
Dahulu aku sememangnya benci kerja kilang. Aku memang tak suka kerja kilang. Sebab apa, aku ingatkan kerja kilang tu penat. Dan aku ingatkan kerja kilang tu hanyalah operator sahaja. Lepas SPM tahun 1998 semua kawan aku bekerja Kilang sementara tunggu nak futher study. Aku tak kerja kilang, Aku sanggup kerja di Mun Loong / Kamdar sekarang ni di Plaza Kota Raya. Dahulu aku selalu memperlekehkan orang-orang yang kerja kilang. Dan aku cakap dengan diri aku, aku tak nak kerja kilang.
Tapi Tuhan MAHA Kuasa, Tuhan nak tunjukkan balik pada aku. Pada tahun 2005 selepas aku habis study aku kerja Kilang. Tengok laa Tuhan nak tunjukkan pada aku. Aper yang aku perlekehkan tu laa punca rezeki aku sekarang. Rupa-rupanya baru aku tau, di Kilang laa paling banyak sekali Jawatan-Jawatan yang di sediakan. Di kilang lah aku dapat ramai kawan. Banyak juga kelebihannya kerja Kilang. Jangan ingat kerja Kilang tu “Operator” sahaja. Banyak lagi jawatan-jawatan yang tinggi kat dalam tu. Tak caya tanya Nuaeman.
Setahun lepas selepas aku berumah tangga bersama Isteri aku, Family sebelah wife aku bertanyakan aku. Shaffik kerja apa. Aku cakap aku kerja Kilang je. Aku tak mention pun yang aku Incharge IT. Semua layan aku cam acuh tak acuh jer. Yer la mereka semua kerja Gomen. Kira cam tak best laa kerja Kilang ni. Tak standard agaknya.
Tak apa laa. Janji mak dan bapa mertua aku layan OK. Aku cakap dalam diri aku, mungkin mereka memandang rendah pada aku ni. It is OK. Tapi akhirnya mereka tahu aku ada jawatan dalam Kilang tu. Belajar pun bagus jugak. Baru laa nak berbual dengan aku. Panjang lebar lagi.
Kenapa eh orang-orang kita ni suka membanding-banding kan kerja kita dengan orang lain. Lagi-lagi kalau kerja kerajaan. Selalunya mendapat pujian menggunung. Yang kerja lain-lain ni, selalu dipandang rendah. Kenapa eh? Maaf kan aku, bukan niat aku untuk mengutuk orang-orang yang kerja kerajaan. Tapi aku hanya bercakap mengenai realitinya orang-orang kita sekarang ni. Kadang-kadang samapi soal kahwin pun memilih. Tak nak anak-anak kahwin ngn orang kerja Kilang. Kenapa??? Pemikiran orang-orang yang kerja kilang ni Kolot sangat ker? Ape buruk sangat ker Kerja Kilang ni eh? Kawan-kawan tolong ulas…
Entri Yang Berkaitan :
Tags: Gomen, IT, Kerajaan, Kerja, Kilang


January 7th, 2009 at 7:53 am
orang sebenarnya tak faham dan cuma ingat kerja kilang ni macam dahulu kala. Dulu kerja kilang tak dinafikan memang gaji kecik dan jawatan tak banyak lagi. yelar kan masa tu mana ada teknologi yang canggih. sebab tu mereka masih fikir gitu. sabar lah yer. Sekarang ni kawan aku kerja kilang pun cecah gaji RM4000-RM5000. nak lawan kerja Gomen, senang senang jer. Apa apa pun semua orang mempunyai rezeki yang berbeza kan
[Balas Komen]
January 7th, 2009 at 11:59 am
orang tak leh terima kot kalo cakap kerja kilang..kene cakap..saya kerja industri..baru nampak gempak sikit..hehe..
[Balas Komen]
January 7th, 2009 at 12:13 pm
Terpuji ape shaffik..sekurang2nya rezeki halal, bukan kita mkn dari duit haram, hasil ngular,elaun itu ini, seminar makan angin dan dpt duit under table..hehe, terpuji ape keje kilang.
[Balas Komen]
January 7th, 2009 at 12:46 pm
Taukey : Itu yang aku nampak sekarang setelah hampir 4 tahun kerja kilang ni.
ezad : memang betul pucuk pangkalnya rezeki yang halal.
