Ada lagi macam ni di Kota Singapura.

By | January 5, 2009

Semalam aku teman seorang member baik aku ke Singapura. Sajer jer berjalan. Member aku terigin sangat nak pergi Pasar Karat. Aku pun pelik, apa yang ada di Pasar Karat. Member aku cakap Pasar Karat terletak di area Bugis Singapore. Pasar Karat tu katanya menjual barang-barang murah seperti 2nd laptop, handphone, Jam Tangan, TV, Radio, Kasut, Barangan Dapur, Duit-duit lama dan sebagainya. Semuanya 2nd / 3rd hand atau mungkin lebih lagi.

So kami pun bergerak dari JB sekitar jam 10 pagi. Kami buat keputusan naik MRT jer lagi senang. Jadi Parking di sekitar Komtar JB, masuk ker CIQ / BSI yang baru terus ker Bugis. Aku pun tak pasti ini Bugis Street ker apa. Sebab aku naik MRT dari Kranji terus ker Bugis. Mungkin pekan kecil kot.

Bila sampai di sana aku perhatikan sememangnya pasar karat. Sebab ramai orang menjual barang 2nd ataupun barang lusuh di tepi jalan sahaja. Bukan seorang tapi ramai penjual dan pengunjungnya. Dalam hati aku masih lagi ader perniagaan di Kota Singapura yang serba moden ni.

Cuba bayangkan mereka yang menjual di bawah payung (Pasar Malam). Barangan di lambakkan sahaja. Kalau barangan yng ada brand sikit, di letakkan di atas. Dalam banyak-banyank barangan yang di jual tu, mata aku hanya tertumpu pada 2nd hand laptop sahaja. Yer laa tujuan utama kami pun nak survey harga laptop.

Harga-harga 2nd laptop dari Pentium 3 – 4 adalah S$150-$500. Yang S$500 tu adalah sebuah laptop Sony Vaio warna Biru. Memang rambang mata. Kebanyakkan laptop yang Pentium 3-4 berfungsi dengan baik. Siap ada charger lagi. Mungkin boleh consider tu. Lihat contoh laptop yang di jual.

Selain itu mata aku tertumpu pada Camera Digital (Compact). Macam2 ada Nikon Coolpix, Sony, Benq, harga sekitar S$100- S$300. Ermm menarik perhatian ku…Camera Film yang lama-lama juga di jual juga di sini.

Macam-macam barangan lama yang di jual di sini. Mungkin bagi pengemar barangan lama boleh laa datang di sini. Khas untuk orang Selatan laa. Aku dengar di KL pun ada juga pasar-pasar yang sebegini. Jadi siaper-siaper yang ada Passport tu boleh laa datang ke sini. Semalam aku memang tak beli aper2.  Just survey dan tengok-tengok sahaja. Mungkin aku akan kembali di sini satu hari nanti.

30 thoughts on “Ada lagi macam ni di Kota Singapura.

  1. ikram84

    wow.. bestnya.. banyak betul barang yang di jual dekat sana… semuanya tengok macam masih ok aje…

    bro… ada beli ker laptop dekat sana?

    Reply
  2. Shaffik Post author

    Ikram84 : Aku tak beli apa-apa. Sebab aku pun niat nak tgk2 jer. Member aku ader laa beli kasut S$10..

    Reply
  3. ezad

    Kalu xsilap aku kat Orchard Road pun ada pasar karat nih..hehe, dah lama giler xmasuk singapore pasport mati 1995.

    Reply
  4. ikram84

    @Shaffik: lain kali boleh survey sekali lagi.. lepas tu buat dropship 😛 kekekek income berdesup nanti

    Reply
  5. Shaffik Post author

    Kujie : Kiteorang sememangnya nak tgk2 dulu..mungkin akan menyusul lagi ke sana nanti.

    Ezad : Ye ker kat orchard pun ada…bile nak renew passport..boley ke sana sama-sama

    Ikram84 : Akan di fikirkan nanti..betul jugak bley buat business..

    Reply
  6. Bagan

    Kat Ipoh pun ada pasar karat beb.. memory lane lagi nama dia .. Jom ke Ipoh!!

    Reply
  7. Shaffik Post author

    Muhafis : Aku hanya ke tempat tu jer..

    Student : memang ok tempatnya..ader duit lebih lagi best.:)

    Reply
  8. faiz

    shaffik, bila u nak ke pasar karat lagi..tolong tengokkan laptop 2nd untuk saya leh..? kalau boleh centrino punya…kalau ada info e-mel saya [email protected] sms 017-7841882..tq

    Reply
  9. faiz

    ok thks bro..ko kat jb belah mana? kau nak gerak sms sy ok…

    Reply
  10. Aisha AI

    Shaffik, i think the place that you went to is Sungei Road.
    one of the best known flea market in SG. 🙂

    Reply
  11. Aisha AI

    yalah.. kau flood bulletin friendster aku. so might as well check it out.
    and aku suka blog kau. penuh dengan informasi. and semua dalam bahasa melayu.
    i loike~

    Reply
  12. Suhaimi

    last year saya selalu kesana,memang best you! tapi kalau laptop beli kat kawan saya di Lavender lagi murah dan cantik.
    kalau nak maklumat call saya di 0126965347. TQ

    Reply
  13. Shaffik

    Suhaimi : Thanks for the info. Kalau ader rakan-rakan yang berminat untuk beli laptop..saya akan pass no kamu..
    Thanks.

    Reply
  14. wm

    oh ok no wonder la org pun gelar Pasar Karat…
    actly kat jb ada pasar baru. Name Bazaar Ramadhan.
    aku pun tak tau nape org gelar pasar karat…rupanya
    kat spore pun ada…mmgla byk brg 2nd hand jual kat situ.
    kalau g jb sngghla area town.
    daa.

    Reply
    1. Shaffik Post author

      Itu laa pasal..hari tu ada perasan jugak kat bandar JB. Tapi belum ada kesempatan nak singgah. Tapi ader member pergi sana nampak satu handphone Noklia E71. Orang tu RM500 jer . Warranty 3 bulan. Cam best jer

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.