Tolong la pam lepas guna.

Ditulis Oleh: Shaffik

Kategori: General

Salam semua. Harap semua ceria di samping kerja masing-masing. Setelah 3 hari bercuti, hari ni semua masuk kerja balik. Harap mood semua ok yer. Korang nampak tak tajuk entri kat atas tu? Aku raser semua pernah nampak ayat tu kan? Kat mana ayat ni ada? Kat tandas awam, tandas pam minyak dan lain-lain lagi. Tetapi masih ader lagi orang yang tak ikut ayat ini.
Kalau ikutkan ayat tu semuanya faham. Melainkan pelancong asing. Tapi pelancong mungkin disediakan dengan ayat yang berbahasa Inggeris kan. Susah ker nak buat seperti apa yang ayat tu tulis? Pam selepas digunakan. Apa benda yang diguna? Mesti mangkuk tandas tu kan.  Susah ker nak buat? Mesti ader yang cakap, ” alaa cam maner nak pam, pam tu rosak”. Alamak jangan laa lurus bendul sangat. Kalau pam rosak jirus/siram laa ngan air yg di tadah tu. Macam mana bersih sebelum korang menggunakan mangkuk tandas tu, macam tu jugak lah bersihnya korang tinggalkannya. Susah ker ?
Semalam aku pergi ke satu tandas di sebuah pam minyak. Nak buang air. Ye laa bila tersangkut dalam kesesakan, tak tahan laa kan. Ada 3 tandas yang di disediakan dalam tandas lelaki. Semua orang menunggu. Tapi satu tandas tu tak digunakan. Aku pun bertanya dalam hati. Kenapa dieorang tak gunakan tandas yang kosong tu. Rupa-rupa ader “kuih” yang tak di jirus. Aku punya laa sakit hati. Dengan rela hati aku pun tolong pamkan. Dan guna tandas tu. Dengan kembang tekak pejam mata dan pam jer laa.

Aku pun tak faham ngan orang-orang yang sebegini. Macam susah jer nak pam tu. Macam satu kesalahan yang berat sangat bila pam lepas digunakan. Macam berdosa pulak kalau pam selepas digunakan. Kenapa laa.? Jadi kawan-kawan yang membaca entri ni. Tolong laa. Pam lepas korang sumer gunakan tandas. Buang air kecil ker buang air besar ker Please..untuk kesenangan orang lain jugak. Jagalah kebersihan tandas kita. Kalau kita semua tak jaga tak kan nak harapkan cleaner jer jaga beb.. Fikir-fikirkan laa…

Related Posts with Thumbnails

Entri Yang Menjadi Pilihan

  • Kehilangan Seorang Rakan.
  • Filem Estet Hambar :(
  • Kadar Tol Lebuhraya Senai-Desaru
  • Proton Inspira : Terbaru Dari Proton
  • Pesanan Untuk Adik-adik Lepasan SPM.
  • Loan Rumah 100% pada 2011. :)
  • 11 Kematian Akibat Denggi
  • Tak Puas Menonton Final Raja Lawak 5
  • Perogol Ke Tali Gantung.
  • Tips : Tidur Di Tempat Kerja? :)

Dapatkan Berita Yang Terkini Terus Ke Kotak Email Anda, Masukkan Email Address Anda:

14 Comments Comments For This Post I'd Love to Hear Yours!

  1. PakciQue says:

    Isu kebersihatan tandas memang dah tak mampu nak di ulas lagi dah…

    Hanya mentaliti manusia sje yg mampu mengubahnya…

    Lelaki Tak Setia

    [Balas Komen]

  2. ezad says:

    Wow menarik.. :p, selain kuih, apam ada juga ker dijual? ngeh3 :p

    [Balas Komen]

  3. farahaznil says:

    post ni menarik..tp yg buat aku tertarik..toilet dia tuh..hehe..lawo..kat malaysia ada ke toilet mcm tu?hi hi hi hi

    [Balas Komen]

  4. Shaffik says:

    itu aku raser toilet oversea kot..cari kat google jer…hehehehe

    [Balas Komen]

  5. Shaffik says:

    ezad : yg aku nampak kuih laa…kuih aper jenis aku tak taul laa pulak…heheheheheheh :)

    [Balas Komen]

  6. Afzai Afandi says:

    kebersihan sebahagian drpd iman…so yang tak reti nak jaga tu memang kurang beriman

    [Balas Komen]

  7. liz says:

    toilet di oversea adalah sgt bersih..diorg nye mentality pasal kebersihan adalah sgt goooood..smpai kite masok, rase kalo kaki ayam pon boleh..

    [Balas Komen]

  8. ezad says:

    Oh ye ke Liz, camtu leh la bentang tikar sambil makan sarapan pagi, aah eh dah kuih pun ada jual xkan nasi lemak pun xde plakkan..ngeh3

    [Balas Komen]

  9. titan says:

    kalau aku pun bengang. Tapi nak wat macam mana. Itulah mentaliti orang kita..

    [Balas Komen]

  10. Shaffik says:

    Mentaliti cam tu laa kena ubah…kalau kita tak berfikiran cam tu bagus laa..mungkin segelintir jer kot..

    [Balas Komen]

  11. kujie says:

    kena letak pantun mcm gni

    anak kucing kejar tikus
    lepas tencing harap jirus

    [Balas Komen]

  12. Shaffik says:

    hahahaha….takl pun cam ni..

    beli berus beli dakwat
    sila jirus lepas buat..

    [Balas Komen]

  13. Fishballisme says:

    orang yang tak pam tu mesti dia ingat pam tu otometik..

    [Balas Komen]

  14. Shaffik says:

    hahahha..betul jugak alasan tu..tapi tak kan semua tandas pam oto.

    [Balas Komen]

Leave a Comment Here's Your Chance to Be Heard!

CommentLuv badge