Inspirasi Hidupku

Ditulis Oleh: Shaffik

Kategori: Hiburan

2009 adalah tahun yang ke-25 TV3 menjadi pusat penyiaran swasta percuma dan unggul. TV3 adalah Syarikat televisyen swasta di Malaysia secara PERCUMA. Kehidupan aku pun banyak dihabiskan dengan menonton TV3. Sememangnya TV3 menjadi Inspirasi Hidupku.

TV3 banyak melahirkan bakat-bakat yang menyinar dalam industri hiburan negara. Banyak kejayaan yang dikecapi oleh TV3. Malah sekarang Buletin Utama menjadi tontonan utama di waktu perdana 8.00 – 9.00 malam. Berita yang padat menjadi perhatian penonton.

Kalau di imbas-imbas kembali Rancangan TV3 selama 25 tahun yang lalu adalah :

1) Sinaran Passport Kegemilangan – Satu rancangan realiti TV yang pertama di Malaysia. Cuma dahulu undian bukanlah sms. Hanya keputusan Juri dan telefon sahaja Sinaran Passport Kegemilangan telah melahir pelawak-pelawak yang terkenal seperti Senario, Shamsul Ghau-Ghau dan Saiful Apek. Dari sinilaj mereka meniti sehinggan menjadi pelawak yang terkenal. Dahulu Fenomena lawak senario sering menjadi ikutan semua.

2) Jejak Rasul – Jejak Rasul menjadi tontonan utama di Bulan Ramadhan. Rancangan yang menjejak kesan peninggalan Para Rasul di seluruh pelusuk dunia. Slot ini sentiasa menemui penonton di Bulan Ramadhan setiap tahun.

3) Juara Lagu – Juara lagi pula sering di tunggu penonton setia TV3 di setiap hujung tahun. Rancangan yang mencari juara dalam arena muzik tanahair. Dipertandingkan kepada 3 kategori (Pop Rock, Balada, Etnik Kreatif). Penyanyi, Penulis Lirik dan pengubah lagu di berikan hadiah yang lumayan jika menjadi pemenang.

4) Melodi – Satu rancangan yang memaparkan isu-isu terkini dalam dunia hiburan Malaysia. Aku paling suka Isu Terjah. Memang best.

5) Malaysia Hari Ini – Dahulu masa cuti sekolah selalu aku tengok Malaysia Hari Ini (MHI). Dalam memang meletuo dengan segmen Jejak kasihnya. Menemukan ahli-ahli keluarga yang telah terpisaj sekian lama.

6) Majalan 3 – Ini pun satu rancangan sebelum cerekarama. Menyelinap ke seluruh ceruk muka bumi ini untuk slot tatapan umum. Kita pengalaman, kejayaan, kehidupan, kesengsaraan dan macam lagi. Pendek kata ianya mengenai rona-rona kehidupan harian manusia di muka bumi ni.

7) Cerekarama – Inilah rancangan yang di tunggu oleh mak aku dulu. Yer laa time ni jer laa masa nak tengok drama-drama yang best. Slot biasanya 2 jam hari Sabtu jam 10.00 malam.

8) 999 – Rancangan yang mendedahkan kes-kes terkini dalam siasatan polis. Pernah menjadi tontonan ramai satu ketika dulu.

9) Pop Kuiz – Masih ingat lagi? Tag line die macam ni. Pooooppppppp Kuiz!!!! Rancangan pertandingan bertemakan hiburan. Hos awalnya ialah Aznil Hj Nawawi dan Rina Khan. Dari sini laa Aznil memulakan kariernya sehingga berjaya sekarang.

10) Al Kuliyah – Al-Kuliyah racncangan yang bertemakan keagamaan. Bertemu peminat pada hari Jumaat. Inilah rancangan pertama yang aku tengok konsepnyer bersila. Semua tetamu yang di jemput dan membahaskan tajuk-tajuk yang diberikan mereka hanya bersila sahaja. Ini adlalah satu idea yang lain daripada yang lain.

Inilah antara rancangan yang berada di TV3 sepanjang 25tahun lepas. Banyak lagi rancangan yang menarik. Walaupun persaingan daripada Syarikat televisyen berbayar yang lain, TV3 tetap teguh dan utuh.

