Peserta Forex Ditipu!!!

By | December 10, 2008

Hari Ahad yang lalu telah berjumpa dengan salah seorang rakan baik aku. Dia ni member baik aku semasa aku bujang dahulu. Skang bila aku dah berumahtangga, kami jarang berjumpa. So hari Ahad lalu aku, dia dan beberapa rakan lain lepak-lepak minum di sebuah mamak di Kota Tinggi.

So bila lama tak jumpa, masing-masing hangat laa bercerita. Tentang kerja laa, biz laa, awek laa macam-macam lagi. Tapi salah seorang rakan aku ni bercerita kisah sedih mengenai keluarga dia. Dia memulakan ceritanya. Jadi kami semua mendengar dengan khusyuk.

Dia dan bapanya telah join satu perniagaan yang diberikan nama FOREX. Apa itu FOREX? Forex adalah Foreign Exchange. Atau bahasa melayunya ialah Perdagangan Tukaran Wang Asing. Dia dan bapanya telah menyertai satu company yang menjalankan perniagaan ini. Company ni sememangnya popular di JB dalam tahun lepas.  Perlu ke aku mention company tu. Company yg bermula dengan F********.Company ni menjalan perniagaan Forex dengan memberikan servis forex kepada pengeluar modalnya.

Pada permulaannya, pelanggan/customer perlulah mengeluarkan modal dalam lingkungan RM32000. Untuk permulaan company akan menjalankan perniagaan Forex atau dengan kata lain membuat trading. Mereka semua ni sememangnya pakar dalam bidang ini. Tetapi setiap kali trade charge akan di kenakan sebanyak 120USD untuk sekali trade. Pengeluar modal diberikan latihan intensif mengenai perjalanan Forex, bagaimana trade dalam keadaan semasa secara lengkap.

Jika pengeluar modal / customer boleh membuat trade sendiri, mereka akan dilepaskan untuk trade bersendirian. Jika pengeluar modal mengalami kerugian, report kepada company, Company akan mengembalikan balik wang kerugian pada hari sebelumnya (hari yang pengeluar modal rugi). Maksudnya mereka control semua trade  customernyer pada permulaannya dan juga wang customer keluar dan masuk. Inilah yang menarik perhatian ramai orang sehinggakan sanggup mengeluarkan modal yang banyak selepas dijanjikan perlbagai kemewahan dengan bermain Forex.

Pada mulanya semuanya berjalan lancar.  Company tersebut juga berjaya membuka cawangan-cawangan lain di sekitar Johor. Rakan aku juga telah berjaya mengaut sedikit keuntungan. Ramai juga yang telah mengaut keuntungan. Tapi sama ada duit itu boleh dikeluarkan secara realitinya aku tak tau.

Lama kelamaan rahsia company ini terbongkar. Rupa-rupanye company ini menggunakan Platform Forex dummy. Maksudnya Platfrom forexnya tidak sama dengan platform forex yang lain. Bila dah timbul isu ini, rakan aku cuber mengeluarkan wang pelaburannya serta sedikit untung sebanyak RM50000. Tetapi pihak company tersebut memberikan alasan boss tak sign cek. So duit mereka tak boleh dikeluarkan. Rakan aku dah try claim duit dia dari bulan Mac 2008. Sampai sekarang masih tak keluar duitnya. Office mereka di Kota Tinggi pun dah tutup.

So aku nasihatkannya ajak rakan pelabur yang lain buat report Polis dan buat laporan kepada Bank Negara. Itulah jalan yang terbaik buat masa sekarang ni. Jadi siapa-siapa yang ada plan nak join mana-mana company yang menjalankan Forex, sila selidik latar belakang company tu dulu. Tanya rakan-rakan yang telah lama berkecipung dalm bidang Forex ni. Jangan sesuka hati mengeluarkan wang yang banyak semata-mata ingin mengecapi kemewahan di belakang hari.

Apa yang aku kesalkan di sini, company ini di naungi oleh gologan bumiputera. Kalau betul ada unsur penipuan di sini, memang tak patut. Sebabnya bumiputera menipu gologan bumiputera sendiri. So berhati-hati dengan golongan yang sebegini. Mereka sering mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan belipat kali ganda. Belajarlah dengan pengalaman. Sabar di dalam mencari rezeki. Ingat bukan  senang dan jadi senang. Dan tak susah nak jadi susah.

21 thoughts on “Peserta Forex Ditipu!!!

  1. Shaffik

    tapi masih ada lagi penyangak2 besar yang kerjanya suka menipu dan ambil kesempatan. mereka tak fikikir kesusahan orang lain. hanya fikirkan bagaimana mereka boleh ambik duit orang.

    Reply
  2. ezad

    Em mcm penah dgr nama Syarikat itu, adakah operasinya di L***** P******?, sib baik aku xpndai main Forex..hehe, Tapi penipuan mcm ni dah melampau la, bnyak tu RM32000, Lg pun siapa yg rambang matakan..lalalalala

    Reply
  3. Shaffik

    Yea laa ezad..aku pun pernah pergi offisnya tu..mmg dijanjikan pulangan yang lumayan..tp tak tau laa sekarang offis tu ader lagi ker tak?

    Reply
  4. ezad

    Aku tau cite disebaliknya, aku penah naik opis tuh, yg join tu bukan calang2 org, Kapten, Doktor, Ahli Perniagaan semua yg duit lebat, yelah nk wat camnekan..

    Reply
  5. Richie

    hurmm..nasihat aku..lepas ni papehal pun kena siasat habis2an dulu.. 😛

    geng..nak exchange link tak?
    papehal reply comment kat blog aku..

    Reply
  6. Shaffik Post author

    Main forex ni bukan mudah yang disangka. banyak bender yang perlu diperhatikan. Yang penting disiplin dan tak tamak..

    Reply
  7. Shaffik Post author

    Kak Jie : Tak per stay jer ngan blogging..Forex ni ader susah sikit..

    Nuaeman : Takper laa…blom masernye..bila masanya aku bgtau namanyer….

    Komeng : So berhati-hati laaa ngan orang-orang cam nie..selidik secukupnyer sebelum join.

    Cino : Orang tamak selalunyer cam tu…tapi ini di aniaya.

    Reply
  8. samdaddycool

    … pada aku, forex adalah umpama ‘perjudian’… Kalau takut dilambung ombak, jangan ler main kat laut…

    p/s- aku tukar forex utk duit real je (duit kertas)..

    Reply
  9. Shaffik Post author

    Kang kung…pernah join ker? atau ader member yg terkena jugak?
    sam..tukar jd duit betul lagi best kan..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.