Hari ini sibuk sikit. Banyak pulak orang call aku nak bincang pasal hal komputer. Maklumlaa one man show kan. Ni laa kerjanya. So ada masa sikit ni tulis laa sikit entri.
Tengok pada entri tu apa yang korang faham. Memalukan anak? Apa pulak laa si Shaffik ni? Tadi lepak kat cendol house kat kg melayu. Ni tempat ijat ni. Memang best cendol kat sini. Sebelah Cendol House ada sebuah rumah. Mungkin owner Cendol house punyer rumah agaknye.
Ada laa 2 orang budak kecil main-main mengisi masa lapang. Dalam lingukungan 3-4 tahun. Gelihati jugak tengok gelagat mereka. Riang sekali tanpa fikir masalah dan bagaimana menyelesaikan masalah. Hehehe.. Sedang mereka bermain, seorang daripada kanak-kanak itu di panggil orang mak mereka. Korang tau aper yang di panggil ok mak nya? ” Gemok!!! ooo Gemok!!!..main tu baik-baik. Jangan suka sangat nanti jatuh”.
Alamak. Memang spoil betul laaa. Aku memang cukup tak berkenan bila ada ibu bapa memanggil anak mereka dengan cara sebegini. Tahu tak, kalau ibu dan bapa memanggil anak yang sebegini rupa apa effectnya pada anak itu? By right sekitar rumah mungkin dia tak rasa. Tetapi banyangkan kalau di rumah orang lain, di Shopping complex ker rumah kenduri kahwin ker, kat kampung atuk mereka apabila ramai sepupu-sepupu mereka yang lain.
Aku pasti anak-anak ini pasti akan terasa malu. Malu sebab dia gemuk. Dah di support pulak dengan panggilan yang ala-ala “manja” oelh kedua ibu bapa mereka. Sure budak-budak ini akan ada perasaan malu. Yer laa mungkin saiz mereka sememangnya sebegitu. Tapi jangan laa malukan mereka dengan panggilan sebegitu. Jangan sampai anak-anak ini menjadi kurang ajar. Mungkin dieorang akan balas balik dengan perkataan sebegini ” eleh mak ayah boleh panggil saya gemok, salah ker”..ini contoh nya laa..
Perkataan yang selalu aku dengar untuk panggilan yang tak sesuai ialah gemok, gemuk, montel, panjang, kecik, boroi dan sebagainya. Memang tak perasan bila kita panggil. Tapi kita tahu ker perasaan mereka. Aku harap kita semua menghentikan panggilan yang sebegini untuk anak-anak kecil . Kalau boleh untuk orang dewasa pun elakkan la. Tak elok. Bila orang dewasa dah buat, budak-budak akan ikut.
Respect juga anak-anak kecil ini. Mereka juga punyai perasaan. Mereka juga ingin dibelai. Panggil sahaja nama-nama mereka. Kan dah elok ibu bapa berikan nama-nama elok. Kenapa nak panggil dengan panggilan yang boleh memalukan mereka. Jadilah ibu bapa yang baik. Mulakan dari sekarang. Selagi di teruskan selagi itu laa panggilan sebegini tak akan berhenti. Jadi fikir-fikirkan laa..
anak sepupu kak jie di panggil “Busyuk’
sampai le skrg…ujung bln ni dia dah nak kawen..
ada sorang kawan nama dia Mohd Haid
lepas dah sedar/ besar dia pergi JPN tukar nama sendiri
Mohd Hadi
yer ker kak jie..nasib baik perasan…
betol2..
i pon tak ske sangat org panggil anak die mcm tu kt depan2 orang
kalau boleh jgn depan orang jer..kat umah pun jgn guna perkataan cam tu…panggil nama lagi bagus..
bukan ka nama tu gak 1 doa…bayang sindri r doa/panggilan org2 tu…mak bapak lak tu…lagi la mujarab…maybe dia ingat comei kot panggil camtu..xtau laa
tu la sal.. bwt pe nth dia bg nama klau nak pgnl anak dgn perkataan2 cm2.. bila anak betul2 gemuk mula salahkan makanan.. pdhal dia yang duk doakan..
manusia ni kadang2 pngl kucing lg elok drpd pngl nama anak sndri..
pnglan tu doa.. doa ibu bapa ni agak tinggi nilai dia..
salam,
pangilah nama yang elok, kerana setiap panggilan dari ibu bapa ada lah doa..klu gemuk yg di panggil maka gemuk lah budak itu hehe
dulu mak aku panggil aku kacak tu yg sampai skrg kacak tuh haha
gurau2
Mak ayah ni pun satu kadang.. nama dah bagi elok-elok pastu pegi lak suka-suka bagi gelaran.. melekat lak sampai besor..
Aku pun pelik gak. Dah nama tu dia yang bagi pada anak dia, tapi dia tak panggil nama tu.
lan sememang nya kacak…hehehehehe…
nuaeman : tu laa pasal..nama elok-elok panggil yang bukan2.
Rohaizad : itu yang akutak paham tu…bila nak bagi nama anak, nak yang best…tup panggil yang tak elok jugak..
anak buah sy, nama nye mohd hakimi daniel..tp di panggil MANJE oleh mak ayah dorng..alahai…sedey tol la..masa anak memula lahir punye la pecah kepala mak ayah diorang pk nak namakan dorang..last2 di panggil mcm2 lak..haih la..
sy kalau da ade anak, mahu kasi nama pendek2 je…takmo panjang2..dan mesti panggil nama sebenar…
🙂
huhu. sepatutnye sebagai parents kena peka dgn mende2 mcm ni. walaupun nampak remeh, anak diorang tu yang menanggung rasa uncomfortable tu. isk2 tak elokla.
… Cara lain memalukan anak ialah menengking, lempang atau piat telinga depan orang ramai… Pun kalau boleh dihukum supaya anak-anak tak jatuh aib.
pembetulana… Pun kalau boleh dihukum secara ‘private’ supaya anak-anak tak jatuh aib.
Ada satu entry yang saya buat tentang anak ni..
http://samdaddycool.blogspot.com/2008/05/apa-punca-anak-derhaka.html
mintak2 dijauhkan perangai2 cam tu…jauhkan nak marah2 anak2 kat depan orang ramai…malu die…
Kami tiga beradik (kecuali abang sbb dia kurus) dipanggel “mok” oleh masing-masing [ini smua adik bongsu yg mula] sampai tatau “mok” mana yg dimaksudkan tp kami tak kisah sebab realitinya kami memang gemok… tp dipanggel “gemok” oleh ibubapa mungkin kami akan berasa kecik hati..