Perancangan Kewangan Islam.

By | May 13, 2008

Artikel ini diberikan oleh member aku. Dari membaca artikel ni barulah aku tersedar betapa pentingnyer Insurans Nyawa kepada kita. Tapi lagi bagus adalah mengambil Insurans Nyawa Takaful sebab ianya berkonsepkan kewangan dan perlindungan diri di dalam Islam.

Assalamualaikum w.b.t.

Ini article berkenaan Insurans nyawa.Kalau dari segi bukan Islam di panggil Life Insurance.Kita selalu dengar pasal Takaful, baik dari member2,iklan kat TV dan ajen Takaful sendiri.Statistik memberitahu, setiap manusia secara purata, seumur hidup akan datang 3 orang ajen Takaful/Insurance untuk meyakinkan supaya mengambil polisi.

Kenapa sangat ajen ni beriya2 suruh kita ambil Takaful? Sebenarnya,dalam hidup ni at least mesti menTakafulkan diri kita dengan satu plan Takaful.(khas untuk orang Islam)
Pentingnya Takaful adalah untuk persediaan keuwangan ketika menghadapi musibah,samada untuk diri sendiri ataupun keluarga tersayang.Anda sayangkan diri dan keluarga?kalau sayang,mengapa tak menyimpan di Takaful?

Jawapan yang biasanya didengar setelah diterangkan pada individu untuk mengambil Takaful adalah seperti berikut.
1) Sorilarr…saya takda bajet la.Hutang banyak nak bayar?
2) Nantilah, tunggu ekonomi saya dah stabil saya ambil?
3) Alah saya belum kawin lagi,kalau matipun takda duit pun takpa?bukan ada tanggungan lagi?
4) Muda lagi la….nantilar dah sampai seru nanti saya ambil?

Ni lah antara jawapan2 yang saya dapat sejak saya menjadi ajen Takaful.Sebenarnya, secar jujur saya mengatakan yang dulu memang ini lah antara jawapan saya bila ajen Takaful datang untuk meyakinkan saya untuk mengambil plan Takaful.

Saya tersedar pentingnya Takaful untuk setiap individu Islam adalah bermula dari tahun lepas 2006. Kisah bermula di tempat di mana saya bekerja iaitu Kilang XXX. Tak perlu lah saya nyatakan nama kilang tuh. Kawan sekerja saya,dah arwah dah. Pada masa kitaorang minum2 kat sebuah kedai makan,datang seorang ajen Takaful dari sebuah company Takaful yang agak popular. Ajen ni dtg nak explain 7 minit jek dia kata.So ok lah mula2 kitaorang tak nak sebab dah abis minum nak blah dah.Tapi sebab dia kata 7 minit so ok lah dengar jek 7 minit. Ajen ni bagi stau kertas putih dengan pen,dia suruh tulis nama orang yang kita sayang dalam masa 2 minit menggunakan tangan yang biasa guna untuk menulis. So kitaorang tulislah pakai tangan kanan.Kitaorang bukanya kidal.Dengan lajunya,kitaorang tulis nama ibu/ayah,adik,abang,isteri,anak,Yang member saya nih tulislah nama awek dia sebab dia bujang lagi.Lepas tulis dlm 2 minit.maka dapatlah satu list orang yang kitaorang sayang,lepas tuh ajen ni suruh tulis plak benda yang sama dengan tangan kiri dalam masa 2 minit jugak.Alamak, apa lagi terkial2 kitaorang menulis.Abis jek dua minit, tulisan tangan kiri punya tak senonoh pas tuh tak abis plak tuh dapat tulis suku jer dari list yang tangan kanan buat. Lepas tuh ajen tu explain macam ni ;

Baiklah cuba saudara2 bayangkan yang tangan kanan adalah diri saudara dan yang kiri adalah keluarga saudara.Tiba2 ditakdirkan Allah saudara (tangan kanan) meninggal buat selama-lamanya. Tengoklah tangan kiri betapa huru-haranya kehidupan dia jika selama ni tangan kanan tuh yang banyak bekerja(menulis). Kata dia lagi,agak2 berapa lama kalau tangan kanan saudara takda,tangan kiri nak train sampai dpat tulis mcm tangan kanan. So macam tulah ibaratnya keluarga kita yang kita tinggalkan batapa payahnya untuk menyesuaikan diri dalam kehidupan yang selama ditanggung oleh kita. Bagaimana kalau benda ini terjadi pada diri saudara. Satu2nya alat yang mudah untuk buat persediaan musibah itu adalah dengan mengambil pelan Takaful. Saya tersedar lepas tuh.Saya nak tanya lebih lanjut,tapi member saya ni terus potong cakap saya, dia kata pada ajen tuh “takpala lain kali la yer bang.Kitaorang takda bajet la nak bayar bulan2.baru kerja nih.tak pa abang tinggalkan bisness card abang nanti kitaorang contact.Lagipun kitaorang dah nak blah nih”. Lepas tuh ajen tu pun bagila bisness card dia. Kitaorang pun blah dari situ.

