Monthly Archives: September 2008

Hari Raya

Hai minggu ni aku mmg takder mood nak kejer…mood sumer dah pk nak raya jer…hehehe cam budak2 plak..esok aku last kerja…then start cuti selama 9 hari untuk berhari raya…tahun ni hari raya aku lain sikit….maklum laaa kini aku dah ader keluarga…

Tahun ni Aidilfitri yang amat bermakna bagi aku…aku kini bergelar suami dan ayah kepada anak aku…Kiranye tahun ni aku raya bersama keluarga aku sendiri…alhamdullilah syukur kepada tuhan yang telah memberikan rezeki kepada aku….

Persediaan raya tahun simple2 jer…mengenangkan orang umah aku masih lagi dalam pantang…jadi kami pun membuat persiadaan ala kadar…yang penting menyambut hari raya…Tahun ni aku berhari raya bersama mertua…ermmm pertama kali aku berjauhan sementara dari keluarga…tapi aper nak buat itulah lumrah bila berumahtangga…

Hari raya pertama cadanganyer bersama mertua dan hari raya kedua bersama keluarga aku sendiri…dengar citer semua kakak2 aku berkumpul di rumah mak/ayah aku…wah lagi laa seronok di hari raya ni…lagi-lagi kesemuanyer tak sabar menanti kepulangan aku sebab semua nak tengok cahaya mata pertama kami (Muhammad Akif Zahin)..Memang tak dapat dibayangkan bagaimana riuh kecohnyer hari raya nanti….

Seronok-seronok jugak…tp duit raya untuk anak buah aku tak dilupakan…wah tahun ni hanya pada kadar biasa sahaja…janji semua anak buah aku tersenyum….insyallah…ermmm itu serba sedikit cerita-cerita untuk Sambutan Hari Raya untuk aku tahun ni…

Di kesempatan ini aku menyucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pengunjung blog aku ni…Maaf andai ader tersilap kata terkasar bahasa…Maaf Zahir Batin…

Kereta Elektrik

Dengan kenaikkan harga minyak petrol pada waktu ini, alangkah baiknyer jika kita dapat memacu satu kenderaan tanpa menggunakan petrol. Jika diperhatikan sekarang ni, dengan kenaikan minyak laaa…kesemua barang2 lain pun naik. Jadi langkah kerajaan mengarahkan PROTON, sebuah syarikat kenderaan tempatan untuk mengeluarkan Kereta Berkuasa Elektrik.

Wow, satu langkah yang amat dipersetujui oleh semua orang. Proron di berikan masa untuk mengeluarkan Kereta Elektrik selewatnye pada hujung tahun hadapan. Proton sedang mengkaji sedalam-dalamnyer sebelum mengimplementasikan projek ini. Dimanakah sasaran pasarannye, kos pembangunanya, bagaimana penggunaanya pada orang ramai dan lain-lain lagi.

Apa yang istimewanyer kereta elektrik ni?
Kereta ini menggunakan sepenuhnye tenaga elektrik yang boleh di cas di rumah sahaja. Dianggarkan dengan mengecas selama 6 jam, kereta itu berupaya dipandu sajauh 320KM ataupun bertahan sehingga 32jam..tambahan pula dianggarkan kos untuk menggerakkan kereta ini adal 18sen per kilometer…ini sememangnyer menjimatkan. Tambahan pula semua kos sara hidup meningkat pada waktu ini…ini adalah satu langkah yang baik…

Di harapkan PROTON dapat merealisasikan cadangan kerajaan ini. Segalanya untuk mengurangkan beban rakyat semua. Jika Projek ini berjaya, ianya satu kejayaan yang amat besar bagi PROTON dan Negara…

Tun Mahathir Sertai UMNO Semula

Alhamdullilah semalam aku mendengar berita ynag mengatakan Tun Mahathir bersedia sertai UMNO semula. Lega hati aku mendengar berita ini..Sebenarnyer TUN Mahathir perlu berbuat sedemikian untuk bersama-sama membantu kesemua pemimpin UMNO sekarang ni. Beliau sememangnyer mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam UMNO.
Jadi dengan kehadiran semula Tun Mahathir dalam UMNO, rakyat akan lebih mempercayai UMNO. Bagi aku yang hanya rakyat biasa ni, ianya takder masalah. Tapi tak tau plak cammaner pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO. Harap apa yang diperkatakan Tun Mahathir itu menjadi kenyataan. UMNO semememangnyer perlukan orang-orang lama macam Tun Mahathir ni…

Die berupaya menjadi penasihat yang amat baik dan briliant untuk membela orang-orang melayu dan juga memartabatkan bangsa melayu di mata dunia serta bangsa-bangsa lain.

Tun Mahathir seperti yang kita tahu semua adalah seorang pemimpin yang Bijak. Memang tak dinafikan. Masa die keluar UMNO dulu, aku pun raser sedih yang amat sangat. Aper yang aku fikirkan, siapa lagi yang boleh memimpin UMNO dan membela nasib orang melayu pada masa akan datang. Aku sememangnyer tak nampak pengganti Tun Mahathir selepas die melepaskan jawatan Perdana Menteri lagi..Bukan aku ckp pemimpin skang tak bagus..mungkin belum nampak taringnyer lagi…

Ermmm aku mmg berharap sangat Tun Mahathir kembali semula ke dalam UMNO dan meningkatkan lagi kepercayaan orang Melayu pada UMNO..Bangkitkan semula semangat orang melayu untuk meneruskan kehidupan di bumi mereka sendiri.

Kembalilah ke Pangkuan UMNO…Kami semua orang melayu memerlukan kamu Tun Mahathir….

Putera Sulung Kami

Alhamdullilah, Pada 27 Ogos 2008 jam 7.30am, Isteri ku telah selamat melahirkan putera sulung kami. Alhadullilah segalanyer berjalan dengan lancar. Dri jam 2.30am aku bersama-sama isteri di bilik saringan. Isteriku mmg tabah menghadapi segala keperitan semasa menunggu saat-saat melahirkan baby pertama kami. Hati aku ni jangan cakap laaa..macam-macam terdetik di hati dan fikiranku. Hanya tuhan sahaja yang tahu.

Bila aku lihat keadaan isteri di saata melahirkan putera sulung kami, sekarang barulah aku sedar betapa besarnye jasa pengorbanan seorang yang bergelar Ibu. Sememangnye tidak terbalas…Syukur kepada tuhan dengan keizinannyer aku dan isteri dapat menimang cahaya mata. Alhamdullilah.
Segala urusan selepas bersalin telah pun di uruskan sebaiknyer. Tiada apa lagi yang dapat aku katerkan, hanyalah kesyukuran kepada tuhan dan kegembiraan yang amat sangat bila menimang cahaya mata dari darah daging aku sendiri..

Jadi lepas ni, tanggungjawab aku untuk membesarkannyer dengan secukup-cukup kasih sayang.
Insyallah aku akan memikul tanggungjawab sebagai seorang bapa sebaik-baiknyer. Semoga anak ini menjadi insan yang soleh, berguna dan disenangai orang semua orang..Insyallah….
Ni lah Putera Sulung aku…Muhammah Akif Zahin Bin Mohd Zul Shaffik.