk menewaskna UAE. Tetapi janganlah sampai kena belasah. Di man prestijnya bolasepak Malaysia. Dimana kurangnya bolasepak Malaysia? Dimalukan di hadapan penyokong sendiri. Kadang terasa malu bila bercerita tentang Bolasepak.

Bila lihat gol-gol yang di jaringkan oleh pemain UAE, ia bukan sesuatu yang sukar. Benteng Malaysia bolos begitu mudah sekali. Kenapa? Adakah pemain pertahanan Malaysia terlalu leka? Mereka tak berpengalaman ke? Penyerang Malaysia kaki bangku ker? Pemain tengah tidak menjalankan tugas dengan sebaik mungkin ke?

B.Sathianathan mengatakan pemain-pemain kita tak cukup cergas. Dia cukup kecewa. Asyik kecewa saja yang di rasai oleh B.Sathianathan. Pada separuh masa kedua semua seakan longlai. Tahap kecergasan menurun. Hanya 3 orang sahaja yang lepas ujian kecergasan. Dah tau tak cergas kenapa di ambil sebagai pemain?. Mereka kebanyakkan full time bermain Bolasepak. Tapi masih lagi tak cergas. Kenapa? Soal pemakanan ke? Soal Cuaca ke? Ramai lagi pemain-pemain yang cergas. Kenapa tak di uji pemain-pemain yang di ada dalam MyTeam 1 dan 2? Mereka pun berbakat dan mampu mengalas tanggungjawab untuk negara.

Sudah lebih 50 tahun kita merdeka. Tapi tahap bolasepak Malaysia macam tu jugak. Ranking FIFA pun dah jatuh. Kita sering mencari pemain-pemain seperti Mokhtar Dahari. Memang dia adalah lagenda Bola Sepak negara. Kadang-kadang kita bangga dengan pemain-pemain bolasepak dahulu. Tapi tak terfikirkah kita itu semua adalah sejarah. Kenapa tidak kita wujudkan sejarah baru dalam Bola Sepak Malaysia waktu ini? Pemain baru, cara dan skill yang lebih hebat. Pandang ke hadapan. Jangan terlalu taksud dengan lagenda bolasepak negara, kita wujudkan pula lagenda-lagenda yang baru. Pemain yang bermain semata-mata untuk negara. Semangat patriotik kena pupuk kepada pemain-pemain kita.

Kita seharusnya mengambil berat akan hal ini. Macam Sebbey Singh sekarang pun dah jadi comentator pada ESPN. Agak-agak korang, dia malu tak nak bercerita tentang Bola Sepak Malaysia? Dia menjadi komentator mestilah bawa satu imej negara keluar. Kenapa kata-kata atau pandangan dia tak di ambil kira? Terlalu banyak sebab yang membuatkan Bola sepak merundum. Penonton dan penduduk Malaysia pun dah naik muak dengan pelbagai alasan yang diberikan oleh Jurulatih Malaysia dan FAM sendiri.

Mengapa entri kali ni terlalu banyak persoalan? Kalau diperhatikan terdapat 5 perkataan kenapa dalam entri ni. Aku pasti semua rakyat Malaysia pasti inginkan perbaharuan untuk Bolasepak Malaysia. Semua mengharapkan prestij bolasepak negara kan menjadi yang lebih baik. Imej Malaysia di bersihkan. Jika ada kesempatan untuk aku mengulas lagi pasal Bola Sepak Malaysia ini, aku tak mahu lagi banyak persoalan. Tak mahu lagi banyak perkataan Kenapa, kenapa dan kenapa.

Share it now!

14 thoughts on “Kena lagi 5-0

  1. KampungBoy

    Hai…..aq xterperanjat lgsung. Malas aq nak cite psai kelemahan bola sepak. Bwat skit ati aje. Kalau ditanya aku, pe cadangan untuk pulih bola sepak ada 2 cadangan daripada aq. Pertama, janganla…bwat perlawanan terutamanya liga tempatan bersaing dengan EPL…hai. lagi satu pengurusan n kaki2 ampu kena tukar smpai bagi cadangan pn xmasuk akal…..ada ker nak target 2018 dapat masuk world cup, hai pila suzuki pn xlepas….tengok diorang punya target dah tau usaha mereka2 nie melepaskan batuk ditangga aje…….pastu tukar orang len, buat lagi target len…smapai bila bola sepak xkan berubah….Ooops!!! xsedar plak aq punya komen kali nie kat blog ko dah cm novel plak…Hoho..

