Tengok dulu sebelum masuk. :)

By | December 20, 2008

 

Sebenarnya 2 hari lepas lagi aku nak taip entri ni. Tapi asyik terlupa jer. Banyak pulak kerja nak buat kan. OK 2 hari lepas aku kuar lepak minum ngan member aku kat sekitar JB. Sekali lepak minum mesti banyk cerita. Hampir 1jam 30 minit jugak lepak ngan member aku ni.

Aku pegi ambik die then kita lepak laa minum kat Taman Molek JB. Lepas lepak-lepak kami pun berangkat laa pulang. Dalam perjalanan nak balik tu, member aku cakap ” Wei ko bley tolong aku pegi CIMB Bank tak, aku nak kuarkan duit laa”. Aku pun dengan rela hati hantar laa Si Mamat ni.

Aku tunggu kat dalam kereta jer. Biar laa die pergi sorang. Lepas die ambik duit tu, die pun kuar laa dari CIMB bank tu. Tangan aku pun mencapai stereng kereta bersiap untuk bla dari Bank tu. Depan kereta aku ada satu Naza Citra warna hitam. So aku pun tungga laa member aku dalam kereta.

Tapi ader bender yg pelik dan kelakar berlaku lepas tu. Sambil tangan aku pegang stereng kereta, aku dok perhatikan member aku ni laa..Konon2 nak sambut die laa..tapi member aku ni pergi naik kereta Naza Citra hitam tu. Dengan confidennya die. Aku pun pelik. Tadi naik kereta aku, balik naik kereta Naza Citra tu pulak. Maybe member die agaknya.

15 saat kemudian, member aku pun keluar dari Naza Citra Hitam tu. Muka confiden dan confirm laa. die pun naik kereta aku. Aku tanyer, nape ko naik kereta Naza Citra tu? Dengan confidenya die jawab ” AKU SALAH NAIK KERETA LAAAAAAA, cepat2 jalan. “….Hahahahahahahahahahahahaha…pecah perut aku ketawa. Member aku cakap die memang tak perasan kereta sapa yang dia naik tu.

Dia bukak pintu terus masuk dalam Naza Citra tu. Lepas tu siap nak membebel dengan driver tu. “Apa tunggu lagi jalan laa”. Ceh dia siap nak marah pulak . Kononya nak marah aku laa. Driver tu pun tengok jer muka member aku. Nasib baik bapak budak…kalau awek, tak ke paisey muka….hahahahahahhahahha 🙂 Aku tak boleh bayangkan muka member aku dalam Naza Citra tu. Mesti malu gila.

Itu yang part kelakarnya. Yang part pelik nya. Kenapa die boleh confirm masuk kereta Naza Citra? Kereta aku kenari. Nak kater color sama takder laa. Kereta aku warna Gold. Naza Citra warna Hitam. Hahahahahahah..sepanjang perjalanan hantar die balik, aku dok gelak memanjang jer. Hahahaha…memang aku tak boleh lupa kejadian 2 hari lepas. Hahahahahaha…

22 thoughts on “Tengok dulu sebelum masuk. :)

  1. rohaizad

    Warghh… hargghh…hargghhh.. harrr..harrrr… HAHAHAHAHAHAHAH !

    Tergelak aku baca citer ko ni. Aku rasa memang merah padam muka kawan ko tu… wahahahahahah!

    Reply
  2. Shaffik

    Tu laa jat..tapi bender2 cam ni..tak boleh cakap jugak..yer laaa kadang boleh jadi kat diri sendiri jugak…hahahahaha

    Reply
  3. kujie

    hahahaha..suami kak jie pernah sekali
    org masuk keter dia..masa tu dia tunggu kak jie g pasar
    hahahahha..mesti kes mcm kawan ko la tu

    Reply
  4. Shaffik Post author

    ezad..aku igt pun time nasib baik driver tu jenis cool..kalau laa driver tu tgh angin tak bagus …mmg kena haruk…hehehehe

    Reply
  5. lee

    salam,

    hahahaha sori la bro, aku baru je ternampak blog ko ni.
    serius mmg kelakar cerite lu ni bro.

    aku rase kalau aku yg jadik ko konpem gelak 15 minit pastuh baru gerak.

    hahaha. mmg lawak. kem slm member lu.

    Reply
  6. zaiedishaq

    Kepala dia tu mesti ada benda lain yang dia tengah serabut tu.. biasa la.. apa-apahal pun member ko tu memang lawak la..

    Reply
  7. ulik

    aku rasa aku tahu sapa mamat yang salah naik keta tue….muahaha..ko penah citer ni kat aku…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.