Sedapnya Teh Tarik

By Shaffik on Wednesday, November 19, 2008
Filled Under: General
Sebut pasal teh tarik ni semua orang Malaysia. Setiap orang pasti pernah mencuba Teh Tarik kan. Teh Tarik boleh dikirakan minuman yang popular di Malaysia ni. Bukan sahaja di malaysia ni bahkan di Singapura dan juga Brunei.

Teh Tarik ni adalah sajian utama di restoran-restoran terutamanya di MAMAK. Mamak yang yang tanpa Teh Tarik hilang serinya. Teh Tarik bisanya disajikan dengan roti canai, roti tampal goyang, nasi lemak dan juga makanan lain. Kenapa Teh tarik ni menjadi pilihan agaknyer yer.?

Mungkin sebab Teh Tarik sudah lama bertapak di Malaysia ni. Lagi satu semestinya ianya sedap. Sampai ada orang tak kena Teh Tarik satu hari jadi tak keruan pulak. Hidangan tanpa teh tarik takde seri. Tak mood nak makan. Haaa itulah penangan Teh Tarik.

Popularnya Teh Tarik di sokong lagi dengan adanya pertandingan Teh Tarik. Time tu nampak laa macam cara atau skill buat teh tarik. Memang unik. Inilah salah satu kebangaan Rakyat Malaysia. Bila sebut Teh Tarik pasti para pelancong ingat Malaysia. Lihatlah kekuatan Teh Tarik ni.Malah sekarang ni food-food court di shopping mall dan seafood juga ada jual Teh Tarik.

Teh Tarik juga menjadi minuman utama untuk peminat-peminat Bola. Kalau aku dan rakan tengok bola pasti kena Teh Tarik. Korang pernah tak dengar perkataan “Ngeteh”. Itu adalah sebutan untuk orang-orang yang kaki lepak2 di kedai makan. Ngeteh tu datangnya dari Teh Tarik. Biasenyer kalau aku nak ajak member2 lepak minum pasti perkataan ni yang keluar ” Jom Ngeteh”. Tengok betapa kuatnyer penangan Teh Tarik.. Korang pulak mcm maner?

Related Posts with Thumbnails

Entri Yang Menjadi Pilihan

  • Perogol Ke Tali Gantung.
  • Mengapa Aku Masih Berblogging Secara Sambilan?
  • $50USD Pula Menerjah Ke Paypal Aku. Uiks…
  • Keep Your Credit Card Safe
  • Nasi Pattaya tak wujud di Pattaya Thailand.
  • Suka tak Berjogging?
  • Tahniah Peserta Seminar Asas Blogging.
  • RM9500 Dengan Berblogging
  • Kasih Seorang Babysitter
  • Puas Rasanya Dalam Hati

Dapatkan Catatan Terkini Dari Shaffik.com.

Isikan Email Anda Di Ruangan Yang Disediakan Di bawah.

Terbaik Dari Shaffik.com

Tinggal Komen Atau Pandangan Anda :