[Balas Komen]
January 7th, 2009 at 2:48 pm
aku keja gomen. tp dulu aku keja gak kilang. tak semua keja gomen pandang rendah keja kilang. keja jilang best apa. wuhuu…
[Balas Komen]
January 7th, 2009 at 4:16 pm
yups shafik aku setuju tuh…keje kerajaan jadi PAR org pandang tinggi…nih yg aku jumper dlm life aku la…sgt menyedihkan. Aku pun penah keje kilang…
[Balas Komen]
January 7th, 2009 at 5:43 pm
maksu ni mmg tak de cakap apa2 pasal kilang, maklumler, maksu ni selalu kena kata-katakan juger, sbb tak jadik angkasawan kot, oops! tapi maksu pernah kerja kilang masa tunggu keputusan peksa, serik, penat giler, tapi masa tu kerja line-line ler… mmg serik sgt.
[Balas Komen]
January 7th, 2009 at 8:01 pm
dah memang jadi lumrah manusia akan memandang rendah pada yang bawah tapi diorang lupa tanpa yang bawah pasti takkan ada yang atas
[Balas Komen]
January 7th, 2009 at 8:24 pm
Kak Jie kerja kilang dulu…JVC – sama saing dgn dgn Ziana Zain tu..hehehehe
mula2 operator je.. mana le tau nk minta apa, itu je yg di iklankan..lepas dah keja 3 bln jadi Section leader – 3 thn berurut2 jadi pekerja terbaik.
lepas tu jadi Production Clerk, best ape..berurusan dgn budaya Jepun.
lepas kahwin… berhenti jadi surirumah sepenuh masa. Jadi Domestic Engineer…hehehe
[Balas Komen]
January 7th, 2009 at 9:36 pm
ok apa kerja kilang…akak ada member kerja kat kilang jer…sebagai engineer…pandangan masy mmg cenggitu
anyway, tq yer sbb singgah di blog akak
exchange link yer…
[Balas Komen]
January 7th, 2009 at 10:35 pm
aku pun dulu macam tu gak.. klu sebut keje kilang mesti aku xsuka… tak tau la kenapa…
[Balas Komen]
January 8th, 2009 at 6:58 am
Hakikatnya, ramai dari mereka melihat kerja kilang adalah sebagai “last resort”. Itu yang jadi macam tu.
[Balas Komen]
January 8th, 2009 at 11:06 am
kalau xsalah bas kilang lagi byk untung dari bas sekolah huhu…sebabnye.. trips dalam satu hari berape byk huhu.. kebanyakan kilang ade 3 shift..
p/s- boleh diterima ke jawapan aku nie
[Balas Komen]
January 8th, 2009 at 12:32 pm
asalkan halal semua boleh. lemah sungguh pemikiran kita kalau memandang rendah pekerjaan ni. bermula dari bawah, aku yakin ko boleh berjaya nanti. kerja kerajaan tiada apa yang boleh dibanggakan selain guru sahaja~
[Balas Komen]
January 8th, 2009 at 2:18 pm
masalah mindset je ni…asal kite makan duit halal sudah…
p/s – baru aku tau ko dah kawin…huhu
[Balas Komen]
January 8th, 2009 at 3:23 pm
chik, tul la ckp ko 2.ak pn lps spn sggp xkeje.xnak keje kilang.at last lps abis belajar, ak keje kt kilang gak.jgn pandang rendah akan sesuatu pekerjaan sesorang, tp pandang pada hatinya..
[Balas Komen]
January 8th, 2009 at 11:31 pm
Aper-aper pun kerja kilang juga satu kerja jugak.Satu sumber rezeki yang halal jugak. Pada aku yang dah dok kerja kat kilang ni memang takder bezanya ngan kerja-kerja lain. Yang penting halal…Spatt: ko baru tau aku dah kawin ker? Diam-diam yer…
[Balas Komen]
January 9th, 2009 at 9:59 pm
ak ader plan nak keje kilang dulu after grad nie, rmi ckp jato standard, but ak nak cri pglaman, tp ekonomi msia skunk nie buat kilang buang org byk ler skunk.. btw great website.. dulu pakai blogspot je eyk.. =)
[Balas Komen]
January 12th, 2009 at 5:52 pm
Kilang pun ok, cuma gaji ciput sbb tu ramai xnak keja. Aku lepas habis SPM 1988 terus kerja kilang getah. Ulangan GETAH, busuk satu hal. Balik umah semua merah sbb kilang ni proses latex utk buat getah buritan kapal. Tapi inilah yg mengajar aku apa itu kepayahan mencari duit.Jadi skrg aku lebih hargainya.
ps:Linatex thanks you for being my first job.
[Balas Komen]
January 13th, 2009 at 1:03 pm
[...] Kalau tak sombong memang ramailah kawan. So inilah salah satunya seronoknya kerja kilang. Takda la seburuk yang di sangka. 0 [...]
