Jasa Yang Tidak Ternilai

By | January 16, 2009

Aku tiba-tiba teringarkan kedua orang tua ku. Entah kenapa dalam fikiran ini teringatkan mereka. Adakah mereka sihat di kampung? Adakah mereka cukup makan dan minum? Adakah mereka cukup pakai?

Dari malam tadi aku aku dok fikirkan benda ini. Sambil tengok anak aku lena di buai mimpi, aku terfikir sesuatu. Sesuatu yang mungkin dahulu kedua orang tua ku buat. Mungkin mereka asyik memerhatikan aku sedang aku tidur masa bayi. Sambil melihat ke arah anak aku, aku terbayangkan sesuatu. Adakah anak kecil ini akan menjadi seperti aku. Cukup pelajaran, cukup makan minum, cukup segalanya. Adakah aku mampu memberikan itu semua seperti kedua orang tua ku berikan pada aku?

Sebelum kita semua mula bekerja, ibu dan bapalah tempat kita bergantung. Segalanya kita mintak dengan ibu bapa. Tak cukup makan, mereka berikan makan. Nak baju lawa, mereka usahakan. Nak mainan mereka belikan. Sehingga kita semua menjadi seorang insan yang berguna hingga saat ini.

Kalau lah mereka mengenakan bayaran terhadap apa yang mereka berikan semua ini, aku rasa memang tak terbayar. Cuba bayangkan perbelanjaan sekolah dahulu RM1, Yuran sekolah, Pakaian Sekolah, Nak beli boot untuk main bolasepak dan sebagainya. Berapakah agak-agak ibu bapa kita keluarkan duit untuk semua ini.

Bila masuk sekolah menegah pula, berapakah perbelanjaannya pula? Kalau kita sakit, siapa yang keluarkan duit untuk sakit pening kita? Ibu dan Bapa. Di hari raya kita semua gembira, pakai baju baru, songkok baru, kasut baru, dompet baru dan sebagainya? Dahulu terfikirkah kita adakah mereka cukup duit semua ini menanggung perbelanjaan itu semua? Kenapa mereka melakukan itu semua? Kerana nak melihat kita semua gembira. Kalau dapat duit raya tu, aku sure ramai ibu bapa yang tak ambik pun duit raya anak-anak mereka. Betul tak?

Bagaimana pula mendidik anak-anak? Kadang-kadang aku keluarga tu punyai 8 orang anak. Macam mana nak mendidik dan membesarkan seramai 8 orang anak sehingga berjaya. Yer la dulu gaji tak sebesar mana pun. Tapi semuanya cukup. Tak pernah pulak aku dengar mereka mengeluh tak cukup duit.

Inilah jasa dan pengorbanan yang tidak ternilai. Tidak mampu untuk kita bayar. Penat lelah mereka membesarkan kita semua sememangnya amat aku hargai. Tidak ada yang lebih baik daripada kedua orang tua kita. Kasih sayang yang diberikan tanpa berbelah bagi sememangnya aku hargai. AKu sememangnya kagum dengan mereka. Tidak ada hero lain daripada kedua orang tua kita.

Sebagai ibu bapa, mereka tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan daripada anak-anak. Mereka tidak memaksa supaya segala pengorbanan mereka dihargai. Oleh itu, kita sebagai anak perlu mengingati bahawa tidak ada lagi manusia lain di dunia ini yang benar-benar menabur jasa dalam hidupnya melainkan ibu bapa.
Islam mengajar umatnya supaya mengenang budi, lebih-lebih lagi budi orang tua. Setiap anak diwajibkan berbakti kepada orang tuanya.

Berbakti atau berbuat baik kepada ibu bapa dan mentaati suruhannya yang baik adalah perintah Allah dan Rasul-Nya. Firman Allah bermaksud: “Sembah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat ihsanlah (berbuat baik) kepada (orang tua) ibu bapa.” (Surah an-Nisa, ayat 36)

Ayat itu, membuktikan betapa tingginya kedudukan ibu bapa yang diberikan oleh Islam. Kita disuruh menyembah Allah dan kemudian berbuat baik kepada ibu bapa. Sesungguhnya, syurga terletak di bawah telapak kaki ibu.

