SUSUK……

By | November 17, 2008

Aku terpanggil untuk tulis entri mengenai susuk ni setelah aku menonton expose mistik mlm tadi di Astro Prima. Wanita berkenaan berumur 26 tahun telah memakai susuk semenjak 20 tahun lalu. Die diminta pakai susuk oleh ibunya supaya kelihatan cantik. Tetapi seksanya die yang rase.

Susuk yang dipakai oleh wanita ni sememangnya menampak dirinya cantik. Sampai Ustaz yang nak ubatkan wanita ni cakap” Awk ni umur 26 tahun tapi kelihatan seperti tingkatan 1″. Wanita ni berjumpa dengan ustaz ni untuk mengeluarkan susuk di mukanya.

Dengan bacaan Al-Quran dan air, Ustaz tersebut berjaya mengeluarkan susuk di muka wanita ini. Wanita ini di minta tunduk dan mukanyer di letakkan di depan pinggan yang berisi air. Ustaz membaca Ayat Al-Quran dah menepuk kepala wanita tersebut beberapa kali. Dalam 10 minit terdapat 4 batang jarum terkeluar dan masuk di dalam pinggan tersebut. Alhamdullilah susuk telah berjaya di keluarkan dari muka wanita berkenaan tanpa perlukan pembedahan. Lihatlah kekuatan ayat Al-Quran. Tak perlu laa pergi jumpa dukun yang mengarut2 tu..ala-ala Tok Dalik tu…

Apa sebenarnya susuk eh? ;
Susuk merujuk kepada memasukkan sesuatu bahan asing ke dalam badan bagi mendapatkan sesuatu kelebihan. Pelbagai bahan boleh digunakan, bergantung kepada apakah keinginan pengguna. Pemakai susuk biasanya mempunyai beberapa pantang larang seperti tidak boleh memakan beberapa bahan tertentu iaitu pisang tanduk, pisang abu, tidak boleh melintas di bawah tali kain, dan lain-lain, bergantung kepada jenis susuk yang dipakainya.
Jenis- Jenis Susuk.

Terdapat pelbagai jenis susuk yang boleh digunakan, antaranya yang dikelaskan menurut bahan:
Logam
Susuk Emas
Susuk Perak
Susuk Besi
Susuk Raksa

Galian
Susuk Berlian
Organik
Susuk Susu
Antara Pantang Larang Pemakai Susuk..

Antara makanan yang menjadi pantang pemakai susuk (bergantung kepada jenis susuk.
a) Labu air
b) Pisang tanduk
c) Daun kelor

Antara perbuatan yang menjadi pantang pemakai susuk (bergantung kepada jenis susuk.
a) Melalui bawah penyidaian
b)Melalui di bawah tangga/rumah
Keburukan
Pemakai susuk terpaksa mematuhi pantang-larang tertentu. Sekiranya terlanggar pantang-larang, susuk itu akan keluar dengan sendirinya dan menjadi tawar. Susuk ini terpaksa dibuang, sebaiknya oleh dukun yang memakaikan susuk itu, ataupun melalui cara yang diajari. Sekiranya dukun tersebut telah mati atau cara membuang susuk tidak dipelajari, pemakai susuk ini sukar hendak mati.
Jadi biarlah muka tu semulajadi. Tak perlu memakai benda-benda yang bukan-bukan. Bersyukurlah dengan kurniaan Tuhan yang Maha Esa. Muka cantik pun tak guna, kalau hati busuk..
Sekian…
Sumber dari : Wikipedia.com

5 thoughts on “SUSUK……

  1. Lin

    Semasa remaja i make a big mistake by dis sis who bring me to c this makcik. Dah laman saya cari orang untuk keluar kan Susuk. 4 long time i have been waiting 4 help. Boleh give me the Ustaz address n contact no.

    Reply
  2. Mohd

    sebelom ku masok ugama islam,ku dulu ada pasang susuk.Ku dah pergi banyak tempat untuk keluarkan susuk ku, tapi selalu kena tipu aja.Ku betol-betol megesal atas apa yg ku lakukan same diri ku.dan ku da try makan kelo,pisang mas semau pantangnya tapi tak kelaur juga susuk yg ku pakai.Boleh Tolong beri ku nombor Ustaz atau address.

    Reply
    1. Shaffik Post author

      Insyallah kalau aku dapat hubungi mana-mana Ustaz yang boleh mengeluarkan susuk..aku akan update di blog ini.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.