Minyak Kereta Lesap.

By | December 30, 2008

Salam semua, Selamat Tahun Baru kepada semua pengunjung blog ini. Aku pasti ramai yang masih bercuti. Namun aku kena bekerja. Apa nak buat dah tanggungjawab.

Pagi ini seorang rakan baik aku di tempat kerja mengadu kat aku. Dia datang ke Kilang lewat. Sebab apa? ??? Ada satu kisah yang pelik dan hairan berlaku padanya pagi ni. Tak pernah dalam seumur hidup aku dengar minyak kereta di curi. Ermm. Yang selalu dengar minyak diesel yang selalu di curi. Itu pun curi di tempat simpanan minyak.

Ini yang peliknya minyak kereta member aku pulak habis. Semalam dia baru jer isi RM30. Pagi ni minyak kereta di habis di sedut. Kosong dan kering kontang. Uik. Benda macam ni pun boleh berlaku? Pelik? Ada jugak orang yang sanggup curi minyak kereta orang. Bukan dari tong minyak, tetapi dari dalam tangki minyak kereta member aku ni.

Dia pun terperanjat, bila nak start kereta je, tengok meter minyak dah di bawah paras E. Punya laa hangin. Terpaksa laa menapak ditambah dengan maki hamun kepada pencuri tu,  ke petrol station berdekatan beli minyak dengan tong. Tu yang samapi ke kilang lewat. Bila di perhatikan, rupa-rupanye mereka menyedut minyak dari bawah tangki minyak mereka. Tak tau laa bila masanya mereka-mereka yang suka menyusahkan orang lain ni buat kerja. Minyak dah turun pun nak curi lagi???????

Sampai sanggup masuk bawah kereta dan bukak tangki untuk merembat minyak kereta orang lain. Aper laaa..takder ker kerja lain yang lebih elok. Dah laa mencuri, menyusahkan orang pulak tu. Jadi aku cadangkan kepada member aku tu, cuba pakat-pakat dengan jiran-jiran buat pemantauan dari jauh. Aku pasti orang-orang yang buat kerja-kerja ni mesti buat lagi.

Hai macam ni punyer kes pun ada. Tak faham laa. Asyik nak senang jer, dengan mencuri, merompak, menyusahkan orang lain dan sebagainya. Agak-agak korang la, kalau dapat tangakap orang yang buat kerja-kerja macam ni nak buat aper ek?

13 thoughts on “Minyak Kereta Lesap.

  1. ezad

    Uiks bahaya tu Shaffik, mesti dia dah Aim keta yg dia nk buat tuh, kwn ko duk bujang ker berkeluarga? takut2 pencuri tu buat rompakan jek, yelah mn tau kan pencuri tuh nk sedut minyak bg tinggal sikit pastu smpai tgh jalan buat2 berlakon nk tlg pastu perompak rupanya..waahahaa

    p/s : Nasihat aku suh dia buat laporan polis jek dulu, so nnti polis akan buat rondaan..InsyAllah

    Reply
  2. liz

    mmg ade orang yg curik minyak org ni..pelik..takde duit..tak yah la gune kenderaan..naik je naik je kenderaan awam..

    Reply
  3. ChekguBH

    sungguh nekad org yg mencurik nih..
    pegi la beli minyak, seliter baru singgit lebih je…
    sengkek btol la tu…

    Reply
  4. Shaffik

    Papa bear : mmg orang cam ni mmg tak guna..sumer nak free aja.

    Liz : Dieorang ni dah takder cuit pun nak berlagak lagi..naik jer laa bas eh..baru baper sen.

    ChekguBH : Orang cam kalau letak harga seliter RM0.80 pun, kalau dah suker mencuri…di curi jugak…

    Reply
  5. megat

    macam ni punya kes pun ada ke!? memang tak patut betul. patut la hidup aku bau petrol je kebelakangan ni.

    lagi masalah kalau mereka ada pengesan kereta mana yang tuang minyak kereta penuh huhu.

    laporkan! harapan aku semoga pihak polis buat rondaan (ye ker!?)

    Reply
  6. KampungBoy

    Hai…..nak jadi penjahat pn…..kena g skula…dulu. kan nyusahkan diri sendri bwat kej bodoh cmtu….mcm2 skang nie, krisis minyak xabes. Diorang pla nak amik kesempatan.

    Reply
  7. Shaffik Post author

    Megat : aku pun hara agar pihak polis teruskan rondaan.
    Kampung Boy : kalau bercerita pasal minyak ni tak settle dr dulu lagi…

    Reply
  8. Shaffik

    aman : skang ni macam-macam perkara boley berlaku..kalau dah nama pencuri tu, deorang akan buat macam2 cara untuk mencuri

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.