Amy Search nak buka Maahad Tahfizz

Ditulis Oleh: Shaffik

Kategori: General

Percaya atau tidak, penyanyi rock terkenal Amy Search, akan membuka sebuah maahad tahfiz bernilai RM3 juta di Johor tidak lama lagi?
Tetapi itulah yang sedang dirancangkan oleh Amy sekarang.
Bagi mempastikan ia menjadi kenyataan, Amy telah memberikan penerangan secara sepintas lalu kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berkunjung ke kedai makannya, Restoran makanan Cina Islam Cheng Ho di Wangsa Maju baru-baru ini. Amy menunjukkan kepada Nik Aziz model pelan pusat tahfiz yang beliau rancangkan itu. “Mana masjidnya?” tanya Tok Guru Nik Aziz.
“Ini dia pelannya tok guru,” kata Amy memberikan penerangan tentang reka bentuk pusat tahfiz yang bakal dibina melalui yayasan yang beliau tubuhkan itu.
Selepas melihatnya, Nik Aziz membacakan doa, moga-moga cita-cita penghijrahan Amy berjaya. Amy mula berubah selepas menunaikan umrah tahun lalu. Beliau ke sana selepas berjaya dalam samannya terhadap sebuah syarikat rakaman.
Selepas itu, perlahan-lahan Amy dilihat berubah dan pembukaan kedai makanan Cina Islam Cheng Ho antara titik penting perubahan Amy.
Sebelum ini, Amy berduet dengan kumpulan Rabbani merakamkan lagu ketuhanan.
Kini, perubahan lebih besar sedang dirancang Amy bersama isterinya yang merasakan cinta mereka berdua semakin mantap sepanjang di tanah suci walaupun sudah beranak dua ketika itu.
***Mudah-mudahan apa yang dibuat Amy Search diberkati Tuhan. Insyallah.
Related Posts with Thumbnails

Entri Yang Menjadi Pilihan

  • Seminar + Bengkel Buat Duit Dari Blog – Rohaizad.com
  • Keep Your Credit Card Safe
  • Avoid the Mobile Phone Fraud.
  • Berubah menjadi yang cemerlang.
  • Malaysia Cemerlang Di New Delhi
  • Selamat Tinggal Rawanaz.
  • 1000 Budak Hitam.
  • Permintaan Aku Dimakbulkan Tuhan
  • Tips Untuk Membeli Kereta.
  • Upin & Ipin Ikon Malaysia.

Dapatkan Berita Yang Terkini Terus Ke Kotak Email Anda, Masukkan Email Address Anda:

Leave a Comment Here's Your Chance to Be Heard!

CommentLuv badge