Zainal Abidin. Siapa tak kenal Zainal Abidin. Seorang penyanyi yang sering menyanyikan lagu-lagu yang bertemakan alam sekitar. Malam tadi orang semua sibuk menonton Anugerah Juara Lagu ke-23 aku pun sibuk layan Zoom In Sheila Majid di RTM 2. Zainal Abidin menjadi artis undangan pada malam ni.
Aku sememangnya kagum dengan persembahan Zainal Abidin. Penyanyi yang sangat berpengalaman dalam industri Muzik Malaysia. Zainal Abidin dilahirkan pada 4 November 1959 di Johor Bahru. Datang dari keluarga yang tidak berada. Anak ke-5 daripada 10 adik beradik.
Zainal Abidin memulakan langakh seninya pada umur 5 tahun lagi. Dia sangat berminat bermain Drum dan percussions. Bakatnya di kesan oleh Mr Tom yang membawanya ke Kuala Lumpur untuk menubuhkan Kumpulan Headwind. Dari sinilah bermula kerjaya yang gemilang untuk Zainal Abidin.
Lagu yang sering berkumandang di corong radio pada masa itu ialah Suraya, Hanya Di Radio, Camar Putih, Pelangi, Segalanya Mungkin dan Memori Luka. Dan pada sekitar tahun 90-an Zainal Abidin membuat keputusan meniggalkan Headwind dan bergerak secara Solo.
Zainal Abidin tetap menjadi pujaan di hati peminatnya. Mengapa? Kerana keunikkan nyanyiannya dan persembahan. Kalau diperhatikan, Zainal Abidin akan membawa Drum setnya yang kecil tu. Sambil menyanyi Zainal Abidin sering memukul drum setnya. Itulah yang memukau perhatian para penonton apabila menonton persembahan Zainal Abidin.
Setiap melodi yang diselitkan dalam lagu-lagunya mesti tidak ketinggalan elemen tradisional di dalamnya. Alunan melodi Ghazal, gamelan, pop dan rock di gabunkan bersama-sama menjadikan ianya satu melodi yang sangat unik. Ditambah pula dengan susuan lirik yang medekatkan dirinya dengan alam sekitar menjadikan lagi Zainal Abidin seorang penyanyi yang sememangnya lain dari yang lain.
Lagu-lagu yang berjaya menambat halua telinga para pendengar adalah Hijau, Ikhlas tapi Jauh, Manis, Orak-orek, Kau Di hatiku (Tarzan), Dua Dunia, Satu dan macam-macam lagi. Kejayaan yang paling manis untuk Zainal Abidin ialah pada tahun 1999. Dia tlah menarik perhatian Phil Collin untuk menyanyikan lagu tema untuk filem Tarzan dalam versi Bahasa Melayu. Inilah kenangan paling manis untuk Zainal Abidin. Banyak lagi Anugerah yang telah dimenanginya.
Zainal Abidin adalah seorang penyanyi yang berjaya. Ini adalah pandangan peribadi. Dari seorang yang susah, hinggalah berjaya sekarang. Banyak menerima Anugerah dan menharumkan nama Malaysia di mata dunia. Dialah antara Lagenda didalam Industri Muzik Malaysia. Keunikkan alunan lagu dan nyanyianya menjadikan dirinya satu dalm sejuta.
zainal abidin ni, lagu2 die mmg unik dan bermesej…
penuh seni tuk dihayati..:)
Zainal Abidin antara penyanyi Malaysia yang paling ku respek… in term if his voice laa.. hehehe
Student : Lagu-lagunya memang bermesej.
Adry : Dialah penyanyi yang patut dihormati. Sebabnya dia sememangnya best.
Tak tahan gelak bila cerita pasal monyet nyanyi lagu kumpulan Headwind “Kita Serupa”..huhu
Yaya….cara dia bawak lagu mmg power.
i like him!!!
Semasa Zainal performed di Esplanade Singapore lepas rindu saya menonton persembahan dia yang unik dan mempersonakan……..Sesiapa ada Cd Headwind lama nak jual hubungi saya ya buat koleksi…..
Ye.i memang menyokong artis tempatan kite ni,corak muzik unik dan paling
menyentuh hati dgn lirik alam sekitar!