Lihatlah betapa besarnya jasa kedua orang tua kita. Janganlah kita ambil mudah hal-hal yang melibatkan kedua orang tua kita. Jagalah mereka sementara kita masih boleh melihat mereka. Jangan di abaikan mereka. Janganlah malu dengan apa yang ada pada orang tua mereka. Banggalah jadi anak mereka. Tanpa mereka kita tak akan ada di dunia ini. Tanpa mereka kita tak jadi insan yang berguna sampai hari ini. Tanpa mereka siapalah kita. Itulah yang perlu kita tanamkan dalam hati kita. Sematkan di dalam hati ini seupaya itu lah IBU dan BAPA yang kita sanjungi. Sama-sama kita ingat mengingatkan antara kita semua. Salam semua dan jumpa lagi di entri yang akan datang.

15 thoughts on “Jasa Yang Tidak Ternilai

  1. Mak Su

    cikgu saya pernah ajar buat calculation cenggitu, last2 semua budak2 give up tak reti kira, so, saya insaf

    Reply
  2. nani

    mmg jasa ibubapa x terbalas walaupun tuk seumur hidup mereka..hargailah selagi mereka ada…walahualam..tanpa mereka siapalah kita..

    Reply
  3. eZad

    Mereka teringatkan ko tu & cucunya..pegi la balik jenguk2..entri ko mmg membawa kesan mendalam..flashback..huhu

    Reply
  4. Shaffik

    Mak su : Insaf bila kita kenang kembali apa yang ibu bapa berikan pada kita.

    Nani : Sememangnya tak terbalas.

    Ezad : Weekend memang aku balik kampung.

    Kujie : Betul aper kak jie cakap. Kita rasa pada anak-anak kita nanti.

    Reply
  5. [email protected]

    kasih ibu bapa membawa ke syurga,jika kita tidak mampu untuk membalasnya dengan kesenangan,kita boleh menghargai mereka dengan sikap kita yang mengambil berat.Tak lupa jg berdoa akan kesejahteraan mereka di dunia mahupun di akhirat.

    Reply
  6. combi

    hidup ni ade karma.. ape yg kita dah buat kpd kedua ibubapa akan dikembalikan kpd kita semula oleh anak-anak kita.. 🙂

    Reply
  7. ain

    ibu bapa tiada pengganti bile mrke dah x de nanti. mrk juge x mgharapkan balasan cukuplah bagi mrk, anak2 ingatkan mereka… blik ke kg menjenguk mrk.. itu dah memadai bagi mrk n dpt mbuatkan mrk tsenyum…

    Reply
  8. Cabin

    Ibu bapa, ayah ibu, mak ayah itulah permulaan kami , dapat melihat bulan dan matahari….bak kata Allahyarham Sudirman Hj Arshad

    Reply
  9. Shaffik

    Aman : Mintak dijauhkan dari derhaka pada orang tua. Tak berkat.

    Cikin : Sememang tak ternilai.

    NadineZuharra : Doa untuk kedua orang tua itu penting. Berdoalah untuk mereka setiap kali lepas solat.

    Combi : Aku setuju. Aper yang kita wat kat parent kita, anak-anak kita akan wat benda yang sama.

    Dacron : tanpa mereka kita tak dapat menatapi blog dan mengenal internet.

    Ain : Mereka tak mengharapkan balasan. Tapi sebagai anak kena faham pengorbana yang dilakukan untuk kita.

    Cabin : aah..teringat lagu Sudirman..thanks..

    Reply
  10. Haja

    Hurm…kadang2 pk aku mmg tau aku tak terbalas jasa mak n ayah aku…lelagi ayah aku dh takder so kami 4 beradik berkongsi aper yg patut nk bahagiakan mak aku yg sorang tuh….:D

    Reply
  11. Pingback: Blog Shaffik » Blog Archive » Seronoknya Menjadi Seorang Bapa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.