Boss macam maner yang korang nak?

By | November 20, 2008

Biler bercakap tentang boss ni kadang-kadang ada menyenangkan dan tak kurang jugak menggeramkan kita. Kalau dapat boss baik tu tak kisah..kalau tak baik tu yang kepala angin jer…

Boss baik macam maner? Pada aku boss yang baik merangkumi semua hal..bijak menguruskan hal-hal department, pandai dalam menguruskan department, sedia mendengar pendapat orang lain, tegas dalam hal2 tertentu, tidak pilih kasih, jaga kebajikan perkerjanya dan lain lain lagi.

Boss yang tak baik pulak macam maner? Boss yang ikut kepala die jer, tak suker mendengar pendapat orang lain, bodoh sombong, tak tau langsung dalam hal2 pengurusan, boss yang mengelabah tak tentu pasal, tak suker menyiasat then tiba-tiba marah tak tentu pasal, boss yang tak pandai membuat keputusan dan sebagainya.Wah kenapa lebih banyak yang tak bagus daripada yang bagus eh? Sebab kita manusia, kita ni selalau menilai dan nampak kesalahan orang jer.

Aku ni takder laa bekerja lama sangat..orang kata baru setahun jagung. Tapi aku selalu bercampur ngan orang-orang yang lama berkerja jadi aku tau perangai2 boss zaman sekarang. Lagi parah kalau boss yang berfikiran tak terbuka. Langsung tak nak dengan pembaharuan yang kita nak buat. Bila nak buat pembaharuan macam-macam alasan yang diberikan.
Lagi satu kalau boss yang tak boleh membuat keputusan. He / she is the boss kan. Tapi tak boley buat keputusan. Apa yang kita nak buat tu untuk kebaikan, tapi biler die tak decide whether proceed or not, kerja kita akan stuck di tengah jalan. Tak ke ini menyusahkan kita.

Aku memang cukup tak berkenan dengan gaya-gaya atau cara-cara boss yang sebegini rupa. Biarlah die seorang yang tegas, tapi di sebalik ketegasannya tu akan wujudkan kebaikkan untuk pekerjanya dan improvement untuk company di belakang hari. Jangan asyik memikirkan nak buat profit jer, pekerja bawahan pun ada hati dan perasaan.

So mana-mana yang nak jadi boss tu ataupun yg sedang jadi boss atau manager sekarang ni, timbang-timbangkan apa yang aku katakan. Jangan jadi boss yang syok sendiri jer yer…

2 thoughts on “Boss macam maner yang korang nak?

  1. Fishballisme

    Bos saya adalah jenis boss yang ikut kepala die jer, tak suker mendengar pendapat orang lain boss yang mengelabah tak tentu pasal…

    saya nak berhenti kerja!

    Reply
  2. Baidura

    Kalau sakit hati dengan bos, baca je kat dia pantun ni (dari buku ‘Alamak, Bosku Seperti Hitler!’) hahaha:

    Pagi-pagi, sudah mencemuh,
    Si pemandu terus terdiam mengeluh,
    Bos ini jenis yang kecoh,
    Dapat “Tan Sri”, satu dunia dia heboh.

    “Ada pelanggan hendak jumpa”,
    Itulah kata si setiausaha,
    Bos enggan, mengantuk katanya,
    Biarkan pelanggan berjumpa air liur basinya.

    Bos memanggil mesyuarat mengejut,
    Ada pekerja berjalan bak siput,
    Bos pun menengking sampailah semput,
    Para pekerja terkentut-kentut.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.