Seperti yang sedia maklum, keadaan ekonomi sekarang ni semakin tak menentu. Sukar untuk di ramalkan bilakah ekonomi akan pulih seperti biasa. Jadi kebanyakkan industri dan syarikat-syarikat yang ada di Malaysia ni merasai bahangnya. Masing-masing mengatur strategi untuk mengurangkan Kos. Dalam mengatur strategi siapa yang jadi mangsanya? KULI!
Ramai member aku yang merintih tempat kerja mereka mengadakan pengurangan kos. Kos melibatkan kos pembelian barang-barang, Kos pengambilan pekerja malah ada yang membuat pembuangan kerja.Bila dalam keadaan begini industri pengilangan akan terjejas teruk. Terutama Kilang yang bergantung kepada Syarikat Gergasi lain seperti membuat barangan Dell, HP, Acer, Intel dan lain-lain lagi.
Bahangnya bermula dengan menghadkan waktu lebih masa (OT). Mungkin majikan menghadkan waktu OT perkerja-pekerja. Adalah pula yang tidak membenarkan langsung pekerjanya OT. Wah bagaimana kalau para pekerja sememangnya mengharapkan OT untuk tampung kehidupan harian mereka. Memang sedih.
Lagi teruk jika majikan memberhentikan pekerjanya dengan alasan ekonomi terjejas teruk. Mereka sanggup membayar pampasan daripada membayar gaji pekerja berkenaan utuk satu tahun akan datang. Ini lagi parah mereka yang di berhentikan kerja sudah tentu hilang pendapatan. Nak cari kerja lagi, agak sukar dengan keadaan ekonomi semasa ni.
Bagaimana nak hidup tanpa kerja? Nak bayar duit rumah, duit kereta dan hutang-hutang lain. Di tambah pula anak-anak baru sahaja masuk sekolah. Tuhan sahaja yang tahu nasib mereka.
Aku pasti mereka semua kuat semangat untuk meneruskan hidup. Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku semua ini. Yang pasti percayalah pada rezeki yang Tuhan beri. Insyallah segala akan pulih seperti sediakala.
Jadi kepada mereka yang masih menjadi Kuli tu, teruskan kerja dengan baik. Jangan buat sebarang masalah. Jangan menimbulkan sebarang sebab-sebab yang membolehkan majikan membuang anda. Aku ingatkan rakan-rakan blogger dan diri aku sendiri. Saat-sata macam ni laa kita boleh nampak siapa kawan siapa lawan. So sama-sama lah kita menjaga mutu kerja kita ya. Insyallah.
Dalam masa tu, cubalah berniaga…produk atau perkhidmatan.
boss terpaksa buang pekerja sebab dia pun dah tak mampu nak bayar.
boss pun ada banyak utang dia.
jadi kalau kita pandang dari sudut boss tu pulak, kita terpaksa paham bila dia membuang kita.
keseimbangan
susah jadi kuli
lagi susah jadi bos
sbb kena buang orang!
hmmm 🙂
Mungkin dah sampai masanya mereka yang dikatakan pekerja kilang membuka minda dan memberi peluang kepada diri mereka sendiri untuk mendalami dunia blogging.
InsyaAllah, jika dilakukan dengan betul.. pasti nampak hasilnya. 🙂
aku tak nafikan memang aku kesian. kawan aku dah tak tentu arah dah. ramai dah nak mula perniagaan tapi masih acuh tak acuh lagi.
insya Allah kuatkan semangat. rezeki ada di mana2. tapi kita yg kena bijak mencarinya
Aku suka baca coretan kau yang berkisar dengan realiti kehidupan. Bukan mengenai kehidupan peribadi. Tapi, kehidupan semua orang.
Ya! Semua orang rasa apa yang kau coretkan.
*salam singgah*
dlm ekonomi skrgla..aku rasa org dlm status ‘kontrak’ mcm aku plg risau… how kontrak abis dan x disambung? but cuba positifkan fikiran dan tindakan..insyaAllah rezeki ada dimana2 kan..
btw, jadi kuli itu tak hina. Tanpa kuli mana datang boss?
sabar jak laa…. nama pun dah kuli… kena la pandai cari duit sampingan utk sara hidup…
Kujie : Mungkin itulah ramai yang mencubanya bila dah takder keje.
Nurul : betul jugak yer, 2 2 susah. Kuli susah boss pun susah .
Rohaizad : boleh di ketengahkan cadangan ko ni..ajak sumer yang menganggur ni cari mkn ngn berblogging.
Taukey : Kadang2 bukan acuh tak acuh…nak berniaga pun modal cukup makan jer…sebab tu nampak acuh tak acuh jer…
Ubey : Percaya pada Rezeki Tuhan.
PakcikQue : Thanks..ader jugak yang perasan apa yang aku tulis. Thanks.
Nani : Ader jugak, start2 kejer terus jadi Boss. Sebab tu tak rase bagaimana jadi Kuli.
Adry : memang kena pandai cari duit, tapi mestilah yang halal
Salam kenal.
Hummm…. Mujurlah saya kerja dengan kerajaan. Tak sia-sia juga ikut cakap famili..
emm.. skrg ramailaa yang mohon nak keje gomen.. apapun taknak jadi kuli.. kenalaa pulak usaha untuk ada satu bisnes sendiri
ALLAH yg bg rezeki…:)
sbhai hamba, bertawakallah dan yakinlah bahawa ALLAH akan mudahkan urusan kite jika kite taat perintahnya..
Betul tu Student. Rezeki masing2. Tuhan yang tentukan.
Pingback: Blog Shaffik » Blog Archive » Kalau Kuli buat Cara Kuli.
sabarlah.mungkin rezeki anda di bidang yang lain.yang penting hidup perlu di teruskan