Sebelah Tangan pun Boleh.

Ditulis Oleh: Shaffik

Kategori: Hiburan

Aku sungguh terpegun dengan kehadiran dan kecekalan orang-orang sebegini. Kecacatan yang dialaminya bukan nya satu masalah untuk dia menjadi seperti orang lain. Malah lebih istemewa dari orang lain. Aku memang terpegun bila melihat persembahan dia semalam.

Mamat ni adalah seorang drummer untuk satu Band yg digelar Mistaken Identity. Band die sememangnya dah Top di sekitar Pasir Gudang, Johor dan pernah menyertai Rentak Juara RTM 2 tahun lepas. Apa yang istemewanya Mamat nie? Dia bermain Drum hanya sebelah tangan sahaja. Tetapi setiap rentak dan beat dihalusi dengan ketukan yang meyakinkan.

Sebelah tangan pun boleh rolling lagi. Itu yang aku dok perhatikan semalam. Semalam aku ader satu Job di Sekitar Kota Tinggi. Rumah orang kahwin tu jemput laa band ni. Memang superb. Memang best. Pada mulanya aku raser band ni biasa-biasa sahaja. Yer laa Bank kerja kahwin. Di tambah pula drummernya cam tu.

Tapi sangkaan aku meleset sekali. Band ni memang mantap. Lebih memukau para tetamu ialah Drummernya. Main dengan sebelah tangan sahaja. Bunyi perfect. Tanpa cacat cela di halua telingan aku ni. Dari melihat mamat ni punye keyakinan dan semangat tu, aku pun jadi semangat. Kecacatan adalah bukan penghalang menjadi seperti orang lain. Yang penting kuat semangat dan terus usaha untuk menjalani kehidupan yang lebih baik.

Bila tengok Mamat ni aku teringat seorang Drummer yang bermain dengan sebelah tangan jugak. Dia adalah Rick Allen. Drummer kumpulan Def Leppard. Ini adalah salah seorang Drummer yang bermain dengan sebelah tangan. Ketukan daripada Rick pasti memukau semua orang.  Inilah keistimewaan yang dianugerahkan Tuhan untuk mereka. Sememangnya Istimewa.

Tengok di Bawah Rick Allen main Drum.

Related Posts with Thumbnails

Entri Yang Menjadi Pilihan

  • 5 Tips Dalam Perancangan Kewangan Keluarga.
  • Betul Kata Bidalan “Kemana Kuah Kalau Tak Ke Nasi”.
  • Nak Buat Apa Semasa Bersara Nanti?
  • Saya, Me dan aku.
  • Earn More Money while Online.
  • Jasa Yang Tidak Ternilai
  • Pesanan Untuk Adik-adik Lepasan SPM.
  • Tahniah Untuk Semua Yang Menjayakan Arsenal Asia Tour 2011. :)
  • Kini Semuanya Harimau Malaya.
  • Riang Ria di A Famosa Melaka Water World.

Dapatkan Berita Yang Terkini Terus Ke Kotak Email Anda, Masukkan Email Address Anda:

13 Comments Comments For This Post I'd Love to Hear Yours!

  1. papabear says:

    mula2 ingat ko nak citer pasal drummer def leppard tadi rupanya, lebih kurang arr… ramai yg ada cukup anggota tapi x leh main drum… hehe

    [Balas Komen]

  2. Mak Su says:

    bagus dia, haku ni… setakat makan jer pandai ler. menaip pun nak kena pakai dua-dua tangan.. gitulah kan, keesaan Tuhan :)

    [Balas Komen]

  3. Mohd Hafifi says:

    setiap orang yang memiliki kekurangan tidak semestinya tidak hebat..kita yg sempurna jgnlah mengeji mereka..btol x?

    [Balas Komen]

  4. Shaffik says:

    Mohd Hafifi : Betul tu. Yang sempurna janganlah mengeji orang-orang sebegini..

    Mak Su : Keesaan Tuhan memberi keadilan dan keistimewaan orang2 sebegini..

    [Balas Komen]

  5. ezad says:

    Sesuatu yg kita belajar dari OKU ni ialah mereka bersifat “TAK PUTUS ASA” itu satu semangat yang ada pada diorang nih, aku kagum betul.

    p/s : Brader ni selalu ada kat mn2 ceruk pertandingan pun lg dulu..huhu, tempo permainan drum dia baik.

    [Balas Komen]

  6. ChekguBH says:

    aku pon buleh guna sebelah tgn gak…tp basuh ber*k laa…hahah

    [Balas Komen]

  7. Shaffik says:

    basuh beruk? oo ader bela beruk eh?

    [Balas Komen]

  8. Shaffik says:

    ooo berak eh…aku igtkan beruk…hehehehehehe…

    [Balas Komen]

  9. bella says:

    shaffik.. yup.. dye just gune sblah tgn saje untuk maen drum.. skg name dye dah ade dlm list book of record malaysia.. dye skolah ta tinggi.. just darjah 3 sbb anjing kejar dye mase nak g skola.. trus fobia.. darjah 3 tu lah, dye guna periuk belanga mak dye untuk maen drum.. abes senduk2 mak dye pecah.. hahaha.. ramai adek bradek dye ta percayakan kebolehan dye but dye dah buktikan skg.. dye dah kawen pon skg.. well, dye penah pukul sy dulu coz sy degil.. beselah budak2. itula dye, pemain drum terhebat bg sy.. my uncle.. paksu sy..

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Wah bella ni rupanya anak sedara dia ya. Wow mesti best kan. Walaupun dia ada kekurangan, tetapi dia masih lagi boleh buktikan dia yang terbaik ..

    [Balas Komen]

    Bella Reply:

    yup la shaffik … lagipun org nye baek .. skg dye ade shooting.. ta taw plak shooting ape .. lupe nak tanye .. tapi kalo awak tgk cite MERAH (uncut director), yg M. Nasir berlakon tuh.. dalam cite tu ade 1 band taw, tulah band MISTAKEN IDENTITY .. sy ade ckp kat dye pasal blog awak ni and dye cakap trima kaseh :)

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Thanks bella.

    Nampaknya dia terus maju dalam industri yang dia minat kan..Anyway thanks beritahu die akan blog shaffik nie.

    [Balas Komen]

Leave a Comment Here's Your Chance to Be Heard!

CommentLuv badge