Apa rancangan di TV3 yang menarik perhatian korang sepanjang 25 Tahun dulu? Ataupun siapa selebriti yang korang ingat lagi masa zaman-zaman TV3 dulu-dulu? Cam Mahahir Lokman, Ras Adiba Radzi dan lain-lain lagi. Haa kena ingat zaman-zaman muda-muda atau zaman budak-budak dulu ni..

Related Posts with Thumbnails

Entri Yang Menjadi Pilihan

  • Hadiah Untuk Diri Sendiri
  • Harga Minyak Naik Lagi
  • Memancing Bukan Sekadar Hobi Remeh, Tapi….
  • Subjek Pengurusan Kewangan Di Sekolah.
  • Dulu Nak Jadi Askar…
  • Kerana Tangan Perancis Layak Ke World Cup 2010
  • RM9500 Dengan Berblogging
  • Nak Buat Apa Semasa Bersara Nanti?
  • Nama Cantik, Tapi Hati Busuk..(Aduka Teruna)
  • Bagaimana Menyelesaikan Masalah…

Dapatkan Berita Yang Terkini Terus Ke Kotak Email Anda, Masukkan Email Address Anda:

18 Comments Comments For This Post I'd Love to Hear Yours!

  1. liz says:

    NONA!! sbb dapat tgk orang kawen2..wakakakka..

    [Balas Komen]

  2. Lan Bingka says:

    Anugerah Juara Lagu!

    [Balas Komen]

  3. Shaffik says:

    Liz : Ko suka betul kalau bab-bab2 kawin ni…
    Lan Bingka : Memang Anugerah Juara Lagu tu memang best.

    [Balas Komen]

  4. Kujie says:

    erk…. ngape kakjie tak togk Nona ye..itu patutnya utk ibu2..hehehehe

    cerekarama lah….boleh nangis2…

    [Balas Komen]

  5. en_me says:

    me tak pernah tengok ‘sempurnakan harimu tv3′.. tapi bila me masuk kuiz tv ittewww, me dapat hadiah jugerrr.. ehehe, syabas tv3

    thanx bro singgah2 jenguk2 komen2 blog me yg inih.. don serik serik one uooolssss..

    [Balas Komen]

  6. PM says:

    sekrang aku layn 999 dan 360.. waktu len aku lyn tv len huhuu

    [Balas Komen]

  7. Salam bro…
    Terima kasih kerana mengunjungi blog saya.
    tv3, 25 tahun???
    Aku paling suke cerekarama, cerita tentang kehidupan!!!

    [Balas Komen]

  8. Shaffik says:

    Cerekarama memang memaparkan cerita2 yang menarik. Kadang sedih tahap gaban pun ada.

    [Balas Komen]

  9. nono says:

    wah! wah! buat eview untuk tv3 ke? :)
    saya peminat majalah 3. paparan yang disiarkan sangat menarik…

    [Balas Komen]

  10. aman says:

    aku suka jejak rasul masa season first, kedua ngan ktiga…
    pastue dah kurang sikit dah…

    [Balas Komen]

  11. KNizam says:

    paling suka ngan majalah 3 masa zaman wan zaleha. hehe :)

    [Balas Komen]

  12. zool says:

    Banyak lah rancangan menarik cam Remaja.. Melodi..

    [Balas Komen]

  13. Taukey says:

    hehehehe. lama dah tv3. aku tak ingat sangat cerita cerita tv3 sangat. aku tgk dan lupa. hahaha.

    [Balas Komen]

  14. PM says:

    Malam nie aku layan tv8 “death Note” and tv2 “Mr & Mrs Smith”

    [Balas Komen]

  15. Faiz says:

    ha3x..sinaran..teringat zaman muda2..ahaks !

    [Balas Komen]

  16. lukman says:

    teringat aku pada tahun 1998,akulah satu-satunya peserta lelaki tunggal dari terengganu muncul dalam program sinaran passport kegemilangan membawa lagu hattan(rendang tak berbuah),tengah syoknya nyanyi sampai jer pertengahan lagu,mic buat hal pulak

    [Balas Komen]

  17. lukman says:

    boleh tanya,macammaner nak tengok balik siaran tv program sinaran passport 1998,pasal nak imbas semula tempat part yang tak menjadi tu masa aku tengah syok nyanyi

    [Balas Komen]

Leave a Comment Here's Your Chance to Be Heard!

CommentLuv badge