Saya terpikir time tuh nak amik Takaful sebab ada betulnya cakap ajen tuh,dahla saya hutang banyak, pas tuh duit simpanan pun adalah 2~3 ratus.Plak tuh KWSP baru berapa jek.Tapi disebabkan member saya kata “takpayah la Takaful tuh nak makan duit jek,bila jadi apa2 bukannya senang nak claim”.So saya pun buat bodo jek la sehingga satu hari tuh saya dapat berita member saya meninggal sebab accident motor.Dia baru jek lepas 5 bulan kawin.Bini dia tgh pregnant plak tuh,saya melawat la keluarga dia.Bini dia dengan teresak2 mengadu pada saya”Kenapala nasib saya macam ni,arwah abang pegi dlm keadaan mcm ni,macam mana saya nak hidup dengan bakal anak yang nak lahir nih bang isk..isk…”nak kerja pun belum tentu dapat lagi sebab org ngandung susah nak amik kerja.Peh pilunya hati tgk kan dia.Saya terpikir macamnala balu arwah nih survive sedangkan arwah tinggalkan hutang lebih byk dari simpanan.Tapi saya obsess yang Allah tetap akan tolong hambanya yang bersabar.Tapi setidak-tidaknya ambilah pengajaran dari firman Allah.”Orang-orang yang mati dikalangan kamu dan ada meninggalkan isteri-isteri maka hendaklah mereka meninggalkan harta untuk sara hidup selama setahun tanpa dikeluarkan dari rumah kediaman.”(Al-Baqarah ayat 240).

Sejak dari tuh saya terus cari ajen Takaful dan Alhamdulillah dah ada pun Polisi Takaful RM100 sebulan.Walaupun RM100 besar gak bagi saya nak bayar bulan2 sampai 20 tahun.sukurang-kurangnya kalau saya mati dapatlah family saya survive dengan pampasan lebih kurang RM80K.Tapi kalau tak jadi apa2 kira oklah ada simpanan RM20K untuk belajar anak masuk Universiti,takpun pegi Honeymoon ngan wife, takpun pegi naik Haji lar…
So,kat sini saya nak tegaskan betapa pentingnya menyimpan di Takaful sebagai persediaan di kala ditimpa musibah.Takaful juga menyediakan pakej penyakit kritikal,pakej ni tambahan bila berlakunya salah satu 41 penyakit kritikal,pampasan akan diberikan untuk kos rawatan.Dan ada mcm2 lagi faedah jika menyertai takaful yang boleh kita pilih untuk mengambilnya.
Besar mana caruman tu tak penting.Yang penting kita mampu menyimpan. Seperti salah seorang client saya berumur 23 tahun baru jek keje bujang lagi. Tapi setelah diterangkan mengenai pentingnya menyimpan di Takaful dia buat satu polisi yang bulan2 cuma perlu bayar RM60.Kira oklah tuh yang penting ada.Esok lusa kalau ada rezeki lebih, amik plak lagi satu polisi untuk isteri ker anak ker.Sekurang-kurangya umur dia 43 tahun nanti ada la simpanan RM12K.

Apa tugas ajen Takaful?
Pernah tak korang terpikir kenapa company Takaful tak banyak iklankan dlam TV.Tak mampu ke company tuh nak bayar duit iklan?tgk macam iklan ubat gigi Colgate,hari2 kat TV mesti keluar punya iklan dia.

Takaful membuat sales dengan melantik Ajen yang bertauliah.Mereka diberi kad kuasa, takpun surat pelantikan bagi menjadi bukti yang diorang ni adalah autrorized ajen.Hati-hati dengan ajen yang menipu,kalau tak yakin mintak no code dia pas tuh telepon company yang dia wakili untuk confirmation.

Ajen ni ditugaskan untuk menyampaikan secara detail ataupun ringkas mengenai pentingya Takaful.dan jika anda hendak mencarum,ajen ni lah yang akan meguruskan segala dokumen dan payment.Dan juga, ajen ini kan servis anda sehingga polisi anda tamat.Kalau 20 tahun maka 20 tahun lah ajen tuh kena serve.Any claim ataupun apa jua berkenaan polisi dia,mcm nak tukar alamat ke,tukar penama ker, so ajen ni lah yang akan melayan anda.Tugas yang agak berat dan tough.