    Reply
  2. Shaffik

    KampungBoy : takper…kalau ko tulis entri pun tak per…hehehehe…tapi memang itu lah realitinya bolasepak malaysia ni. Banyak sangat kelemahanya. Kita bercakap pasal kelemahan tapi adakah orang membaca apa yang kita rasa.

    Reply
  3. Steven

    FAM always say that they’ll make improvement, improvement, improvement. I just couldn’t see any. At least a draw game against UAE can show that they’ve improved but goddamnit 5-0! Even Singapore the tiny country’s FIFA world ranking is higher than ours. What a shame! sigh… No wonder ppl rather stay up late night to watch EPL matches than to catch Malaysian football live.

    Reply
  4. syarat

    salam. dulu, penyokong tak ramai turun stadium, merayu-rayu nak peminat ramai. skang,dah ramai sangat turun. nak apa lagi. tapi lepas ni rasanya tak ade la kot.

    rasanya, yang sangat setia dengan team kebangsaan sahaja akan pergi turun.

    Reply
  5. Shaffik

    Steven : The ranking for Malaysia is very2 disapointed me. Cause i never see the good improvement on that.

    Syarat : Tu laa pasall..bila penyokong dah nak mula suka balik. Main cam hampeh pulak.

    Azah : tak minat tak per…tapi minat2 kan laa..

    Reply
  6. warnya

    Salam, apakejadahnya tgk diorg main bola, buang duit je. baik kita guna duit tu utk sewa court futsal sejam atau 2 jam. kan lg elok, dpt gak kuarkan peluh. bola sepak malaysia mmg cam tu, selagi pengurusan FAM tabiatnya suka pilih bulu…kalu tak caya, ty anak menantu paklah (KJ pun sama 2 X 5)

    Reply
  7. Shaffik Post author

    Amboi warnya…ni betul2 marah ni..memang dari dulu lagi kita dah sebut pasal hal ni..masa kat melaka lagi kan..sampai sekrang sama jer..

    Reply
  8. Amirez

    kalau dgr psl liga bolasepak malaysia, aku lemau nak tgk dh. kdg2 tgk pemain mcm syok sendiri pun ada, pdhal hebatnya taklah seberapa

    Reply
  9. haritz

    kalau tak cergas itu kerja dia, buat apa cerita kat penduduk Malaysia diorang tak cergas. Apalah punya bodoh alasan dia. Kau lanyak lah budak2 tu cukup2 bagi fit. Hampeh betul Sathia ni..

    Reply
  10. Syafiq

    Weh pada pandangan akulahkan, cara nak tingkatkan bola sepak Malaysia nak x nak kenalah tingkatkan mutu liga tempatan dulu..btul x? Ni x..bila rase banyak pasukan x mampu byr gaji pemain import, terus FAM haramkan pemain import. Aku rse ni dah kali ke2 FAM buat mcm ni.. Mcm ciplek nop.. :P main tukar2 ikut suka..hehehe..
    Aku rse lebih baik FAM amik pendekatan seperti ini:
    1-Jika nak amik pemain import sekali pun. Wajibkan hanya dari asia tenggara..so x payah kelab tanggung gaji besar.Btul?
    2-Lg 1,cuba korang tgok Selangor suatu tika dulu.. STADIUM PENUH!!! sebab? sebab diorang amik pemain indonesia.

    Kita pun tahu yang Malaysia banyak pekerja asing dr asean. So patutnya pendekatan mcm tu lg bgus utk meningkatkan tahap kewangan kelab2 di Malaysia.

    BOLEH AMIK INDONESIA
    BOLEH AMIK THAILAND
    BOLEH AMIK FILIPINA
    BOLEH AMIK MYANMAR
    BOLEH AMIK VIETNAM!!!!!!!

    Jgn bg alasan yang pemain diorang x bermutu!!
    Cermin diri dulu wahai FAM!!

    Aku hanging ni sbb aku bg email cdangan kt FAM, diorang x bls pun.FUH!!!!!!!!

    Reply
  11. shincan

    kaloo nk malaysia pwer knalh ppk mnat dri kcik kaloo dhh bsor baru nk wat ujian kcrgasan wat ape?tupn 3 org yng lpas

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge