Kenali Bao Xishun

By | November 24, 2008

Siapa itu Bao Xishun? Bao Xishun adalah manusia yang tertinggi di dunia. Ketinggiannya adalah 2.36meter. Hui tingginya. Beliau telah diiktiraf oleh Buku Rekod Dunia Guinness sebagai orang yang tertinggi di dunia pada tahun 2005.

Sebelum dia di iktiraf manusioa paling tinggi di dunia, beliau hanay duduk di kampung dan sering terkurung di dalam rumahnya kerana tidak selesa menjadi tumpuan orang ramai. Bao juga pernah menyertai skuad Bola Keranjang bagi pihak Tentera suatu ketika dahulu. Tetapi bila pergerakkannya tak sepantas dulu, dia berhenti bermain bola keranjang.
Selepas pengiktirafan Guinness Book Of Record, Bao menjadi tumpuan orang ramai. Ramai yang ingn berjumpa dengan Bao. Sekelip mata dia menjadi terkenal di seluruh dunia. Dia sering di kunjungi pelancong dari serata dunia. Wah Bao seperti selebriti.
Walaupun sudah terkenal ramai mengenalinya, Bao juga ingin hidup seperti orang lain. Hidup sederhana, menikmati kehidupan seperti orang lain dan juga mempunyai keluarga sendiri. Dia hampair putus asa mencari pasangan hidupnya. Dia banyak menhabiskan masanya di rumah dan menonto bola keranjang.
Penantian Bao berbaloi apabila dia bertemu dengan Xia Shujuan dengan ketinggian 1.68meter. Xia Shujuan yang berjaya menambat hati Bao dan mereka berkahwin dan baru dikurniakan anak lelaki bernama Tianyou.
Tianyou lahir seperti kanak-kanak normal yang lain. Sihat dan sempurna.Bao bersyukur kini hidupnya lebih bermakna dengan kehadiran Tianyou dan Isterinya Xia Shujuan. Dia gembira Tianyou lahir seperti kanak-kanak lain. Kini tanggungjawab sebagai seorang bapa lebih besar lagi. Bao berharap dia dapat membesarkan Tianyou dengan penuh tanggungjawab. Jika dia membesar hingga 1.9 meter itu sudah cukup menggembirakannya. Bao berharap agar Tianyou boleh menjadi seorang pemain Bola Keranjang satu hari nanti. Kini Bao dalam proses untuk berpindah ke rumah baru dilengkapi denagn sebuah tandas gergasi khas untuk Bao.
Inilah serba sedikit kisah mengenai Bao Xishun. Manusia paling tinggi di dunia. Bukan mudah untuk menghadapi hari-hari seperti orang lain. Segalanya ditempuhi dengan tabah dan keserdahanaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.