Hati-hati Honda Stream Putih

By | January 21, 2009

Semalam aku mendapat satu telefon pada Jam 6.30 Petang. Panggilan di buat daripada Pengurus Sumber Manusia (HR Manager) kilang aku. Dengan nada yang sedih dan takut dia memberitahu Laptop dia hilang. Apa yang sedih apa yang takut? Yang sedih cermin kereta Naza Ria dia di pecahkankan. Yang takut adalah dia risau nak menghadap Big Boss besok pagi dan tkut di minta ganti rugi.

Dia pun menceritakan keadaan bagaimana Laptop Dell D630 dia di curi. Pada Jam 6.20 petang dia masuk ke satu stesen minyak di sekitar Bandar Baru Uda (BBU) JB. Dia parking kereta di luar stesen minyak berkenaan dan masuk ke dalam Stesen Minyak berkenaan untuk keluarkan duit di mesin ATM di dalam.

Semasa nak buat parking, dia perasan satu kereta Honda Stream warna putih berada di belakang keretanya. Di dalam kereta Honda Stream Putih tu ada 4 orang lelaki berbangsa Cina. Tak syak wasangka dia pun parking dan terus masuk ke dalam Stesen Minyak untuk keluarkan duit.

Waktu ketika itu kira-kira 6.20 Petang. Belom sempat dia keluarkan duit, dia di datangi seorang lelaki menyatakan adakah kereta Naza Ria warna Hitam itu kepunyaanya? Dia mengiyakan pertanyaan lelaki itu. Lelaki tu cakap ” Tingkap Kereta abang dah kena pecah, cuba tengok”. Dia bergegas ke keretanya. Dia lihat tingkap bahagian penumpang belakang telah di pecah dan laptopnya hilang. Laptop kepunyaan Kilang.

Lelaki yang memanggilnya tadi cakap, ” tadi saya nampak ada satu Honda Stream Putih keluar parking dari sebelah kereta abang ni, macam kalam kabut jer”. Dia pun tak sedap hati perhatikan cermin kereta naza ria waran hitam itu dah pecah. Lalu masuk kedalam dan bertanyakan kaunter, jika tau siapa tuan punya kereta. Terus di beritahu pada tuan punya kereta. Kejadian tak sampai pun 10 minit.

Barangan lain tidak di ambil. Memang dia orang nak kan laptop sahaja. Pengurus Hr berkenaan terus call aku untuk maklumkan laptop tu dah hilang. Jadi macam mana? Aku pun beritahu, yang penting pergi baut report Polis dulu. Besok kita cerita kat Opis.

Kes sebegini sering berlaku. Pencuri-pencuri laptop ni ada satu alat Detector yang boleh mengesan Laptop, Ipod dan MP3 Player. Bagaimana Modus Operandinya? Mereka memasang pengesan (Detector) itu di dalam keretanya. Jika alat itu mengesan mana-mana peralatan (Device) di atas, mereka akan follow kereta itu samapi ke tempat letak kereta, rumah atau jalan yang gelap. Jika di tempat letak kereta, mereka akan tunggu pemilik kereta parking dan selepas itu cermin kereta akan di pecahkan untuk mencuri laptop. Jika di jalan yang gelap dan sunyi, mereka akan Hi-Jack pemilik kereta tu dan di minta menyerahkan laptop atau mungkin kereta akan dilarikan.

Mereka ini semuanya licik. Seperti kes di atas kereta pencuri itu adalah Honda Stream warna Putih. Mungkin mereka pakai kereta lain untuk operasi seterusnya. Jadi jika korang semua di ekori oleh Honda Stream warna putih dan mencurigakan elakkan melalui jalan yang gelap dan sunyi. Jika takut sila hubungi pihak Polis. Bukan hanya Honda Stream warna putih sahaja, mungkin kereta-kereta lain juga.

Sampaikan pesanan ini pada rakan-rakan yang lain. Yang mungkin tidak melihat entri ini. Ianya adalah langkah berjaga-jaga daripada laptop kita di curi. Jangan tinggalkan laptop di dalam kereta. Kalau boleh simpan di pejabat ataupun di rumah.  Untuk mengelakkan kecurian berlaku.

24 thoughts on “Hati-hati Honda Stream Putih

  1. Bruce McIntire

    I found your site on technorati and read a few of your other posts. Keep up the good work. I just added your RSS feed to my Google News Reader. Looking forward to reading more from you down the road!

    Reply
  2. Kujie

    pernah g hantar mak kat hentian putra naik bas, usung laptop ke hulu ke hilir mcm nk senget leher…nak makan peluk..nak duduk peluk..

    isss… harga 1-2 ribu boleh cari tapi kandungan dlm tu..kalau hilang…..

    huwaaa……….periuk nasi tu!

    itulah…mmg tahu byk kes2 mcm ni..terutamanya org lelaki kalau berhenti sembahyang Jumaat ke

    Reply
  3. nurul

    sangat benar!
    walaupun berat mac saya tu, tetap saya angkut ke hulu ke hilir sebab nanti satu hal, cermin kereta atau bonet pecah dan laptop pun hilang!

    haih…
    boleh kaya sgt ke deme dengan mencuri laptop nih ha?

    hmmmm

    Reply
  4. eZad

    Wah masak, dipetronas HQ JB ker tu? rasanya nak kena simpan kat, kalu aku pun bwk kehulu-kehilir.

