Perogol Ke Tali Gantung.

By Shaffik on Saturday, December 20, 2008
Filled Under: General

Masih ingatkah lagi dengan kes rogol Noor Suzaily Mukhtar lapan tahun lalu? Malaysia gempar dengan berita kes rogol dan bunuh Noor SUzaily Mukhtar seorang Jurutera Komputer di antara Lorong Pegaga, Taman Chi Liung dan tapak pembinaan projek perumahan di Taman Bukit Tinggi, Klang di antara jam 8.50 pagi hingga 9.15 pagi pada 7 Oktober 2000.

Pagi semalam perogol yang didapati bersalah (Hanafi Mat Hassan)  telah menjalani hukuman gantung sampai mati di Penjara Kajang. Hanafi, 46, digantung sampai mati selepas subuh dan mayatnya dibawa ke Hospital Kajang sebelum dituntut keluarganya untuk dibawa pulang ke Binjai, Kelantan. Jenazahnya kemudian dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Kubur Datu, Binjai, kira-kira jam 6 petang semalam.

Keluarga mangsa ternyata lega setelah mendengar berita hukuman itu dilaksanakan. Keluarga mangsa menanti dengan penuh sabar selama 8 tahun untuk hukuman terhadap tertuduh. Akhirnya penantian mereka terbalas. Yang kejam dan bersalah itu tetapa bersalah dan mendapat balasan yang setimpal. Keluarga mangsa juga tidak menyimpan sebarang dendam kepada keluarga tertuduh kerana mereka tak salah. Yang salah hanyalah tertuduh.

Di harap ini dijadikan pedoman yang sewajarnya kita semua. Setiap kesalahan berat pasti tidak terlepas dari hukuman. Kalau pun terlepas hukuman dunia, tidak akan terlepas di hutkuman Tuhan di akhirat kelak.

Related Posts with Thumbnails

Entri Yang Menjadi Pilihan

  • Putera Sulung Kami
  • Susahnya Dapat Kerja.
  • TAG oh TAG
  • Pengorbanan Seorang Penulis Blog
  • Tahniah Pelajar Bengkel Blogging.
  • Jangan Selalu Mengeluh.
  • Dulu Nak Jadi Askar…
  • Kekayaan diukur dengan Kereta?
  • Bengkel Asas Blogging
  • Kelab Jiwa-Jiwa Juara Futsal

Tags: , , , ,

Dapatkan Catatan Terkini Dari Shaffik.com.

Isikan Email Anda Di Ruangan Yang Disediakan Di bawah.

Terbaik Dari Shaffik.com

3 Responses to “Perogol Ke Tali Gantung.”

  1. zool Says:

    OOO..
    Memang lama citer ni..
    Masa aku tengah belajo kat ‘UiTM’…
    Kes yang satu lagi tu tak selesai..

    [Balas Komen]

  2. Shaffik Says:

    tu laa.kalau tahun 2000 aku masih di Politeknik lagi…masih budak2 lagi…hehehehehe…

    [Balas Komen]

  3. Fishballisme Says:

    Ler dah kena hukum rupanya…

    [Balas Komen]

Tinggal Komen Atau Pandangan Anda :