January 15th, 2009 at 11:50 pm
kerja kilang sebenarnya lagi byk dapat duit…
[Balas Komen]
January 16th, 2009 at 12:51 am
amoi pernah kerja kilang ker?
[Balas Komen]
January 29th, 2009 at 2:58 pm
[...] Buruk sangat ker kerja Kilang | Sampai bila nak Susah | Senang yang macam mana? [...]
January 31st, 2009 at 2:20 pm
kerja mana² pun tak kisah..keje kilang ke, angkat sampah ke, cleaner ke..
yg penting HALAL..
mentaliti manusia ni je yg tah ape2.
[Balas Komen]
March 13th, 2009 at 11:49 am
Salam bro,
Aku pun nak share, la.. Walaupun benda nie dah lama..
Aku sebelum nie bekerja kilang selama 6 tahun.. (Sekarang baru masuk goverment sector)
So, nak kata lekeh ke tak reja kilang nie.. Aku rasa tak.. PAsal bank sebulan aku leh dpt RM 2,000..
Memang xbnyk bagi sesetengah org. Tapi pada aku.. Duit aku xpernah putus waktu kerja kilang dolu.. ( Sama gak reja gomen skrg )
Pada aku, lekeh org yg selalu memandang rendah pada kita jer.. Jadi, abaikan jer..
So, selagi kita tidak melakukan kesalahan undang-2 dunia dan syarak.. Wat apa nak malu..
Sekian..
“Salam usahawan,salam kejayaan dan dalam keceriaan”
[Balas Komen]
March 26th, 2009 at 12:16 am
aku ni pun seorang pekerja kilang sekarang ni
[Balas Komen]
March 26th, 2009 at 4:02 pm
Azwan : Tak per..janji ada kerja sekarang. Asalkan halal.
[Balas Komen]
April 16th, 2009 at 5:50 pm
Kalau aku lagi orang pandang sebelah mata… niaga paso malam……
[Balas Komen]
July 25th, 2009 at 2:41 pm
sebenarnya kalau kerja kilang jawatan tinggi2 mmg orang tak pandang rendah. mcm abang aku umur baru 29 thn tp dah jadi manager bahagian it. gaji pun 5000++.tp kalau setakat kerja kilang tak brape ada position tp berlagak jer lebih mmg aku pandang rendah.mcm kampung hubby aku, mertua aku citer yang anak kawan2 dia kerja kilang dapat bonus berpuluh ribu, citer pun tinggi melangit, mana aku ngan hubby aku nk caya, setakat kelulusan spm pun sipi2 jer lulusnya, kerja kilang jawatan bodoh2 jerla boleh pun.member aku pun ada sorang berlagak sgt laki dia kerja kilang. jawatan takderla besar mana pun.setakat asisstant jurutera jer.gaji pun rm1800 jer.tp berlagak macamla besar sgt.hubby n aku cuma kerja gomen jer..tp at least kami gomen dah gred 44.gji pun 4OOO+.sbb tu la org dengki kerja gomen ni.3 thn kerja dh naik pangkat.pastu dapat banyak benefit. pencen dgn duit ganjaran lagi..jauh lebih banyak la dr org kerja kilang bila kami bersara nanti
[Balas Komen]
August 13th, 2009 at 11:53 pm
yg duk bangga sgt keje kerajaan tu pe hal.bangga sgt dgn jawatan tu ape kes.laki aku keje oil and gas kat kuwait pun xbising cem korang.bulan2 dpt 30ribu mainan aje.xpayah duk bangga la keje kerajaan tu,bukannya byk sgt gajinya.
[Balas Komen]
August 14th, 2009 at 9:05 am
Atie : Wah marah betul die dengan Orang Kerja kerajaan…sabar2..
[Balas Komen]
December 18th, 2009 at 1:36 pm
aku keje kilang buat sarung tangan getah utk hospital n aku rasa bangga sebab kalau x ada orng keje dkt situ mst orng hospital susah nak buat keje.ye la takut nnt klu x pakai sarung tngan,jangkit plak
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
December 18th, 2009 at 2:26 pm
Tu laa amy, siapa kata keja kilang tak ada jasa. Nah ini buktinya..Thanks amy..
[Balas Komen]
December 23rd, 2009 at 9:01 pm
betul tu, keje kilang atau keje kantor sama saja. Yang penting tu halal…
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
December 24th, 2009 at 12:29 pm
Ya betul..yang penting HALAL..
[Balas Komen]