Senang yang bagaimana?

By | January 3, 2009

Senang? Apa itu senang? Senang yang aku maksudkan ni adalah senanag dalam konteks kehidupan harian kita. Kita sering mendengar orang cakap ”wah dah senang hidup ko sekarang kan” , ” kalau boleh tahun ni aku nak hidup senang sikit dari tahun lepas”, ”kalau boleh aku nak hidup senang, tak nak susah-susah kerja bawah orang”. ”kalau lah aku jutawan, senang hidup aku.

Ayat-ayat macam ni biasa kita dengar. Tapi bagaimana pengertian senang dalam kehidupan seharian korang. Pada aku senang dalam kehidupan aku adalah bebas daripada hutang. Sebab hutanglah yang membuatkan aku tak selesa hari ni. Tapi nak buat macam mana? Hutang tu dulu suatu tuntutan bagi aku, yer laa aku ni tak berduit sangat. Jadi nak beli sesuatu yang terlalu mahal tu kena laa berhutang kan.

Yang keduanya, senang dalam diri aku adalah soal hati. Bila setiap hari, hati aku tak disakiti dan aku tak sakit hati pada orang lain, aku akan senang. Maksudnya hati aku senang. Orang kata senang hati.

Yang ketiga, senang dalam hidup aku adalah ; setiap hujung bulan duit kocek aku masih ada at least RM1500. Ini adalah duit stanby untuk aku dan family. Duit standby ni dah tolak semua perbelanjaan bulanan aku termasuk duit untuk kedua orang ibu bapa aku at least RM200 setiap orang. Sekarang ni bukan tak ada, ada tapi kadang-kadang tu sesak. Jadi aku tak mau sesak-sesak di setiap hujung bulan.

Inilah definasi ”senang” dalam kehidupan aku. Aku bukan mahukan senang seperti menjadi jutawan, banyak duit, kaya raya, billionaire cukup la 3 perkara di atas. Kalau di takdirkan aku Jutawan, itu adalah bonus yang paling berharga dalam hidup aku. Ingat bukan senang nak jadi senang, dan senang jer nak jadi tak senang. Jadi ”senang” pada rakan-rakan yang lain bagaimana?

7 thoughts on “Senang yang bagaimana?

  1. kujie

    bagi kak jie…. mencukupi keperluan sudah menjadi kesenangan…dan setiap orang berbeza keperluan .

    ‘kita senang bukan dari atas kesusahan orang lain”

    Reply
  2. dacron

    bagi aku dac..senang itu mudah..kita senang bila orang lain senang dengan kita..dan kita juga senang apabila kita senang dengan diri kita..

    berbelitkan..tapi fikirkanlah..

    Reply
  3. Maya

    Bagi aku, senang dalam hidup aku adalah dengan melakukan perkara yang resultnya aku akan berpuas hati. Walaupun nilai yang aku perolehi tidak berapa, tapi aku berasa senang lebih-lebih lagi hasil itu aku boleh kongsi bersama orang tuaku… Aku senang melihat mak dan bapa senyum gembira dan berpuas hati dengan “produk”nya..

    Reply
  4. ron

    Salam. Sy setuju la bro. Berharta tapi tak senang pun, tak guna gak. Bergaya tapi dalam hati ada duri pun tak ok gak.

    Tapi ini lah kehidupan yang kita kena tanggung. Lagi2 bile berkerja, kalau nak jaga hati semua org, kerja tak jalan. Tapi itu semua bergantung pada individu mcm mane dia nak handle situasi & masalah sekaligus dpt tackle prob dengan mudah.

    Bagus sangat bila bulan2 dapat berikan wang pada parents (sbnrnye ia bukan untuk membalas jasa sbb kita mmg akan tak mampu nak balas jasa mereka), cukup lah sebagai hadiah dan kita sedaya upaya membantu mereka (cewah..sedangkan aku pun mak aku hulur duit lagi..huhu)

    Salam kenal.
    ron

    *jom exchange link

    Reply
  5. MaJa

    bagi aku laa.. asalkan hati tenang xde masalah.. xde hutang.. xde kesunyian.. itu da cukup untuk menjadikan diri senang..

    Reply
  6. PM

    out of topic–> mungkin mksud mereka undi di jalan yg benar pasti mendapat pahala… lgpun bnde yg baik mmg sudah dijanjikan ganjaran pahala oleh Allah SWT

    Reply

Leave a Reply to dacron Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.