Komisen ajen pun tak berapa banyak berbanding dengan servis yang diberikan.Tapi tersemat di hati mereka adalah, menyelamatkan sebanyak mana waris individu Islam di Malaysia ini.Dan juga meningkatkan kesedaran tentang pentingnya perancangan keuwangan untuk hari tua yang mana banyak orang Melayu Islam gagal dalam perkara ini.

Kita tgk survey ni,70% orang Melayu kehabisan wang KWSP selepas 3 tahun.Contoh senang yang boleh saya explain adalah,lepas 55 tahun,kebanyakkan orang akan dapat 100% KWSP.Apa yang diaorang plan?firstly,besarkan rumah bertujuan nanti raya anak2 cucu2 nak balik senang ada tempat tido.Lebih kurang average RM50K.Kedua,masa muda dulu sibuk tak nak menabung kat tabung Haji,so gunakanlah duit KWSP tadi buat pegi Haji at least RM30K dah habis.Dan selebihnya enjoylah,pegi honeymoon lagi,ada yang pakai kereta baru lagi.So mana tak habis lepas 3 tahun.Bila dah habis hah sibuk plak terpaksa cari kerja lagi.Tu yang ramai kita tgk pak Guard tua-tua kebanyakkanya.Bukan nak kerja tapi terpaksa.Sepatutnya,umur macam tuh hidup dah senang-lenang.Lepak kat masjid banyakkan beribadat.Salahnya tak plan keuwangan betul2.Plan la ambil Takaful yang sampai kat area umur 55 tahun.So adala simpanan untuk tambahan dgn KWSP.Sedikit sebanyak ada gak tambahan untuk tampung hidup sehingga meninggal.

Makanya,jika ada ajen Takaful yang ingin berjumpa dengan anda,janganlah anggap yang diorang mcm salesman suruh beli calculator RM10 ker,stokin ker and etc mcm slaesman yang biasa tuh.Diaorang ini adalah consultant yang akan membantu anda menyelesaikan perancangan keuwangan.Dan kebanyakkanya ajen takaful macam saya ni membawa alat2 yang lain selain

Takaful yang boleh membantu anda merancang keuwangan anda.Kadang-kadang kita takda masa nak pegi ker institusi2 dan pejabat consultant yang hari2 cuti tutup kedai. Tapi ajen-ajen ni 24 hours boleh ajak berdiskusi.Tapi kena appoint dulu la kan.
Lastly,saya nak pesan,ini bukan sekadar Promotion semata-mata,tapi ini adalah satu nasihat tentang kesedaran merancang keuwangan anda.Ambillah contoh bangsa lain yang begitu mementingkan perancangan keuwangan.Sampai bila kita duduk kat takuk yang lama.
“Majukanlah ekonomi keluarga,bila keluarga Islam dah ok,dengan secara tak langsung masyarakat Islam ok dan seterusnya negara Islam akan berjaya sehingga dunia ini akan menjadi milik Islam semula.

Sekian,Assalamualaikum.

Izwan
013-7600581/017-7665906

7 thoughts on “Perancangan Kewangan Islam.

  1. MOHD FARIED

    menarik cerita en. izwan.
    boleh saya tau dh berapa lama jadi consultant? boleh gak kita berkongsi idea,saya pun consultant gak..
    cabaran gak nk beri kesedaran pada org2 kita ni.
    macam2 teknik kita kena guna. yg senang.. senang betul.terus jer sain borang time tu gak.. yg susah mcm2 ler alasan..

    Reply
  2. ben

    sangat setuju.
    nak mintak izin dari tuan punya artikel..
    nak masukkan dalam blog..
    mmg menarik cerita ni.. boleh guna untuk approach prospek nanti..

    Reply
  3. KLIK KLIK DAPAT DUIT

    bagus info saudara,saya pun baru jek amik polisi takaful..tu pun dah lama kawan saya suruh masuk…timbul kesedaran bila ada seorg member tu accident patah tgn belum sempat amik polisi..kesian dia.so saya pun amik ikhtibar terus jumpa kawan saya dan sign up…

    Reply
  4. ciya

    promote tuh….hehehehe.
    tapi memang betul pong..aku amik insurans sakit RM1++. agak sakit gak…tapi aper yg berlaku ms depan kita tak tau kan…at least ader gak simpanan yg dpt menyenang kan waris….

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.