Aper Cerita Adik Sharline???

By | November 21, 2008

Aku raser dah lamer dah kes ni. Tak tau laa kalau-kalau aku terlepas pandang mengenai berita Adik Sharline. Yang aku tahu kes kehilangan Adik Sharline ni masih belum selesai. So sampai sekarang ni masih tak jumpa lagi Adik Sharline.
Di manakah anak kecil ini hilang? Jangan laa jadi seperti Arwah adik Nurin. Sebak dada aku tengok. Dah laa kena culik, di bunuh begitu kejam sekali. Sememangnya tak berhati perut langsung si pembunuh tu. Aku berdoa jangan laa di perlakukan Adik Sharline sebegitu rupa.
Kenapa berita kehilangan Adik Sharline ini tiba-tiba lenyap begitu jer? Kenapa Pihak Polis masih lagi tidak dapat jumper Adik Sharline dan pembunuh Nurin Jazlin? Kenapa..kenapa..kenapa?
Bijak sungguh penculik dan pembunuh ni kan. Adakah ini semua menanandakan bahawa anak-anak kita semua dalam bahaya? Ya ALLAH selamatkan laaa Adik Sharline, pulangkan Adik Sharline kepada pangkuan keluarganya dengan selamat.
Aku menyeru kepada semua rakan-rakan blogger. Jangan laa kita alpa dengan anak-anak kita. Jangan sewenang-wenangnye melepaskan mereka berjalan seorang diri terutamanya selepas mereka pulang dari sekolah. Sekarang kita gembira melihat keletah mereka. Jangan ianya hilang sekelip mata. Jadikan kes ini satu pengajaran untuk kite semua. Bukan senang nak buat anak, dan tak susah nak hilang anak kan..

2 thoughts on “Aper Cerita Adik Sharline???

  1. muzzie

    dengar kisah culik di malaysia makes me scared to go back home with my kids. the first 24 hrs is very imp kalau tak jumpa normally memang susah.

    fbi tips sebelum anak keluar rumah ambil paper towel sapukan dirambut supaya ada smell . so kalau anakhilang tracing dog will be able to locate walau pun hari hujan di hutan atau di dlm air

    Reply

Leave a Reply to zuraidah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.