Kesian Si Penjual Aiskrim..

By | December 23, 2008

Salam semua,

AKu ingin mengimbau kenangan silam aku dahulu. Waktu tu aku belajar di Politeknik JB. So duduk bersama-sama rakan di rumah sewa kat Taman sekitar Poli. Aper yang membuatkan aku terkenang sampai sekarang ialah perangai budak-budak rumah sewa aku.

Budak-budak rumah aku ni ader satu perangai yang gila-gila sikit. Maklum laa masa tu tengah belajar, nak suka jer memanjang kan. Perangai yang aku maksudkan itu adalah suka mempermainkan penjual aiskrim. Korang pasti pernah nampak penjual aiskrim yang naik motor tu kan. Kling..kling..kling…Hehehe..

So aper yang kitaorang permainkan? Begini, bila terdengar jer penjual aiskrim lalu di depan rumah salah seorang daripada kami akan jerit macam ni ” ooooooooppppp!!!!!!”. Penjual Aiskrim memang tak boleh dengar panggilan seperti ni. Sure dia akan pusing mencari Jeritan tu.

Tetapi, jerit dah jerit dah.Tapi tak keluar.Hahahaha. Jahat kan. Jerit bukan main lagi. Beli nya tidak. Jangan kata beli, keluar rumah pun tak. Dah penjual aiskrim tu tercari-cari, terpinga-pinga. Hahahah. Memang jahat dan tak baik kan.Heheheh..kesian dia..

Satu hari tu ader laa seorang kawan membasuh motor kat luar rumah. Dalam masa yang sama lalu pulak Penjual Aiskrim. APer lagi member yng dalam rumah pun jerit laa….”Oooopppppp!!!!”…hahahahahah 🙂 :). Yang si member yang basuh motor tu terpaksa laa beli aiskrim..kalau tak memang kena haruk dengan penjual aiskrim..hahahaha..dengan redhanya beli. Dah beli masuk rumah memang kena maki laaa…hahahha…Kitaorang gurau ada kasar sikit.

Hehehehe..bila teringat balik perangai-perangai mengenakan orang ni. Kesian pun ader kelakar pun ada. Tapi sekarang semau member-member rumah aku dah pun berkahwin. Bila jumper balik, cerita perangai-perangai pasti tergelak dan insaf. Insaf sebab kesian penjual aiskrim tu …tak pasal-pasal dipermainkan..Ya Allh teruk kiteorang ni dulu. Harap member-member yang lain tak ikut yer..

8 thoughts on “Kesian Si Penjual Aiskrim..

  1. ChekguBH

    oit chakie, tak baik la main2kan…kalau org mainkan ko mase ko tgh jual eksrem ko marah tak…
    hahah

    ps: ko xde shoutbox ke??
    pss:ko blogger baru ke??
    psss:ko dah ade domain sendri ek?
    pssss:ko dah kawen ek…
    haha…byk gile aku tnye, poyo!

    Reply
  2. Shaffik Post author

    x pasang lagi shoutbox..nanti aku pasang yer cikgu..tu laa biler fikir balik memang kesian..itu dulu punyer cerita.

    Reply
  3. an2blur

    Hai,
    salam singgah.

    Minggu lepas, kitorg adik beradik mengimbas kenangan silam masa kecik-kecik dulu.
    Sama mcm cerita shafik.

    Dulu rumah kitorg kat tingkat dua,
    bila apek askim masuk kawasan tu kitorg akan jerit kat tingkap dari dalam rumah.
    Kitorg kate “tunggu! tunggu”

    Apek tu punye la lama tunggu, tapi takde budak pun turun beli. Kitorg gelak gila.
    Bila dia start motor nak pergi, kitorg jerit lagi kata “tunggu!”

    Jahat sungguh masa tu.
    Nama pun budak-budak.

    Akceli, parents tak berapa bagi sgt kitorg beli askim kat apek cina sebab brand tak top dan diragui.
    Biasanya ayah akan beli askim kat kedai jenama Nestle atau Walls.

    Hehe.

    Reply
  4. LUQMAN

    korang poli jb taun bile?ahaha taktik pekenakan budak2 serumah..ni aku selalu bikin..kat kg ni pun selalu gak. wakakka

    Reply

Leave a Reply to an2blur Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.