Inilah senario yang selalu berlaku dalam masyarakat kita hari ni. Perasan tak? Orang-orang kita ni bila nampak orang lain senang, itu saja yang dia nampak. Yang susahnya tak nampak. Yang susah payahnya orang tu mendapat kesenangan tak di tanya nyer.
Kadang-kadang aku kesal jugak bila berjumpa dengan orang-orang yang begini. Sebab apa, dia orang seolah memperlekehkan orang-orang yang senang. Contohnya kalau kita borak-borak pasal rutin harian. Cerita laa pasal orang tu dah senang sekarang, orang yang ni pulak dah pakai kereta besar sekarang. Ayat yang biasa disusuli selepas itu adalah seperti begini : ” Dia boleh laaa bapa kaya”, “Dia boleh laa taukey ma”, “Alaa dia tu Engineeer”, “Dia boleh laa ader business”, “Dia boleh laa ader pasar malam” dan sebagainya.
Tapi fikirkah anda semua bagaimana mereka yang “senang” ni boleh jadi macam tu?. Fikirkah kita yang mereka semua tu berusaha keras untuk jadi macam tu? Tak terfikir ke yang mereka semua kerja bertungkus lumus siang dan malam, sabar dalam mencari rezeki? Yang hanya difikirkan adalah mereka semua senang sahaja. Tak fikir pun tentang kesusahan yang mereka hadapi sebelum mencapai kesenangan. kalaupun mereka ada jawatan yang besar yang dilihat boleh mendapat gaji yang mahal. Tanya mereka bagaimana mereka boleh jadi seperti itu? Memang kerja tak berat tapi tanggungjawab pula yang berat.
Ada pula yang dah berjawatan besar, masih lagi buat2 kerja-kerja part time untuk menambahkan pendapatan. Buat apa, gaji dah besar tapi masih lagi nak buat kerja-kerja part time. Ini yang kena kaji kenapa mereka buat lagi benda macam tu? Mungkin sebab mereka minat dengan kerja part time tu. Mungkin mereka ingin mengetahui lebih mendalam apa yang orang lain buat. Mungkin mereka merancang untuk menjadikan kerja part time tu sebagai sumber pendapatan utama. Sebabnya tak ramai orang yang sanggup buat benda-benda macam ni.
Pada aku sepatutnya belajar dengan mereka bagaimana mereka boleh mencapai kejayaan yang sebegitu. Apa yang mereka buat. Apa yang mereka usahakan. Jadikan orang-orang macam ni sebagai role model pada kita. Janganlah asyik bercakap tentang kesenangan mereka sahaja. Jangan lah menegeluh dengan nasib yang di hadapi sekarang. Kaji dan dekati mereka. Usha2 cara mereka dan kita buat benda yang sama. Adakah kita boleh bersabar seperti mereka? Adakah kita boleh buat seperti apa yang mereka buat? Jadikan ini semua pembakar semangat kepada kita. Teruskan usaha. Insyallah kita boleh jadi seperti mereka semua.
Entri - Entri Yang Menarik Sebelum Ini :
Tags: buat duit, duit, jana wang, kaya, kontraktor, Malaysia, senang, usaha





December 16th, 2008 at 10:56 am
biasalah ramai nak senang dgn cara senang dan tak mau susah susah pastu dengki kat orang yg lebih senang dari dia…
[Balas Komen]
December 16th, 2008 at 12:28 pm
tak perlu dengki dgn orang senang kalau dia senang bukan dari kesusahan kita sebalik dari usaha dan penat lelah dia…
[Balas Komen]
December 16th, 2008 at 1:21 pm
dengan umur baru 26, aku dah ada bisnes2 yang dah establish. orang selalu mengata semua yang aku dapat hari ni adalah “bapak dier yang bagi”. tolong lah. kalau mereka tahu ceritera aku semasa mula berniaga 10 tahun dulu (termasuk berniaga di dalam kampus), memang mereka akan telan balik air liur yang diludah tu. perit sangat. bagi aku, itu hanyalah omong kosong orang tak berduit, sering berangan nak bergaya lebih tapi malas nak berusaha.
pekakkan telinga, butakan mata saja bila berhadapan dengan orang sebegini.
[Balas Komen]
December 17th, 2008 at 9:44 am
mentaliti cam tu susah nak kikis even PM kita suh bold kat paper besar2…unless manusia cam gitu sendiri yg nak berubah bahasa…! tapi memang pelik kan…asal org tu senang jer benyak le ayat umpama sindiran yg kuar…
[Balas Komen]
December 17th, 2008 at 1:51 pm
akoo plak umo muda dr affuan. n akoo perlukan sokongan fam utk berjaya. xsalah pun sbnrnya. yg penting tekad dlm diri tue. nk trus diberi tongkat atau nk berdikari!
[Balas Komen]
December 17th, 2008 at 2:11 pm
Itu yang yang selalu aku perhatikan orang2 kita ni..bila orang senang sikit jer…macam-macam andaian laa yang keluar…
Sweet Thinker : Berdikari tu lagi bagus daripada bertongkat..bertongkat tak rasa susah…
[Balas Komen]
December 17th, 2008 at 2:17 pm
dahlaa mcam tu.. pastu dalam kepala otak depa pikir nak senang..
[Balas Komen]
December 17th, 2008 at 3:06 pm
Pk jer nak senang..tpi tak nk tau camner orang senang
[Balas Komen]
December 17th, 2008 at 7:37 pm
semangat bro!!!
[Balas Komen]
December 19th, 2008 at 1:55 am
ok..me too…
tak suke gak orang cakap..’owh..ko senang..bapak ko kaya’..
diorang tatau camne susahnya family kitorg nak senang..
smpai skarag org dok dengki lagi..
takde la senang..sebab ade orang lagi senang dr kite..takde plak susah..alhamdulillah..sebab ade orang lg susah dr kite..
[Balas Komen]
December 19th, 2008 at 8:13 am
perasaan dengki tu ader jer kat orang2 kita ni..tu masalah yang sukar di bendung..
[Balas Komen]
December 20th, 2008 at 5:12 pm
Harap-harap aku terkecuali dari golongan orang² sebegitu. Amin
[Balas Komen]