ERA FM vs Hot FM

By | May 16, 2008


VS

Aku tengok sekarang HOT FM dan ERA FM bersaing hebat dalam dunia radio. Macam macam yang dilakukan oleh mereka. Aku pun kadang-kadang dengar HOT FM kadang-kadang tukar ERA FM. Sebab dua2 stesen radio ni aku selesa dengar. Rakan-rakan aku semua telah mendengar HotFM. Deorang cakap HotFM lagi best, tak boring dan macam-macam lagi. Betul ker? Aku pun tak baper pasti sangat. Sebab aku dengar radio dalam kereta jer..

Aku terpanggil untuk tulis pasal HotFM and ERA FM ni sebab aku tgk Anugerah Bintang Popular hari tu, kedua-dua DJ HotFM menang DJ Popular. Aku pun terperanjat. Yer laa sebab sebelum ni sumer DJ ERA yang sapu bersih. Lepas tu ramai rakan-rakan aku ckp dengarlah Hot FM terus..ERA FM boring…banyak sangat iklan..Betul ker? Aku pun tak pasti ngan sumer nie..

Persoalan aku skang ni, adakah Hot FM telah membawa satu revolusi baru dah industri stesen Radio? Adakah ERA FM dah tak popular seperti dulu.? Ada jugak cerita yang seorang DJ ERA akan berpindah ker Hot FM? Betul ker? Adakah disebabkab ERA tiada DJ yang power untuk menarik ramai pendengar? Tapi kalau nak ikut DJ Hot FM sumer pun baru-baru. Adakah disebabkan terlalu banyak iklan, pendengar akan cepat boring? Stesen radio yang cam mana yang korang inginkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.