    Reply
  5. Shaffik

    Kujie : memang kena bawak keluar kalau benti kat mane2.

    Nurul : Kaya sekejap jer. Lepas tak mencuri balik miskin laa tu..

    Ezad : Kat petronas Kat Jalan BBU tu

    Reply
  6. pakdi

    wah…. wah…. wah….

    sekejap je pun kena …

    nak buat macam mana. penjenayah tak pernah takut kepada undang-undang manusia. kita yang mencipta keadaan ini.

    Reply
  7. izzat

    dulu office ayah ak pun penah kena pecah masuk, hanya laptop yang dicuri, tapi ada motif sabotaj dalam kecurian tu.

    apa2 pun hati2 kalau nak tinggalkan benda2 berharga kat tempat2 terbuka, kalau boleh letak dalam boot kereta. at least si pencuri x nampak beg laptop tu secara terang-terangan dalam kereta.

    dulu ada member kena pecah gak tingkap kereta, kena curi beg. bayangkan beg yg hanya ada note lectures, buku2 rujukan pun nak dicuri, jangan kata laptop. confirm kena kebas nyer.

    Reply
  8. nadinezuharra

    geramla ngan manusia yang suka ambil jalan pintas camni..nak senang tp dengan cara menyusahkan org lain..
    *leceh jugak kan..laptop tu gunanya supaya mudah nak diusung ke mana2..tp kalau kene tinggalkan kat opis or umah,baik beli pc.. :p
    Malaysia belum merdeka dr pencuri,peragut,penyamun dll.Di mana kebebasan kita..?

    Reply
  9. haritz

    Ini benda lama, dah ramai yang hilang laptop kat kereta. Jadi kena ingat angkut apa saja benda berharga biar pun sekejap je. Jgn bagi peluang pada mereka.

    ps:mengikut polis pencuri mencuri kerana peluang yang kita berikan padanya oleh kita terutama cuai.

    Reply
  10. Shaffik

    Bruce : Thanks for visiting my site. I will visit to your site too.

    Pak di :Memang sekelip mata jer..lesap laptop tu. Tak sampai pun 10 Minit.

    Izzat : mereka nie memang nak cari laptop jer.. Sebab jual 2nd laptop pun mencecah RM1500 sebuah. Banyak tu..

    Nadine : Persekitaran kita ni masih tak selamat sepenuhnya. Apa yang perlu berhati-hati.

    Harithz : Kecuain itu lah yang harus di elakkan. Jangan tersilap langkah.

    Reply
  11. taukey

    kat opis aku dasyat gak. dia masuk opis masa tengahhari ambik laptop. dan paling peliknya dia tau kedudukan cctv dan tutup muka dia depan cctv

    Reply
  12. Shaffik

    Taukey : rasenya macam orang2 opis ko jugak kot. Tak pun orang yang tau selok-belok opis ko tu. Tak kan secara kebetulan cctv tu tak nampak. Licik betul..

    Reply
  13. PakciQue

    Takde CCTV ke?

    Hm, kes ni memang dah berulang kali berlaku dan dah banyak di sebarkan melalui pelbagai media.

    Biasanya kalau ada barang-barang berharga, baik bawa bersama walaupun keluar sekejap hatta nak pergi bayar duit minyak. Memang sangat bahaya.

    Reply
  14. anis

    tak nak dah kuar malam… takut la pulak… selalu kalau keluar kita balik sorang-sorang ke skudai..=(

    Reply
  15. Haja

    Hurmmm area tuh ramai org lalu lalang kan…
    Ader org kata tanggalkan bateri laptop supaya detector tak dpt kesan…betul ker????

    Reply
  16. tanakwagu

    cara nak atasi ialah dengan ‘mematikan’ device tersebut. cabut betri biasa dengan betri CMOS. ini kerana laaptop tu masih hidup walaupun dah shutdown. tapi masalahnyaa macamana nak buat kalau Desktop mudah la.

    Reply
  17. Shaffik Post author

    Yer ker bro? Cabut bateri eh..ada orang cakap cam tu laa..tapi kalau batery cmos tu lepak sikit laa…

    Reply
  18. eyzzat

    aku rasa xguna gak cabut bateri pon.. kom tu still hidup kot.. sbb clock masih running.. papepon cube la.. mane tau ade luck

    Reply
  19. zaiedishaq

    device ni aku ada jumpa kat net harganya pun lebih kurang RM 100 je.. sama la cam kes pecah umah aku dulu tapi diorang naik Vios hitam. tak pasal-pasal aku kena potong gaji RM 650 lebih sebulan (selama 6 bulan). Yang sedihnya takde apa-apa follow up dari pihak berkuasa. Sedih…

    Reply
    1. Shaffik Post author

      Aah..teringat pulak dengan kes kat umah ko tu. Tu yang sedih, bila tiada apa2 feedback dari pihak berkuasa. Sabar jer laa.

      Reply
  20. hambs

    aku terlalu sedih…4 hribulan 12 aku sampai di hentian putra,subuh,aku pegi solat subuh kt hentian putra tu..lattop ku yg beharga 4 ribu lesap.sedih sangat …sedihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.nak buat assgment dah tk da lattop…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.