Kenduri Kahwin

By | October 13, 2008

Hari ni aku masuk kejer lewat sikit. Semalam kepenatan cover satu majlis kahwin di Kota Tinggi dari hari Sabtu lepas. Memang meriah majlis kedua mempelai. Ramai jemputan yang hadir. Tambahan pula bapa pengantin ahli Pekida..

Aper yang aku perhatikan majlis perkahwinan di sana sememangnyer meriah. Dengan orang yang datang..dengan orang rewang..kendarat…kanak-kanak…mmg best. Dari situ aku nampak perbezaan kemeriahan majlis perkahwinan di kampung dan bandar.

Kalau di kampung yang menampakkan kemeriahhannya tu adalah orang yang datang rewang. Kendarat yang bertungkus lumus mejayakan majlis..tengok orang angkat lauk pauk untuk santapan tetamu yang datang. Tgk orang2 blok2 atau orang-orang kampung pakai baju sedondon untuk melayan tetamu yang hadir….takder pun mengeluh penat ker aper ker…semuanyer tersenyum melayan tetamu….

Masih ader lagi makan sup di malam rewang tu. Pergghhh memang best..layan sup tulang…semua berebut-rebut nak makan sup tulang…dari yang kecik sampai laa yang besar….Di sinilah hadirnyer erti kejiranan satu kampung. Dari situ laa nampak majlis tu meriah sekali..aku berada di sana selama 2 hari…memang tak membosankan…walaupun bukan orang kampung situ…tapi aku raserkan seolah-olah mcm orang kampung tu pulak…hehehhe…

Tapi berbeza dgn di bandar skang ni..semua amik katering..tau2 makanan semua siap di hidang. kemeriahan tu kurang cikit laaa..kendarat pun upah orang…semua upah…bkan aku katerkan orng kampung ni tak berduit tapi semangat kejiranan orang kampung tu lagi tinggi…
Agak2 korang laa sampai bila kemeriahan kenduri kahwin di kampun tu akan berkekalan. Aku harap sangat kemeriahan majlis kahwin di kampung di kekalkan..itu laaa antara warisan yang masih tinggal untuk perkahwinan orang melayu..semoga ianya berkekalan hingga ke anak cucu kiter nanti…Insyallah..

haaa…minggu nak menghadap gambar2 kedua mempelai…due date 2/3 minggu akan datang…nak wat camner…itu jalan yang di pilih..kalau lambat buat entri..korang faham2 je laa yer…

2 thoughts on “Kenduri Kahwin

  1. azuwan

    kampung aku tu kota tinggi..kota tinggi kt mane?bandar ke?patut nye musim umah terbuka raye tp ko pergi kerja kawin..tp suasana kenduri kawin kt kampung memang lain..aku sokong bro.

    Reply
  2. Chuckiesd

    aku kat aping timur..tapi aku selalu ikut bridal kakak aku kat bandar tu…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.